Tempat Menarik di Malaysia – Destinasi Percutian di 5 Negeri

Banyak tempat menarik di Malaysia dan sekarang ini pun sudah ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke Malaysia. Malaysia juga menjanjikan tempat percutian yang menarik disamping pelbagai tempat menarik dan unik disetiap negeri. Antara yang menarik adalah destinasi pulau di Malaysia, pantai di Malaysia, gunung dan juga gua. Tidak lupa juga beberapa taman tema yang popular yang ada di Malaysia untuk anda pergi.

Kali ini, kami nak mencadangkan anda untuk pergi ke beberapa tempat menarik yang ada di Malaysia kerana memang ada beberapa tempat yang unik yang ada di sini. Disebabkan ada terlalu banyak tempat menarik dan cantik, kami bahagikan kepada beberapa negeri agar percutian anda menjadi lebih mudah dan tertumpu kepada beberapa negeri dan tempat yang anda ingin tuju. Misalkata anda inginkan destinasi pulau di Terengganu sebagai contoh, memang Pulau Perhentian adalah satu tempat yang unik yang anda boleh pergi untuk berehat bersama keluarga.

Jangan lupa, sebelum pergi bercuti di mana-mana tempat, pastikan anda sudah bersedia dengan alatan penting untuk bercuti ini.

chinatown kuala terengganu

Percutian Menarik di Beberapa Negeri di Malaysia

#1 Melaka

Melaka adalah satu tempat yang unik dan boleh dikatakan sebagai satu bandar yang bersejarah untuk anda pergi. Melaka tidaklah mempunyai daya tarikan semulajadi yang banyak seperti di negeri-negeri lain, tetapi tarikan sejarah dan juga Pantai Klebang memang antara faktor yang menarik di sana. Melaka juga sangat sesak sewaktu cuti sekolah dan public holiday, kalau anda nak bercuti ke Melaka, rancang perjalanan anda dan tempah hotel awal-awal untuk bercuti di sana.

Nak tahu apa yang menarik di Melaka selain daripada zoo Melaka juga pantai Klebang? Boleh ke SINI dan lihat sendiri apa yang unik di Melaka untuk anda pergi dan kunjungi.

#2 Johor

Salah satu destinasi cuti-cuti Malaysia menarik adalah di Johor. Anda mungkin tertanya-tanya, apa yang ada di Johor? Johor memberikan pelbagai tempat menarik dan unik untuk anda pergi dan antara destinasi yang sangat berbaloi untuk anda pergi. Anda mungkin perah dengan pasal Johor Premium Outlet, Legoland, Hello Kitty World belum lagi tempat-tempat menarik seperti di pulau, gunung dan lain-lain lagi.

Johor memang menjanjikan percutian yang unik. Untuk info lebih lanjut berkenaan dengan tempat terbaik dan menarik di Johor, boleh ke SINI untuk dapatkan info lebih lanjut untuk tempat-tempat menarik yang ada di Johor.

#3 Kedah

Kedah pun tidak jurang hebatnya dengan beberapa tempat menarik yang ada di sini. Pernah dengar Pulau Langkawi, ianya memang tempat perlancongan yang unik dan nama Pulau Langkawi ini sudah terkenal di serata dunia. Langkawi menjanjikan keunikan yang tersendiri dan antara tarikan yang menarik di Kedah.

Salain daripada Langkawi, anda boleh tengok di SINI untuk pelbagai lagi tempat yang menarik seperti monumen, masjid, tempat bersejarah dan lain-lain. Berbaloi dan memang berbaloi untuk jadikan Kedah sebagai satu destinasi percutian yang menarik.

#4 Terengganu

Terengganu merupakan satu negeri di Pantai Timur yang unik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Terdiri daripada pulau, pantai dan gunung serta keindahan semulajadinya yang unik menjadikan Terengganu maju dari segi sektor perlancongan. Anda mahukan destinasi pantai di tengah-tengah kota atau banda raya, Terengganu adalah tempat yang paling sesuai untuk anda pergi.

Selain daripada itu, banyak tempat bersejarah yang terdapat di Terengganu. Yang lebih unik adalah bandar Kuala Terengganu ini kerana sangat dekat dengan pantai dan pada masa yang sama mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh pergi. Apapun, boleh ke SINI untuk dapatkan dan tengok tempat-tempat menarik di Terengganu.

#5 Negeri Sembilan

Negeri Sembilan juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutama Pantai Port Dicksonnya yang merupakan satu destinasi popular di sini. Apa lagi yang popular di Negeri Sembilan? Banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi. Ianya adalah satu destinasi menarik terutama jika anda berada di Kuala Lumpur dan inginkan tempat yang menarik untuk bersama keluarga.

Apapun, untuk info lanjut berkenaan dengan tempat menarik di Negeri Sembilan ini, boleh rujuk artikel ini untuk info lanjut dan tempat menarik.

Percutian Bajet di Malaysia

Memang tidak dinafikan banyak tempat menarik di Malaysia untuk anda pergi dan banyak lagi daya tarikan dan keunikan yang ada di Malaysia. Melancong dalam negara pun merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan yang penting sekali adalah murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *