Hotel & Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Ramai yang mencari hotel untuk menginap di tempat menarik di Kuala Terengganu untuk banyak urusan. Kuala Terengganu memang terkenal dengan tempat yang menarik untuk dilawati sebagai satu destinasi perlancongan. Juga ada yang mencari hotel untuk urusan perniagaan dan lainnya. Jika anda ingin mencari hotel yang ada di Kuala Terengganu boleh lihat di senarai Trivago ini untuk maklumat lanjut

Artikel pada kali ini, saya nak berkongsi beberapa tempat yang menarik yang boleh anda lawati di Kuala Terengganu sendiri. Harap artikel ringkas ini dapat memberi panduan kepada anda untuk memilih tempat yang terbaik sebagai destinasi perlancongan dan mungkin urusan yang terbabit di Terengganu.

Pantai Batu Buruk

pantai batu buruk Terengganu

Tempat yang menarik di Kuala Terengganu sendiri adalah Pantai Batu Buruk. Kuala Terengganu merupakan satu-satunya ibu kota yang mempunyai pantai di dalamnya. Pantai Batu Buruk ini terkenal dengan keindahan pantai dan seringkali digunakan oleh orang ramai untuk bersiar-siar dan bermain layang-layang di pantai. Saya cadangkan jika anda berminat untuk bermalam di Kuala Terengganu, boleh menempah hotel yang berada berdekatan dengan Pantai Batu Buruk iaitu Hotel Primula ini (KLIK Untuk Book).

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam Terengganu

Selain itu, perkara menarik lain yang ada di Terengganu adalah Taman Tamadun Islam yang merupakan satu keunikan di Terengganu yang tiada di negeri lain. Taman ini memaparkan replika-replika menarik yang pastinya membuatkan pengunjung tertarik dengan kesenian Islam. Kami menggalakkan anda singgah di sini untuk melihat sendiri kecantikan taman tamadun Islam ini.

Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)

masjid terapung

Ya masjid ini berada di tengah tasik, merupakan satu lagi keunikan yang tiada di tempat lain. Ia unik kerana berada di tengah tasik, beribadat sambil mencari ketenagan di tengah-tengah tasik. Anda berkesempatan untuk datang ke Kuala Ibai, Kuala Terengganu ini, singgahlah di masjid ini.

Pasar Payang

pasar payang di Kuala Terengganu

Merupakan satu pasar yang popular di Kuala Terengganu. Banyak menjual barangan seperti batik terengganu, sutera Terengganu dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga keropok lekor yang anda boleh dapatkan di sini. Lengkap dengan banyak barangan dan saya pasti anda akan rambang mata bila datang ke sini.

China Town

chinatown kuala terengganu

Juga antara tempat yang menarik yang anda boleh lawati dan dijadikan tempat untuk mengambil gambar. Keunikan landskap dan meural adalah keunikan China Town ini dan ia terletak tidak jauh dari Pasar Payang. Ambil kesempatan untuk bergambar di sini.

Kampung Losong

Kampung losong tidak lain, terkenal dengan industri pembuatan keropok lekor. Jika anda adalah penggemar keropok lekor, kampung losong adalah tempat yang patut anda pergi. Pastinya keropok sini adalah segar dan sedap untuk dimakan.

Begitulah antara tempat yang menarik di bandar Kuala Terengganu. Ada bantak tempat yang menarik untuk anda lawati dan di atas merupakan antara yang popular di Kuala Terengganu.

Saya cadangkan untuk anda menempah hotel dengan Trivago kerana saya sering menempah dengan mereka. Boleh lihat sini untuk menempah hotel berkualiti di Kuala Terengganu.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Terengganu ini. Selain daripada tempat yang menarik, makanan di Terengganu juga sering digemari diseluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *