4 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu – Mesti Pergi

Hai semua , okay sape yang ada baca artikel saya yang sebelum ini saya ada bincangkan dengan ada tentang 5 tempat menarik di Kota Kinabalu. Okay tapi tu hari tu lah hari ni kita akan bincangkan mengenai 5 tempat makan yang wajib anda makan ketika di Kota Kinabalu. Orang kata rugilah kalau kita pergi negeri orang tapi kita tak merasai budaya mereka serta juga makanan mereka. Kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisional negeri itu sendiri. Seperti contoh Johor adalah laksa Johor ataupun goreng pisang cicah sambal kicap haaa paling pelik dari negeri negeri lain.

Tapi hari ni kita bukan nak berbincang mengenai Negeri Johor, hari ni kita nak bincang mengenai 5 tempat makan paling sedap yang perlu anda cuba ketika berda di Kota Kinabalu. Jadi mari kita lihat 5 senarai berikut. Yang pertama adalah:

#1 Gerai Seafood Pasar Malam Filifin

Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filifin ini memang popular di kalangan pelancong selain terdapat Pasar Kraftangan. Disini terdapat makanan tradisi orang Sabah seperti kuih cincin, keropok amplang, dan macam macam lagi. Tempat ini biasanya dari pagi hingga ke malam, manakala untuk ikan, sayur dan gerai makanan seafood hanya dibuka selepas jam 5 petang hingga 10 malam. Bagi sesiapa yang tercari cari makanan seafood yang fresh lagi segar dan murah berbanding Restoran Seafood disinilah tempatnya. Jangan lupa cuba lobster, ikan merah, sotong, udang, seaweed, latok dan sambal belacan disini memang sedappppp

#2 Kedai Makan Santubong / kek lapis Sarawak

Kedai Makan Santubong ini terletak di Cybercity Kepayan, Kota Kinabalu. Bagi yang tercari cari dan menggemari makanan asli orang sarawak boleh datang sini. Almaklumlah nak pergi ke Sarawak bukannya murah hehhe. Disini anda boleh mendapatkan mee kolok dan selain itu mee sup ikan juga sedap, anda boleh dapatkan rasa ikan segar disini. Kedai makan ini bersebelahan dengan Restoran Sri Bangsawan yang mana menjual pisang goreng sedap kegemaran anak anak. Dihadapannya pula terdapat gerai sayap ayam yang paling sedap di Kota Kinabalu.

#3 Gerai Sinar Delima

Gerai sinar delima ataupun nama dulunya gerai sinar delima masakan jawa. Gerai ini terletak berhampiran dengan Pasar Flipin dan Hotel Hyat Regency. Kalau jalan kaki dari pasar hanyalah 5 minit sahaja. Walaupun diberi gelaran masakan jawa tapi itu adalah sekadar nama sahaja menu yang istimewa disini adalah Udang Galah Buttermilk, sotong butter dry dan kerapu masak tiga rasa dan kerapu masak stim halia. Jadi jangan lupa singgah ye untuk merasa tahap istimewanya menu makanan seafood disini.
Anjung senja

Terletak berhampiran dengan medan selera Filipino, ataupun lebih tepat berhampiran dengan Hard rock Kota Kinabalu. Dan pastinya ikan segar dan makanan laut adalah menu utama disini. Jika datang sini sebelah petang terutama ketika menjelang maghrib boleh makan sambil menikmati keindahan sunset. View dikatakan agak cantik bersamaan dengan namanya “ Anjung Senja”.

#4 Restoran D lengkuas

Jikalau anda rindu pada masakan tradisional semenanjung Malaysia anda boleh pergi ke sini Restoran D lengkuas. Retoran ini terletak di Sembulan Kota Kinabalu. Iaitu berdekatan dengan Grace Ville Sembulan dan Grace Point Food Court. Biasanya Lunch Hour adalah waktu yang sangat peak disini. Antara menu istimewa disini adalah Kerang masak sambal, ikan patin masak tempoyak, sotong sumbat masa hitam dan daging kawah. Harga pun sangat berpatutan.

Jadi diatas adalah senarai tempat makan yang sedap yang anda wajib pergi ketika anda berada di Kota Kinabalu. Jadi jangan lupa singgah ye. Ha nak melancong ke Kota Kinabalu, tidak dinafikan banyak hotel yang terdapat di Kota Kinabalu kan jadi kita kena pandai mencari yang sesuai dan berpatutan. Jadi nak tahu macam mana boleh dapatkan harga yang murah dan berpatutan anda boleh lawati Trivago kerana disitu terdapat banyak pilihan hotel Di Kota Kinabalu dan anda boleh bandingkan dengan harga dari laman web yang lain. Dan pastikan ye anda dapatkan yang paling murah dan berpatutan. Kalau yang dari semenanjung tu, boleh tengok laman ini untuk perbandingan tiket kapal terbang murah. Terima Kasih.

2 Comments


  1. // Reply

    wowwww…bookmarks terus ni…sebab memang ada dalam travel list nak ke KK dalam masa terdekat ni


    1. // Reply

      terima kasih, blh la melawat kinabalu ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *