Percutian Ke Pulau Kapas Resort & Chalet

Kali ini saya ingin membawakan pengalaman bercuti ke Pulau Kapas Resort & Chalet yang bagi kami sekeluarga merupakan antara percutian yang menarik terutama pada musim cuti sekolah. Ianya tidak lain adalah satu percutian yang ideal untuk anak-anak bermain di pantai sambil snowkeling ketika mereka sedang bercuti. Banyak aktiviti menarik yang dapat kami lakukan disini dan ianya memang merupakan satu detik berharga bersama anak-anak.

pakej pulau kapas terengganu

Akses ke Pulau Kapas

Saya sangat galakkan anda bercuti ke Pulau Kapas ini selain daripada Pulau Perhentian dan Pulau Redang kerana suasana di sini juga tidak kurang hebatnya berbanding dua pulau tadi. Pulau Kapas terkenal dengan pantainya yang putih dan mempunyai sejarah yang tersendiri.

Cara untuk akses ke Pulau Kapas adalah dengan melalui Daerah Marang. Terdapat jeti yang menghubungkan antara Marang ke Pulau Kapas. Feri paling awal adalah pada pukul 9 pagi tetapi lebih baik pergi awal sikit agar tidak ketinggalan atau terlambat. Perjalanan mengambil masa hanya 15 ke 20 minit dari jeti Marang ke Pulau Kapas, sememangnya perjalanan yang tidak terlalu jauh jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Tambang pergi dan balik pula hanyalah RM35 untuk seorang, harga berbeza mengikut waktu dan promosi yang diadakan.

Penginapan di Pulau Kapas

Ramai yang mencari chalet, bujet hotel atau resort di Pulau Kapas, kami menempah 2 bilik di Kapas Island Resort yang merupakan antara hotel atau resort yang bagus di Pulau Kapas. Kenapa kami memilih hotel ini adalah kerana berdasarkan kepada review dan harga di Trivago.com. Harga bilik di sini sangat berpatutan dengan review yang bagus, jadi kami terus book bilik hotel ini tanpa lengah. Jika anda inginkan hotel atau resort yang lebih baik, bolehlah search kat SINI. Tidak banyak hotel yang berdaftar dengan Trivago di Pulau Kapas, apapun, kami book sahaja apa yang ada.

pulau kapas island resort

Nasihat kami, penginapan merupakan sesuatu perkara yang amat penting ketika bercuti. Cari penginapan dengan review yang OK dan harga berpatutan. Kemudahan yang mereka sediakan juga penting untuk memilih hotel ketika melancong.

**Elakkan lakukan tempahan secara terus dengan pemilik hotel atau pihak ketiga, gunakan khidmat laman web yang dipercayai seperti trivago kerana telah terjadi banyak kali, pihak hotel tidak merekod tempahan atau tersilap tarikh ketika tempahan dilakukan secara terus.

Aktiviti dan tempat menarik di Pulau Kapas

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Kapas. Antara aktiviti yang menarik adalah snowkerling, scuba diving,

Pakej snowkerling tidak mahal, hanya RM15 snowkerling + boat yang merupakan antara yang termurah di banyak pulau-pulau yang pernah saya pergi. Sangat digalakkan kerana airnya yang jernih, pantai yang cantik dan memutih.

pakej snowkerling pulau kapas

Scuba Diving – Pulau Kapas memang popular dengan aktiviti scuba diving iaitu pakej menyemalam di dasar laut. Antara tempat yang popular untuk menyelam adalah di kawasan kapal perang dunia ke 2 yang telah karam.

Jungle Tracking – Merupakan satu lagi aktiviti menarik di Pulau Kapas, kalau anda tidak mahu menyelam, boleh lakukan aktiviti jungle tracking di Pulau Kapas, tiada masalah.

Mandi – Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan sekeluarga, oleh kerana pantai pulau Kapas yang masih jernih, mandi-manda sangatlah sesuai untuk dilakukan seisi keluarga. Pasti anak-anak akan teruja dengan semua aktiviti ini dan pastinya ianya merupakan satu pengalaman yang berbaloi di Pulau Kapas.

pantai pulau kapas

Banyak lagi tempat yang menarik di Terengganu yang anda boleh lawati, jom jadikan percutian anda satu pengalaman yang bermakna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *