6 Tempat Menarik di Terengganu

Negeri Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri juga mempunyai banyak tempat menarik di Terengganu yang boleh dilawati dari masa ke semasa. Jadi, artikel kali ini, saya nak berkongsi kepada pengunjung semua tentang tempat-tempat menarik di sini.

Terengganu dikurniakan khazanah alam seperti pantai, air terjun, pulau, warisan dan makanan yang memang unik tidak terdapat di negeri lain. Jika anda ingin mencari tempat percutian yang menarik di sini, kami senaraikan beberapa tempat percutian yang menarik untuk anda. Alang-alang sudah ada di negeri ini, bolehlah pergi ke KT yang terkenal dengan destinasi pantainya iaitu pantai Batu Burok dan makanannya yang unik. Pilihan Hotel di KT pun ada banyak dan anda tidak perlu risau berkenaan dengan penginapan anda.

Penginapan Terbaik

Kalau anda ke Terengganu, saya cadangkan untuk anda menginap di mana-mana hotel yang ada. Kalau tak tau nak pilih hotel mana, boleh ke Laman INI untuk melihat senarai hotel yang ada di sini. Laman Agoda ini dah filter siap-siap deal hotel terbaik di sesuatu tempat dan apa yang anda perlu lakukan adalah terus membuat tempahan. Memang memudahkan.

Antara yang menjadi tarikan di sini adalah Pantai Batu Buruk yang merupakan satu keunikan apabila pantai tersebut berada di KT. Ia unik kerana pantai tersebut berada di ibu kota sebuah negeri dan merupakan satu tempat istirahat warga kota setelah penat bekerja. Jika anda berminat untuk beristirehat dan menikmati keindahan Pantai Batu Buruk ini, sama ada untuk melancong atau ada tugasan, boleh book Hotel Primula dan lihat harga terkini di Agoda SINI yang terletak bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk.

pantai batu buruk Terengganu

Taman Tamadun Islam adalah antara satu lagi keunikan negeri iin. Sebuah taman tema yang berkonsepkan senibina Islam ini memang merupakan satu daya tarikan pelancong. Anda boleh melihat sendiri pelbagai replika atau monumen seni bina Islam dalam skala kecil untuk tatapan dan ianya sangat sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Tidak jauh daripada taman tamadun islam ini juga terdapat Masjid Kristal yang memang terkenal dan merupakan satu destinasi wajib kepada mereka yang berkunjung ke tempat ini.

Taman Tamadun Islam Terengganu

Pasar Payang – Pasar Payang menjadi satu daya tarikan pengunjung kerana banyak barangan tradisional seperti batik Terengganu, songket, makanan seperti keropok lekor dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar Payang seringkali sesak dengan pengunjung pada waktu cuti sekolah. Merupakan satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin melancong ke sini ataupun yang berkunjung ke KT.

pasar payang di Kuala Terengganu

Pulau Perhentian – memang dikenali dengan banyak pulau-pulau yang menarik seperti Pulau Perhentian ini. Pulau Perhentian dikenali dengan air launnya yang biru sememangnya menjadi satu daya tarikan yang berkunjung ke sana. Terdapat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil di sana dan kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri. Pulau Perhentian Kecil merupakan tumpuan kepada backpackers kerana harga chalet yang murah. Apapun boleh singgah ke artikel pakej terbaik Pulau Perhentian INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pulau Perhentian.

pakej pulau perhentian

Sanktuari Kelah Sungai Petang Kuala, Hulu Terengganu – Anda teruja dengan keunikan dan kecantikan tempat-tempat di sini. Saya yakin anda pasti teruja dengan keunikan Sungai Kelah ini. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja. Seperti dalam gambar, anda boleh memberi ikan-ikan ini makan.

santuari kelah tasik kenyir terengganu

Pulau Kapas – Antara Pulau yang menarik untuk dikunjungi. Ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir di pantainya yang putih seperti kapas. Air lautnya masih lagi jernih, biru dan belum tercemar. Sangat elok untuk datang ke sini dan dijadikan tempat untuk beristirehat. Jika anda ingin ke Pulau Kapas, saya sarankan anda menempah di laman Agoda kerana terdapat review yang tidak elok jika anda menempah secara direct booking kerana pernah terjadi, tempahan anda tidak direkodkan dan anda perlu menunggu beberapa jam untuk mendapatkan bilik yang anda tempah. Saya pasti anda tidak mahu perkara itu berlaku.

pakej pulau kapas terengganu

Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik yang anda boleh jadikan satu destinasi perlancongan di dalam Malaysia ini kerana negara kita kaya dengan tempat-tempat menarik.

Sedikit tips dari kami, kalau boleh elakkan direct booking kerana telah banyak kali staff hotel atau chalet tidak merekodkan booking anda. Cara terbaik adalah anda menginap di hotel-hotel yang disenaraikan Agoda.com ini untuk perjalanan anda. Jika ada perkara yang tidak diingini seperti booking anda tidak direkod, anda boleh kemukan resit pembayan atau tempahan sebagai bukti dan melaporkan pada pihak Agoda untuk maklumat lanjut.

Harap perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada anda dalam merancang perjalanan anda sama ada untuk urusan kerja atau untuk bercuti. Itulah serba sedikit perkongsian saya, harap dapat memberikan sedikit gambaran tentang tempat terbaik untuk dilawati di sini.

 

Artikel berkaitan :

  1. Tempat Menarik di Kawasan KT
  2. Pulau Redang Hotel & Resort Menarik
  3. Pulau Kapas Resort & Hotel
  4. Hotel Bajet dan Murah

2 Comments


    1. // Reply

      silalah ke Terengganu, banyak tempat menarik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *