5 Tempat Menarik di Kota Kinabalu – Destinasi Tenang dan Tenteram

“arggh stressnya! Apa tempat menarik yang best untuk pergi kat Sabah ni, Terutama Kota Kinabalu!”

Dalam era sekarang tidak dinafikan semua orang pasti menghadapi masaalah. Dan setiap masaalah yang dihadapi setiap orang adalah berbeza dan tidak sama. Masaalah ini adalah tanda Allah untuk mengingatkan kita kepadanya, dengan siapa lagi yang kita boleh mohon jika kita mempunyai masaalah selain daripada Allah kan? Dalam masa yang sama juga setiap orang memerlukan ruang dan masa untuk hiburkan hati sendiri dan cara yang paling sesuai adalah bercuti. Bercuti untuk melupakan sebarang masaalah yang dihadapi tapi ia tak bermakna kita lari dari masaalah cuma kita memerlukan ruang yang tenang dan suasana yang baru untuk kita memikirkan penyelesaian masaalah tersebut.

Bercuti dari kesibukan kota, bercuti dari bunyi bising kenderaan serta kerja yang bertimbun timbun. Tetapi pasti kita tengah pikir tempat apakah yang sesuai untuk kita bercuti. Jadi dalam artikel saya akan memberi satu contoh tempat yang menarik yang anda boleh pergi untuk berehat sementara dari kesibukan kota. Jadi tempat yang akan saya sarankan adalah beberepa tempat menarik di KOTA KINABALU. Siapa yang tidak tahu Kota Kinabalu sebuah daerah yang terpencil yang berada di Sabah. Kota tidak memaksudkan tempat itu juga sangat sibuk tetapi percayalah Kota Kinabalu adalah sebuah tempat yang sangat indah untuk kita bercuti dari sebarang tekanan.

Baiklah, di sini saya akan senaraikan antara 5 tempat menarik yang anda boleh lawati ketika anda berada di Kota Kinabalu. Yang pertamanya adalah:

#1 Masjid bandaraya Kota Kinabalu (masjid terapung)

Masjid yang kedua dibina selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut dibuka pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya. Apa yang istimewa mengenai Masjid ini adalah struktur senibinanya yang dibuat seperti terapung di atas air.

#2 Atkinson Clock Tower

Menara jam Atkinson salah satu struktur praperang dunia ke II yang masih ada. Menara Jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia akibat penyakit malaria atau “Demam Borneo” ketika berusia 28 tahun pada disember 1902.Menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dan berketinggian 157 meter (48 kaki)

#3 Pantai Tanjung Aru.

Pantai Tanjung Aru sangat dekat dengan pusat bandar Kota Kinabalu. Jikalau anda datang ke KK, jangan balik jika anda belom rasa angin laut di Tanjung Aru ini. Seronok tengok pemandangan senja berlabuh. Pasirnya pun halus, dan kawasannya landai. Jadi anak anak pun bebas berlari.

#4 Taman Kinabalu ( Timpohon Gate )

Taman Kinabalu terletak bahagian utara pulau Borneo, sebuah taman tertua negeri Sabah, Malaysia yang telah diwartakan pada tahun 1964. Taman Kinabalu ini dihiasi oleh Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,095.2 meter yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

#5 Desa Cattle Farm

Menurut laman Facebook Desa Cattle, ladang ini dibuka pa 1981 dengan keluasan 199 hektar. Lokasi padang yang jauh dari kesibukan kota dan jalan utama memang sesuai untuk pembiakan lembu. Udara di sana memang bersih dan sejuk dan Gunung Kinabalu juga jelas kelihatan.

Aktiviti memerah susu lembu juga ada dibuat di sana. Sudah pastinya melihat sendiri proses memerah susu lembu adalah satu pengalaman beharga kepada sesiapa pun. Susu lembu segar juga ada dijual disini.Memang sedap meminum susu lembu segar di samping merasai suasana seakan akan berada di New Zealand.

Jangan lupa juga, alang-alang dah travel jauh sampai ke Kinabalu ini, jangan lupa untuk merancang percutian anda dengan betul. Kalau tidak nanti akan bertambah “stress” kerana tiada tempat tinggal untuk anda tinggal. Kami rekemen untuk anda lihat tempat percutian anda di Trivago INI. Senang dan mudah untuk anda membuat tempahan hotel ketika berada di sana nanti. Yang dari Semenanjung tu, tengok harga tiket murah dengan membandingkan pelbagai jenis syarikat pada satu laman. Boleh lihat laman web yang membandingkan harga kapal terbang di SINI.

Jadi ini adalah contoh antara 5 tempat yang berada di Kota Kinabalu yang anda boleh lawati. Pasti anda tidak akan menyesal jika anda melawati tempat tempat berikut. Jadi jangan lupa singgah ye jika anda pergi ke Kota Kinabalu.

4 Comments


    1. // Reply

      yup, silakan pergi untuk tambah pengalaman


  1. // Reply

    Pantai Tanjung Aru ni menarik kalau nak tengok matahari terbenam kan. Ada tak restoren seafood dekat2 sini ya? Nak cari harga makan seafood yang murah di mana ya kalau di KK ni? Hehe bolehlah jimat sikit..


    1. // Reply

      banyak kedai-kedai boleh cuba, takpe, next time kami akan cuba berikan info tempat makan menarik di KK pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *