Tempat – Tempat Menarik di Tawau, Sabah – Mesti Pergi

Assalamualaikum dan haloooo

Masih rasa teruja untuk mengetahu destinasi pelancongan yang bakal yang saya kongsikan?
Jika YA jom terus baca dan scroll ke bawah sampai habis okey?

Orait seperti saya janjikan dipage yang lepas, kali ni saya akan share lokasi yang patut korang pergi dan kunjungi. Tempat apa tu?

Jom Ke Kita Ke Tawau gaiss.

Sebenarnya ramai lagi yang tertanya, adakah Sabah masih selamat untuk diterokai? Jawapan saya adalah YES! Dan sangat la rugi jika korang melepaskan peluang untuk melawat Sabah tau. Tetapi sebelum pergi ke sini, kena pastikan 2 perkara iaitu penginapan dan juga tiket kapal terbang, itu kalau dari semenanjong la. Untuk Penginapan boleh tengok di SINI dan untuk tiket kapal terbang tengok di SINI.

Page kali ini, saya akan lebih fokuskan Tawau sebagai your next destination yang wajib korang lawati. So dah bersedia ke?

#1 Hutan Simpan Bukit Gemok

Hutan ini di antara tempat yang menarik di Tawau, yang terkenal dengan tarikan flora dan fauna yang terletak kira-kira 30 minit sahaja memandu dari Bandar Tawau. Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta poko koko.

Aktiviti yang paling famous di sini adalah jungle trekking serta melalui Canopy Walk Titian Selara yang terletak di puncak. Ketika menaiki Titian Selara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.

#2 Muzium Koko Teck Guan

Teck Guan Group merupakan salah satu syarikat pengeluar koko terbesa di Malaysia dan produk koko yang dihasilkan adalah produk yang bermutu tinggi. Tawau merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko dapat dinikmati ketika berada berdekatan dengan Muzium Koko kerana ia berdekatan dengan kilangnya. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut dan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang beroperasi sejak tahun 2002.

Disamping itu, pihak muzium akan berkongsi sedikit cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Bukan itu sahaja tau, cara- cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada para pengunjung yang datang ke muzium tersebut.

#3 Balung River Eco Park

Destinasi percutian di hutan hujan tropika yang sangat popular dan juga sering menjadi lokasi kem korporat. Sungai Balung ini adalah satu tempat yang menarik perhatian pengunjung untuk berkunjung dan meluang masa brsama keluarga. Ia terletak kira-kira 33 batu dari Bandar Tawau dn mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Lapangan Terbang Tawau.

Terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yang terdapat disekitarmya seperti tumbuhan herba, buah-buahan tropika dan koko. Selain itu, kawasan sungainya juga amat cantik yang dikelilingi dengan suasana hutan yang segar. Terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan seperti restoran, tempat penginapan, dewan-dewan perbincangan dan banyak lagi.

#4 Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau merupakan kawasan semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Terdapat banyak rintisan kembara dan ada yang membawa korang ke kawasan mata air panas dan air terjun dengan berjalan kaki sahaja tau. Seperti di kawasan lain di Sabah, taman Bukit Tawau juga terdapat pelbagai sepsis flora dn fauna terdapat di kawasan ini. Antara tumbuhan menarik ialah Orkid Telingan Gajah. Ia mempunyai keluasan 27,972 hektar dan terletak kira-kira 24 kilometer dar Bandar Tawau.

Malahan, sungainya yang bersih dan sangat sesuai untuk pengunjung untuk membuat aktiviti berenang. Ini merupakan tempat yang selalu menjadi perhatian terutamanya pada musim cuti persekolahan. So, bolehlah bermandi-manda bersama family korang. Psttt.. ada juga pondok pondok yang disediakan untuk memudahan pengunjung bersantai dan lepak-lepak.

#5 Maliau Basin

Maliau Basin turut dikenali sebagai ‘Sabah’s Lost World’. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura. Woww kan. Ia terletak kira-kira 40km dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari Bandar Tawau atau Keningau.

PERHATIAN!! Hanya kereta bergear rendah sahaja yang digalakkan untuk ke Maliau Basin ini kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan. Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan tempat ini, kerana ia terletak di tengah-tengah hutan. Ia juga merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat.

Disamping itu, terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak Maliau Basin kepada pengunjung yang ke sana. Terdapat juga jambatan gantung serta tempat-tempat untuk berkelah. Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh korang join jika ke Meliau Basin ni tau.

#6 Pasar Tanjung Tawau

Kalau korang ke Tawau, jangan lupa ke pasar Tanjung Tawau yang sangat besar dan memuatkan lebih 6000 gerai di dalamnya. Apa lagi, jomlah WOOW!

Kepada pengemar makanan macam saya, ehemm hehe..Pasar Tanjung Tawau adalah tempat sesuai untuk korang pergi. Setiap musim perayaan, pasar ini akan sesak orang dok bershopping untuk mencari barang keperluan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kosmetik, pakaian dan sebagainya. Serious gaiss, ini adalah salah satu tempat menarik Tawau untuk shopping yang wajib korang singgah jika ke Tawau. Malah, korang boleh melihat sendiri budaya mereka.

Semoga senarai tempat menarik di Tawau, Sabah seperti di atas memberi inspirasi kepada korang untuk plan next destination dalam masa terdekat, okey? So, jumpa next page dengan topic yang lebih menarik atau korang boleh berikan idea atau cadangan diruang komen dibawah untuk penambahbaikan perkongsian saya. Kbye! Jagan lupa juga untuk baca apa yang menarik di Kundasang SINI dan Sandakan SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *