5 Tempat Menarik di Sandakan, Sabah – Mesti Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian..

Seperti yang dijanjikan di page sebelum ini, saya akan tunaikan perkongsian tempat lain yang sangat menarik di Sabah. Di mana tu?

Sabar. Kalau ingin tahu destinasi seterusnya, pastikan korang stay di blog ini dan terus scroll page ni sampai habis. Okey ke okey?

5 tempat yang perlu lawati di Sandakan, Sabah

1. Gua Gematong

Gua ini merupakan gua terbesar di Sabah yang terletak di daerah Sukau. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Sandakan. Kepada yang gemar meneroka dan menjelajahi gua seperti ini bolehlah ke Gua Gemantong di mana sarang burung layang-layang dipungut. Terdapat dua kompleks gua di Gemantong iaitu Simud Hitam (Balck Cave) yang mempuyai ketinggian 90 meter. Dan Simud Putih (White Cave), di mana ia menempatkan sarang burung layang-layang yang lebih banyak dan bernilai tinggi.

Terdapat juga binatang liar yang terdapat di gua ini seperti kelawar, burung layang-layang manakala di kawasan luarnya korang boleh melihat burung raja udang dan burung helang serta orang utan. Jika korang ingin ke Simud Putih, pastikan koang membuat persiapan awal kerana ia agak pendalaman sedikit. Selain itu, di sini juga terdapat Gomantong Rainforest Chalet yang mana boleh memuatkan 30 orang dalam satu masa. So. Excited ke korang nak ke Gua Gemantong?

2. Pulau-pulau Penyu

Pulau-pulau yang dimaksudkan terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Pulau Bakkungan Kecil, Pulau Selingan dan Pulau Gulisan. Selain negeri Terengganu , Sabah juga memang sangat popular dengan penyu dan kebiasaaanya penyu-penyu ini akan mendarat di pantai di 3 pulau ini di waktu malam selepas jam lapan malam dan ketika air laut surut. Dan waktu inilah yang dinanti-nantikan untuk menyaksikan penyu bertelur secara live di depan mata korang tau!

Untuk pengetahuan korang, terdapat dua jenis penyu yang banyak mendarat di 3 pulau ini iaitu dari spesis Penyu Hijau (Green Turtle) dan Hawksbill Turtle). Pulau Selingan merupakan pulau yang menjadi tumpuan penu bertelur kerana terdapat terumbu karang yang lebih luas.
Jka korang tersangat mahu melihat penyu bertelur di depan mata, sebaiknya pada bulan Julai-Oktober untuk spesis Green Turtle dan Februari – April untuk jenis Hawksbills Turtle. Tetapi jangan risau tau, korang masih berkesempatan melihat penyu bertelur kerana penyu-penyu ini sentiasa bertelur sepanjang tahun di pulau-pulau ini.

3. Pulau Lankayan

Pulau ini terletak di koridor pendaratan penyu tau. So, korang jug boleh menyksikan penyu (Green Turtle) bertelur di sini. Pulau terpencil yang megambil masa satu jam setengah dari jeti di bahagian utara Sandakan merupakan sebuah pulau yang masih terpelihara dan mempuyai hiduan marin yang sangat menarik.

Sekiranya korang seorang penyelam, di sinilah lubuk terbaik korang untuk menyelam dan yang paling best jika korang datang pada bulan Mac dan May di mana korang berpelung melihat Whale Shake do do doo!
Pulau Lankayan memang satu tempat yang menarik dan wajib dikunjungi. Serious tak menyesal!

4. Kampung Nelayan

Kalau korang ingin mlihat perkampungan di ataas air dan kehidupan nelayan di sini, bolehlah dan sangat disyorkan ke utara Sandakan. Di sini korang juga boleh menikmati makanan hasil laut kerana terdapat restoran makanan laut dan kedai menjual barangan produk hasil laut dengan harga yang murah.
Jika di Semenanjung, susah kot korang nak jumpa perkampungan atas air begini. So, pastikan Kampung Nelayan ini tersenarai dalam destinassi korang lepas ni okey.

5.Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Selain orang utan, Proboscis Monkey atau lebih dikenali dikalangan masyarakat setempt adalah sebagai Monyet Belanda. Proboscis Monkey ini merupakan spesis monyet yang unik dan mempunyai hidung yang agak besar. Monyet belanda ini tidak aggresif dan apabila korang ke sini, jangan risau jika terlihat monyet jantan yang besar berlari-lari dengan megahnya.

Jika korang ke sini, ia amat menyeronokkan dan mengelikan hati melihat rupa dan gelagat monyet ini di sini. Untuk makluman korang, Santuari ini terletak di tengah hutan bakau di kawasan pantai berdekatan dengan kawasan pantai berdekatan dengn kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.kalau korang dari lapangan terbang di Sandakan, ianya mengambil masa satu jam dan terletak lebih kurang 35km untuk sampai ke sini melalui Jalan Lubuk.

Jom klik SINI untuk pencarian penginapan di Sandakan! Menggunakan Trivago

Jangan lupa untuk lihat senarai tiket Flight Murah daripada banyak syarikat di SINI

Akhir kata, ini saja perkongsian saya untuk lokasi menarik Sandakan. InsyaAllah jika tiada aral, saya akan kongsikan tempat menarik di Tawau. So, pastikan korang Boomark blog ni okey.
Jumpa di lain page gaiss!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *