Pulau Redang Resort dan Chalet

Saya ingin berkongsi pengalaman saya menempah pakej Pulau Redang Resort dan Chalet ini. Tidak dinafikan yang Pulau Redang merupakan antara pulau yang tercantik di Terengganu selain daripada Pulau Perhentian dan lainnya. Pulau Redang mempunyai daya tarikan yang tersendiri berbanding lainnya.

Akses ke Pulau Redang

Salah satu cara untuk akses ke Pulau Redang di Kuala Terengganu adalah dengan melalui Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Anda boleh parking kereta dahulu sementara menunggu feri untuk tiba.

Pulau Redang Resort dan Hotel

Feri biasanya mengambil masa sehingga 2jam 30 minit atau lebih jika tiada apa-apa yang berlaku. Setelah menempuh perjalanan menaiki feri, anda dapatlah tiba di destinasi yang ingin dituju.

Jika anda sudah membuat tempahan hotel atau resort, apabila tiba di jeti, pihak pengurusan hotel akan sediakan bas kecil atau van untuk mengambil anda ke hotel anda. Untuk pengetahuan, cuma ada beberapa pilihan sahaja hotel di sini, anda boleh lihat di Senarai Hotel Pulau Redang.

Setelah tiba di destinasi, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah check in hotel. Jika anda ingin menempah resort ataupun chalet, saya cadangkan Redang Paradise Resort ini kerana servis yang ditawarkan sangat berpuas hati dan harga yang diberikan juga agak menarik. Selain itu anda juga boleh melihat pakej resort dan chalet lain di Pulau Redang dan memang Trivago sentiasa menjadi pilihan saya ketika bercuti ke mana-mana.

**Elakkan lakukan tempahan secara terus dengan pengusaha hotel atau pihak ketiga yang menawarkan pakej kerana seringkali terjadi tempahan anda tidak direkodkan. Tempahan dengan Trivago ternyata lebih selamat dan anda ada bukti tempahan sudah dilakukan. Lagi satu, laman Trivago ini memang dah filter siap-siap hotel yang bagus di kawasan yang anda ingin pergi. Terbaik memang terbaik.

Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Redang

Jika anda tiada aktiviti speasifik yang anda ingin lakukan, anda boleh bertanya dengan pengusaha hotel atau receptionist berkenaan dengan pakej yang ditawarkan di Pulau Redang. Banyak pakej yang ditawarkan dan anda boleh membandingkan harga setiap pakej setika di sana nanti. Ianya lebih menjimatkan dan kadangkala anda mendapat sedikit diskaun kerana anda menginap di hotel mereka.

Aktiviti #1 Marine Park Pulau Redang

Taman laut merupakan satu anugerah yang indah dan berbaloi untuk anda hargai. Apa yang anda boleh lakukan adalah mandi-manda dan snowkeling dengan ikan-ikan di taman laut. Ianya sungguh indah dan saya pasti merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk anda. Jangan lupa beli roti untuk mengumpan ikan-ikan makan.

Teluk Dalam Besar Beach

Sebenarnya banyak tempat menarik lagi di sini. Tidak banyak aktiviti yang saya dapat lakukan di sini kerana sudah puas bermain air di Marine Park.

Sewa Motor dan jalan-jalan keliling pulau. Ia antara aktiviti yang sangat menarik yang dapat kami lakukan di sini. Menaiki motor yang dapat kami sewa dan berjalan keliling pulau, ianya adalah satu pengalaman berharga. Mana dapat motor? Tanya sahaja dengan pengusaha hotel, pasti mereka dapat membantu mencari moto sewa.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat saya kongsikan pada artikel kali ini. Memang banyak aktiviti lain yang anda boleh lakukan setelah menginap di Pulau Redang resort atau hotel berdekatan. Di harap anda dapat gambaran sedikit dan membolehkan anda melancong ke Pulau Redang dengan senang hati. Harap perkongsian ini akan sangat bermakna.

Ada banyak lagi tempat tempat yang patut anda lawati di Pulau Redang ini. Ianya merupakan satu percutian yang sangat bermakna. Saya juga ada menulis review mengenai Pulau Perhentian, anda boleh baca di Asukavi.com – Pulau Perhentian. Banyak lagi tempat yang menarik di Terengganu yang anda boleh lawati, yang paling penting adalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *