Tips Pilih Pakej Percutian Pulau Perhentian

Kali ini saya cuba untuk memberikan sedikit panduan bagi memilih pakej di pulau perhentian bagi mereka yang ingin bercuti ataupun honeymoon di Pulau Perhentian. Tips yang akan saya berikan ini boleh memberikan kepada anda sedikit penjimatan terutama jika anda ingin bercuti di Pulau Perhentian.

Perkara pertama adalah menempah hotel atau chalet bergantung kepada bujet anda. Jika anda ingin backpacker, anda boleh dapatkan chalet di Pulau Perhentian Kecil. Jika anda ingin ruang yang lebih baik dengan kemudahan yang baik, bolehlah tempah hotel di Pulau Perhentian Besar. Saya akan ceritakan lebih lanjut berkenaan dengan Pulau Perhentian Kecil dan Besar di bawah, teruskan bersama saya.

pakej pulau perhentian

Penginapan Dengan Pakej di Pulau Perhentian

Dapatkan hotel murah dengan Di Pulau Perhentian dengan Trivago ini. Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk memilih hotel sama ada ketika bercuti di Malaysia ataupun di luar negara. Dapatkan harga yang anda inginkan serta kualiti perkhidmatan hotel atau chalet dengan Trivago.

Sudah menempah hotel? Anda boleh membandingkan banyak pakej seperti pakej bot, pakej menyelam di dasar laut, pakej memancing ketika berada di sana nanti. Yang paling penting anda boleh membandingkan setiap pakej dan memilih yang terbaik ketika di sana nanti. Lebih menarik, anda boleh menyewa kereta ataupun motor ataupun basikal untuk berjalan-jalan letika di sana nanti. Sangat menarik bukan? Lagi satu, laman Trivago ini memang dah filter siap-siap laman yang terbaik yang anda boleh buat booking. Jadi, memang berbaloi untuk gunakan sebaiknua dan manfaatkan.

Kalau anda tak tahu nak pilih hotel mana, saya rekemen anda menginap di The Barat Perhentian Resort yang terletak di Pulau Perhentian Besar. Saya rekemen hotel ini kerana harganya yang murah dan rating yang agak baik daripada Trivago. Apapun anda boleh bebas memilih hotel dan penginapan yang anda inginkan di Pulau Perhentian. Tiada masalah.

Dengan tips ini, pasti anda boleh jimat banyak wang dan menjadikan percutian anda satu percutian yang menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, pakej pulau perhentian seperti pakej penginapan 3 hari 2 malam akan menjadi sangat mahal kerana ada caj orang ketiga yang menguruskan pakej tersebut. Lebih murah jika anda tempah sendiri dengan pihak pengurusan hotel, dan pakej seperti snowkerling dan lain-lain anda uruskan sendiri dengan agen pelancongan.

Selain daripada pakej hebat atau pakej honeymoon Pulau Perhentian, tidak dilupa juga, berikut adalah tempat-tempat yang menarik di Pulau Perhentian yang anda boleh pergi dan bersiar-siar di sana nanti.

Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Terdapat banyak resort yang terdapat di Pulau Perhentian besar ini dan kesemua resort mengadap pantai. Jika anda ingin berehat dan menikmati keindahan laut, kebanyakan resort yang menghadap pantai ini sudah cukup untuk memberikan banyak pengalaman berharga kepada anda.

pakej pulau perhentian besar dan kecil

Jika anda ingin backpackers, Pulau Perhentian Kecil menjadi pilihan kerana harga chaletnya yang lebih murah. Pulau Perhentian Kecil lebih terkenal dengan percutian bujet kerana menawarkan harga chalet yang lebih murah berbanding dengan pulau perhentian besar. Untuk memudahkan urusan, kami berikan contoh chalet di laman Trivago ini sebagai guideline harga dan penginapan di sini.

Akses ke Pulau Perhentian

Jika anda ingin ke Pulau Perhentian, salah satu cara adalah dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas ke Kuala Besut. Anda perlu berjalan kaki jeti, dan dari jeti anda boleh ke Pulau Perhentian dengan feri (ambil masa satu jam setengah).

Jika tiada akses untuk ke Kuala Besut, anda boleh ke Kuala Terengganu untuk akses ke Pulau Perhentian.

**Kebanyakan resort akan tutup pada akhir tahun kerana musim tengkujuh.

Saya amat galakkan anda memilih pakej yang anda minati di sana nanti termasuk sewa bot dan lain-lain lagi. Tidak perlu bimbang kerana sebaik sahaja anda turun dari feri, banyak agensi pelancongan dan pemilik chalet yang menunggu untuk menawarkan pakej perjalanan mereka. Makanan dan lain-lain juga boleh didapati di sana.

Yang lebih penting adalah anda menempah hotel anda melalui laman web yang dipercayai seperti Trivago.com ini kerana jika anda menempah secara terus dengan pemilik hotel, sudah banyak kali berlaku di mana tempahan anda tidak direkodkan. Anda pasti tidak mahu perkara ini terjadi bukan?

Pulau Perhentian adalah salah satu tempat yang menarik untuk anda lawati di Terengganu dan jangan lepaskan peluang anda, jom jadikan percutian anda sebagai satu percutian yang bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *