4 Tempat Menarik di Seberang Perai Penang

Tertanya-tanya apa tempat menarik di Seberang Perai yang anda boleh pergi dan lawati. Seberang Perai pun ada daya tarikan sendiri dan merupakan antara tarikan pelancong di Pulau Pinang. Apabila bercerita berkenaan dengan Pulau Pinang, antara tempat yang pastinya terbayang adalah keindahan di Pulau, terutama sekali di Georgetown. Tetapi tidak ramai yang bercerita tentang tempat menarik di Seberang Perai.

Tidak dinafikan yang Seberang Perai mempunyai keunikan yang tersendiri dan memang mempunyai daya tarikan yang menarik. Alang-alang kalau anda sampai ke Seberang Perai, memang kami galakkan untuk anda pergi dan alami keindahan di Seberang Perai ini. Satu tempat yang bagus untuk anda pergi melancong.

Seberang Perai ini tidaklah terlalu jauh dengan Kulim dan tempat-tempat lain di Kedah. Jadi, memang kalau anda sudah sampai di sini, bolehlah lihat apa yang menarik di Kedah.

Rancang Perjalanan Percutian anda di Seberang Perai

Apapun, semua perkara mestilah dimulakan dengan perancangan yang rapi. Terutama dalam aspek pemilihan tempat tinggal sama ada ingin tinggal di hotel Seberang Perai ataupun anda mahu duduk di homestay di Seberang Perai. Selain itu, jangan lupa peralatan dan gadjet untuk perjalanan anda.

Kami galakkan untuk anda gunakan khidmat Trivago dan lihat deal-deal terbaik untuk tempat yang anda ingin tuju. Banyak deal-deal hotel terbaik yang anda boleh dapatkan pada harga yang sangat berbaloi. Trivago menjadi pilihan kerana ianya mudah dan memang terus berikan pakej hotel termurah untuk kami. Tinggal pilih yang mana berkenan untuk pergi ke Seberang Perai.

Destinasi dan Daya Tarikan Menarik di Seberang Perai

#1 Hutan Lipur Bukit Panchor

Kepada yang sukakan aktiviti hutan, ini adalah antara salah satu daya tarikan di sini. Ianya terletak di hutan simpan bukit Panchor dan memang antara daya tarikan menarik di sini. Di dalam hutan ini terdapat Gua Kelawar dan merupakan antara Gua yang menjadi tarikan terutama kalau anda ingin lihat speasis kelawar. Juga, banyak speasisi burung yang terdapat di sini dan memang Hutan Lipur ini adalah antara destinasi untuk melakukan aktiviti perkemahan di Pulau Pinang.

Antara aktiviti lain yang ada adalah taman keluarga, taman burung, padang bermain. Boleh ke sini untuk lihat apa yang menarik.

#2 Melihat Kelip-Kelip di Nibong Tebal Sungai Kerian

Pulau Pinang walaupun terkenal dengan destinasi metropolis yang maju, juga kaya dengan speasis semulajadi yang menarik. Anda boleh ke kelip-kelip di Nibung Tebal untuk menyaksikan sendiri apa yang menarik di sini. Waktu yang sesuai adalah pada waktu matahari terbenam di Sungai Kerian. Memang satu pemandangan yang tidak akan dapat dilupakan.

#3 Seberang Perai Selatan – Destinasi Makan Menarik di Penang

Mungkin anda ingin cari tempat makan terbaik di Penang. Anda juga boleh pergi ke Seberang Perai Selatan untuk menikmati juadah istimewa di Seberang Perai. Anda boleh pergi ke Nasi Kandar Ahmad, Pesembor Omar dan juga Cendol Ali Sungai Bakap. Memang satu pengalaman menarik di Seberang Perai.

#4 Pulau Aman

Jangan lupa singgah di Pulau Aman. Pulau Aman mungkin tidak sepopular Pulau Langkawi tetapi memberikan pengalaman yang tersendiri terutama tempat ini yang tidak sesak dengan pengunjung. Untuk ke Sini, anda hanya perlu menaiki bot penambang di Jeti Bukit Tambun.

Pelbagai kemudahan disediakan dengan chalet dan aktiviti air di sini. Kalau anda inginkan tempat yang tidak sesak dan mempunyai keunikan yang tersendiri, boleh cuba untuk ke Pulau Aman ini.

Apapun, inilah antara beberapa tempat menarik di Seberang Perai yang anda boleh pergi lawati dan pergi. Jangan lupa untuk rancang perjalanan anda agar perjalanan anda lebih bermakna dan memudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *