5 Tempat Menarik di Perlis Untuk Dilawati

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang berada di kawasan paling utara di Semenanjung Malaysia dan merupakan negeri terkecil di Malaysia. Meskipun begitu, tempat menarik di Perlis untuk dilawati memang ada banyak yang pastinya dapat menarik perhatian bukan sahaja pelancong tempatan, malahan juga pelancong daripada luar negara.

Kalau anda ke sini, kami sangat rekemen untuk anda dapatkan penginapan yang sesuai. Tiada erti percutian anda tanpa penginapan yang terbaik. Untuk itu, boleh ke SINI untuk dapatkan penginapan yang sesuai dengan tempat yang ingin anda tuju. Juga, jangan lupa untuk lihat pelbagai jenis barangan untuk melancong yang murah-murah. Semua anda boleh dapatkan dengan mudah.

Tarikan Menarik di Perlis 

#1 Padang Besar

Salah satu tempat menarik yang harus dilawati oleh setiap orang yang berkunjung ke Perlis ialah Padang Besar. Padang Besar diibaratkan sebagai syurga untuk membeli belah bagi wanita yang berkunjung ke tempat sini. Kawasan ini terletak bersempadan dengan Songkla di Thailand dan hanya setengah jam pemanduan jika seseorang itu datang daripada Bandar Kangar. Di Padang Besar, terdapat sebuah kompleks bangunan perniagaan yang dikenali sebagai Arked Niaga yang menempatkan pelbagai kedai dan gerai yang menjual beraneka jenis barangan dengan harga yang murah. Kebanyakan peniaga dan penjual yang terdapat di sini datangnya daripada Malaysia dan juga Thailand.

Padang Besar mempunyai konsep perniagaan yang menyerupai kawasan zon bebas cukai di Kelantan, iaitu pekan Rantau Panjang dan Pangkalan Kubor dan sebahagian besar daripada barangannya datang daripada negara sempadan, iaitu Thailand. Padang Besar dibuka seawal jam 8 pagi sehingga jam 10 malam pada setiap hari dan ia juga menempatkan pelbagai gerai makan yang menjual makanan tempatan seperti pulut durian, laksa, cendol dan banyak lagi.

#2 Tasik Timah Tasoh

Selain daripada Padang Besar, Perlis juga terkenal dengan kawasan tasik buatannya, iaitu Tasik Timah Tasoh, yang berdekatan dengan Padang Besar dan Pasar Wang Kelian. Tasik Timah Tasoh merupakan destinasi yang popular di kalangan kaki pancing. Di sini, terdapat pelbagai spesies ikan air tawar yang menjadi perhatian para pemancing, seperti talapia, keli, haruan dan gelang pam.

Di samping pemandangan yang menarik, kawasan tasik ini juga mempunyai dusun buah-buahan yang boleh dinikmati oleh para pengunjung secara percuma pada musimnya. Buah mempelam harumanis merupakan buah utama yang wajib dinikmati apabila berada di Perlis, dan ia juga boleh didapati di dusun ini selain daripada buah-buahan lain seperti durian, durian belanda dan rambutan. Tasik Timah Tasoh juga menjadi kawasan untuk pelbagai aktiviti air seperti berakit, berkayak dan sukan air.

#3 Ladang Tebu Chuping

Ladang Tebu di Chuping merupakan satu lagi tempat menarik yang harus dilawati apabila berkunjung ke negeri Perlis. Ladang tebu ini merupakan ladang tebu yang terbesar di Malaysia dan kawasan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mengetahui tentang keadaan sesebuah ladang tebu dan pemprosesan tebu untuk menjadi gula. Selain daripada menjadi tempat penghasilan gula, kawasan ladang tebu ini juga menjadi tarikan pelancong dan pengunjung yang menggemari sukan lasak permotoran seperti car prix. Di ladang tebu ini juga terdapat sebuah kolam semulajadi yang menempatkan pelbagai hidupan ikan.

#4 Taman Anggur

Negeri Perlis juga terkenal dengan Taman Anggur di mana kawasan taman ini hanya terletak kira-kira 10km daripada bandar Kangar. Kawasan taman anggur ini diselenggarakan dan diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan pelbagai jenis anggur ada ditanam di sini. Di kawasan taman anggur ini, para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman untuk makan buah anggur yang segar daripada ladang. Selain itu, para pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk belajar cara-cara untuk memetik buah anggur, mengasingkan buah mengikut gred yang tertentu serta mempelajari proses pembungkusannya. Taman anggur ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin, jam 9 pagi hingga 6 petang dan harga untuk memasukinya hanya RM3 untuk orang dewasa, RM1 untuk kanak-kanak, manakala untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah, tiada bayaran dikenakan.

#5 Gua Kelam

Di samping taman dan dusun buah-buahan, Gua Kelam juga merupakan antara destinasi popular di negeri Perlis. Gua Kelam merupakan gua batu kapur dan terletak di kawasan pinggir Kaki Bukit, kira-kira 33km di utara bandar Kangar. Apa yang menarik, terdapat sebuah terowong semulajadi sepanjang 370m di dalam gua ini. Jambatan gantung yang juga terdapat di dalamnya menjadi tarikan utama para pengunjung dan air yang mengalir di dalamnya mengalir terus ke Sungai Perlis. Sungai bawah tanah sepanjang kira-kira 400m ini mengalir melalui banjaran batu kapur dan dapat dilihat sewaktu pengunjung melalui gua. Terdapat banyak keindahan flora dan fauna yang terdapat di dalam gua ini. Malah, pengunjung juga boleh melihat tinggalan landasan troli bijih timah yang masih dipelihara di dalam kawasan gua ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *