5 Tempat Menarik di Georgetown Penang

Kalau ke Pulau Pinang, memang tidak salah untuk anda pergi dapatkan info tempat menarik di Georgetown Penang. Georgetown merupakan antara bandar yang pesat membangun dan antara satu daya tarikan tersendiri yang anda boleh pergi di Pulau Penang ini. Kedatangan anda ke Pulau Pinang tidak akan lengkap terutamanya kalau anda tidak pergi ke Georgetown ini. Ianya adalah antara tarikan yang anda wajib pergi.

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang dan antara destinasi menarik di sini. Apa yang menarik di sini adalah tinggalan sejarah yang terdapat di sini. Georgetown merupakan satu tempat menarik yang anda boleh pergi serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Jangan lupa, kalau anda datang ke sini, tempat makan menarik di Georgetown pun sangat unik dengan makanan yang pelbagai dan tersendiri. Kami galakkan untuk anda pergi dan cuba sendiri untuk pergi ke sini.

Rancang Perjalanan Anda

Sebelum anda memulakan perjalanan untuk percutian anda, eloklah kalau anda sendiri merancang perjalanan anda. Yang paling penting antara semua ini adalah penginapan anda. Untuk deal terbaik, boleh ke laman Trivago ini dan lihat deal di tempat yang anda ingin tuju. Banyak hotel-hotel dengan deal menarik yang anda boleh dapatkan di Georgetown dan memang kalau anda ke sini, bolehlah cari hotel untuk penginapan anda. Tempah awal-awal untuk mengelak daripada mengalami kesusahan di kemudian hari.

Juga, peralatan penting untuk travel, bila ada peralatan ini, barulah mudah anda travel ke tempat-tempat menarik yang anda boleh tuju di Malaysia ini.

Apa Yang Menarik di Georgetown Penang?

#1 Tanjong City Marina

Tempat atau desitnasi menarik yang anda boleh pergi untuk melihat sendiri feri dan bot bertukar dari jeti. Kalau rasa nak naik cruise, boleh pergi ke pelabuhan Swettanham bersebelahan dan rasai pengalaman menarik di sini.

#2 Padang Kota Lama

Padang Kota Lama adalah tarikah penduduk setempat dan pelancong dari luar. Apa yang menarik di sini adalah, anda boleh bersantai-santai dan melakukan pelbagai aktiviti. Anda boleh melawat Kota Forn Cornwalls yang disinilah Francis Light mengibarkan bendera Union Jack.

Walaupun British sudah lama meninggalkan Malaysia, tetapi tinggalan sejarah seperti Meriam, bangunan masih jelas kelihatan. Ianya kini menjadi tempat tarikan pelancong yang unik dan memang banyak bangunan lama yang anda boleh dapati di sini. Untuk aktiviti lain, anda boleh bersantai-santai sambil mengadap laut ataupun mengambil beca untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini. Ianya adalah antara pilihan ataupun destinasi unik di Pulau Pinang. Bila berada di sini memang tidak tumpah dengan suasana di Melaka yang juga terkenal dengan tempat tinggalan sejarah yang unik.

#3 The Postcard Shop

Kami pun tidak sangka yang di sini ada Postcard Shop yang anda boleh pergi untuk membeli barangan dan postcard yang terdapat di sini. Memang postcard shop adalah antara tempat yang menawarkan postcard menarik, unik dan comel pada harga yang berpatutan. Kalau anda merupakan seorang peminat postcard, bolehlah datang ke sini dan lihat sendiri apa yang menarik di sini.

#4 Art Street

Tarikan seni mural di dinding bangunan yang anda boleh pergi untuk lihat sendiri keunikan yang ada di Penang. Banyak mural menarik yang anda boleh pergi tengok dan kalau anda ke Georgetown, jangan lupa untuk pergi ke sini dan alami sendiri keunikan dan kecantikan Art Street ini.

#5 Mee Sotong Hameed Penang

Antara tarikan yang kami sebut tadi adalah tarikan dari segi makanan yang ada di sini. Mee sotong ini adalah antara tempat makan menarik di Georgetown Penang yang anda boleh pergi dan wajib cuba. Nak tahu enak atau tidak, kena pergi dan cuba sendiri. Boleh cari sendiri menggunakan waze ataupun pergi ke alamat di bawah;

Hameed ‘Pata’ Mee Sotong
Address: 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang

Inilah antara destinasi menarik dan unik yang anda di Georgwtown, Pulau Pinang, anda boleh ke sini sendiri dan rasai kemeriahan dan keunikan Pulau Pinang yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *