Tempat Menarik di Sabah Untuk di Lawati – 3 Destinasi Terbaik

Apa tempat menarik di Sabah yang korang tahu?

Meh sini saya share tentang negeri Sabah di bawah Bayu sikit. Sabah sememangnya indah dengan muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar malah dikelilingi Laut Sulu di bahagian Timur Lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan.

Sabah memang terkenal diseluruh dunia dan menjadi tumpuan utama pelancong untu ke sana. Baru-baru ini Kota Kinabalu, Sabah dianugerahkan diantara 3 tempat paling popular asia pacifik untuk pelancongan.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Sabah yang boleh korang lawati. Kali ni, saya nak kongsi beberapa tempat di sekitar Sabah yang menarik dan saya confident 200% tempat ni sangat berbaloi-baloi untuk korang kunjungi.

Berikut merupakan tempat menarik di sekitar Sabah yang sememangnya menarik dan wajib dikunjungi bersama rakan-rakan dan keluarga korang. Ini serious.

#1 Taman Kinabalu

Taman Kinabalu meupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak pemulaan bagi pendaki ke Gunung Kinabalu.

Kalau korang nak tahu Taman Kinabalu ni mempunyai keluasan 754 km persegi dan merangkumi Gunung Tambayukon. Gunung Kinabalu dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Malahan Gunung Kinabalu yang tersergah indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi. Wow kan?

#2 Pulau Sipadan

Pulau Sipadan merupakan tempat menarik di Sabah untuk kategori pulau, dan ianya menjadi tarikan antara 10 pulau terpilih di dunia. Jom WOW lagi! Lihat sahaja laa keindahan dalam pulau tersebut. Rasa tak sabar nak ke sana kan?

Ahli ilmu alam lautan yang terkenal si seluruh dunia iaitu Mediang Jacques Cousteau pernah menyifatkan Pulau Sipadan ini sebagai hasil seni yang tidak tercemar. Malah pulau ini juga diundi sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia oleh penyelam seluruh dunia.
Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hekar, satu-satunya pulau di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil.

Bukan itu sahaja, pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan. Pelawat yang memang berniat mahu ke Pulau Sipadan ini, boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja. Tetapi ia menjadi tarikan kepada hidupan laut yang datang dari dasar laut.
Kalau korang ke pulau ini, korang pasti akan trserempak dengan penyu, kumpulan ikan aji-aji, ‘bumphead parrotfish’ dan ikan alu-alu semasa menyelam di sekitar perairan pulau terumbun karang ini.

Hidupan krustasia eksotik termasuklah ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai lebih menambahkan tarikan di pulau ini. Nak bagi WOW lagi ke? Cukup –cukup laa tu. Apa kata korang mula buat saving pergi melancong tempat menarik ni. Jangan kata abam tak payung tau. HEHE

#3 Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Pusat pemulihan orang utan ini merupakan tempat menarik di Sabah bagi melihat sendiri dengan lebih dekat Orang Utan dan ianya cukup besar.

Masa terbaik untuk korang melawat ‘Orang Utan Borneo’ adalah pada pukul 10 pagi dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang apabila primat ini keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan harian mereka iaitu susu dan pisang. Hah, excited tak korang nak jumpa orang utan ni? HEEE

Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang dijumpai di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.

Video: Tempat Menarik Di Sabah – tengok di bawah

Apa lagi yang korang fikir-fikirkan tu, jomlah jadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan korang yang seterusnya. ‘Alaa.. takkan tiga tempat je admin share?’ HAHA Iya saya tahu korang mesti nak tahu lebih banyak destinasi yang boleh korang kunjungi di Sabah, kan? Saya akan kongsikan lebih banyak destinasi yang superb best dan awesome yang korang boleh datang di posting saya akan datang. So stay tuned tau.

Untuk pengetahui penginapan yang menarik dengan harga murah yang terdapat di Sabah anda boleh layari Trivago INi Untuk tempat penginapan korang. Pastikan korang membuat pilihan yang tepat semasa membuat tempahan okey gaiss.

Jangan lupa juga untuk tengok deal-deal menarik tiket kapal terbang sama ada Air Asia, MAS ataupun Malindo di SINI. Juga tak lupa untuk anda bersiap untuk tahu peralatan untuk travel yang anda kena bawa, lihat SINI untuk info lanjut.

Untuk posting akan datang, saya akan kongsikan tempat menjadi buruan orang ramai pada tahun 2017 iaitu Kundasang. Suka tak? Tengok artikel saya berkenaan dengan Kundasang di SINI.

Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa scroll page ni sampai habis ye. Semoga dengan perkongsian ini membantu korang yang tengah pening cari destinasi percutian bersama keluarga ataupun honeymoon di negeri yang indah. Kenapa perlu ke luar Negara jika di dalam Negara sendiri mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi? Jom laa ke Sabah bah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *