7 Tempat Menarik di Kundasang – Syurga Dunia di Sabah

Sebelum ni saya telah kongsikan tempat yang menarik di Sabah. Untuk kali ini seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan 10 tempat menarik di Kundasang yang mesti korang lawati jika ke Kundasang, Ranau, Sabah. Sempena cuti sekolah pada bulan hujung tahun ni, pastilah ramai yang sudah plan untuk bercuti-cuti Malaysia kan dengan keluarga tersayang.

Antara tempat menarik yang boleh korang lawati di Kundasang, Ranau, Sabah adalah:

1. Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang

Kepada mereka yang memang minat dengan aktiviti lasak seperti haking, saya syorkan anda ke Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon. Ia sebuah tempat yang sangat sesuai untuk korang.

Sosodikan Hill terletak lebih kurag 5 km dari Pekan Kundasang. Selain itu, jika korang ingin ke sana, korang perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club. Yuran yang dikenakan untuk ke Sosodikan Hill ni tidak mahal. Hanyalah RM3.00 sahaja. Jika korang ke sana akan merasakan bukit tersebut seolah-olah berbentuk pyramid. Korang pasti akan teruja dengan keindahan dan panorama sepanjang perjalanan ke bukit tersebut kerana kiri kanan korang ditumbuhi dengan tumbuhan menghijau dan memukau pendangan korang.

2 . Dream World Resort Kundasang

Dream World Resort dikenali ramai kerana persekitarn yang sangat menarik dan membuatkan korang terpesona terutamanya di waktu petang. Berlatarkan Gunung Kinabalu, suasana sekeliling yang ditumbuhi oleh tumbuhan menghijau, terletak di lereng bukit serta udaranya yang sejuk dan nyaman melengkapkan lagi daya tarikan di tempat ini..

Walaupun begitu, korang yang ingin menginap Dream World Resort ini perlulah membuat tempahan lebih awal disebabkan penginapan yang disediakan adalah terhad terutamanya pada musim persekolahan. Jadi, jika korang teringin merasakan menginapan di sebuah tempat yang penuh keindahan serta kehijauan, jangan ragu-ragu menjadikan Dream World Resort sebagai pilihan utama korang apabila mengunjungi Kundasang okey.

3 . Kinabalu National Part Kundasang.

Lokasi Taman Kinabalu adalah terletak di perantaraan jalan Tamparuli-Ranau. Ianya mengambil masa lebih kurang 11 minit pemanduab dengan jarak 7 km dari Pekan Kundasang.

Untuk makluman korang, Kinabalu Nationala Park dilengkapi dengan penginapan, trekking untuk aktiviti sukan atau bersiar-siar, restoran, pusat maklumat, pintu utama ke puncak Gunung Kinabalu dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Kinabalu National part juga dikategorikan sebagai sebuah tempat yang menjadi tumpaun ramai para pelancong terutamanya musim cuti sekolah. Malah korang wajib kunjungi Kundasang kerana tempat ini salah satu pusat tarikan utama di Daerah Ranau. Jadi, tidak hairanlah jika Kundasang ini sentiasa sesak dibanjiri oleh ramai pengunjung tidak kiralah di dalam ataupun luar Negara.

4 . Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm ni merupakan tempat perhatian orang ramai. Ia dikenali sebagai “Little New Zealand” yang terletak di kaki gunung Kinabalu. Ramai yang mengunjungi tempat ini dapat mengambil foto yang cantik ala-ala New Zealand gitu. Di sini korang akan dapat melihat pemandangan yang begitu indah dan sejuk mata memandang dengan persekitaran yang nyaman dan udara yang segar.

Korang juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasakan susu lembu di tempat ini.

5 . Mesilou Highland Strawberry Farm

Mini Strawberry Farm ini terletak di Kampung Mesilou tidak jauh dari Desa Dairy Farm Kundasang.
Ia diusahakan oleh penduduk tempatan, di sini korang berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberry mengikut harga yang ditetapkan dan merasai kenikmatnya. Ladang strawberry ini biasanya dibuka seawall 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tiket masuk Strawberry Farm hanya RM2.00 untuk rakyat Malaysia dan RM5.00 untuk pelancong luar Negara.

6. Nulu Tinorindak Kampung Lembah Pantai Kundasang

Bagi korang yang sangat minat dengan aktivi lasak, saya cadangkan korang ke Nulu Tinorindak yang terletak di Kampung Lembah Permai, Kundasang sangat sesuai untuk korang tau. Untuk makluman korang, tempat ini cukup mencabar untuk didaki disebabkan keadaan trek yang curam. Cuaca sejuk juga menjadi halangan utama kepada pendaki.

Lokasi tempat ini adalah di Kampung Lembah Permai, Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini, korang perlu melalui Kauluan, iaitu jalan utama ke Desa Cattle Farm. Jadi alang-alang korang ke Desa Dairy Farm dan Mini Strawberry ni, tidak salah rasanya kalau korang singgah dan ambil angina dari puncak Nulu Tinorindak ni kan.

7. Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang

Kepada para ibu , pastinyanya tempat ini menjadi tumpuan mereka. Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Selain itu, terdapat juga buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini.

Kepada mereka yang meginap di homestay di sekitar Kundasang, kenapa tidak jika anda mendapatkan sayur-sayuran ini dan memasaknya sendiri di homestay, kan? Psttt… harga yang ditawarkan sangat berpatutan tau korang. Jadi, pasti perbelanjaan korang super jimat berbanding dengan makan di restoran berhampiran. Serious tau. Ini semua bukan cobaan. Ini benar belaka. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membawa sayur-sayuran ini sebagai buah tangan untuk ahli keluarga dan rakan korang.

Kalau nak deal lebih baik, boleh tengok beberapa info di bawah ini untuk memudahkan anda menginap

  1. Untuk Hotel, boleh tengok TRIVAGO SINI
  2. Untuk Tikel Kapal Terbang, Boleh tengok SINI
  3. Untuk membeli keperluan travel, tengok SINI

So, macam mana? Okey ke tak okey? Sebenrnya masih banyak lagi tempat yang menarik di Kundasang Ranau ni yang masih belum saya lawati. InsyaAllah saya akan sharekan destinasi lain dari semasa ke semasa. Akhir kata, jumpa lagi di lain page dan saya memohon maaf sekiranya kekurangan info yang dikongsikan.

Korang yang cantik kacak lawa hensem tu bolehlah nyatakan pendapat korang di bahagian komen dibawah dan pihak infosantai akan sedaya upaya untuk membuat penambahbaikan. Sila klik butang kongsi jika korang menyukai artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *