5 Tempat Makan Best di Penang Wajib Pergi

Apa tempat makan best di Penang? Kalau anda sampai ke Penang, memang kadangkala anda pun buntu untuk dapatkan info tempat makan yang menarik di penang. Tetapi, untuk artikel kali ini, kami akan berikan beberapa rekemendasi tentang tempat makan menarik yang anda boleh dapatkan di Penang. Banyak tempat makan menarik yang anda boleh pergi terutama Pulau Pinang yang terkenal dengan daya tarikan yang tersendiri terutama dalam keunikan budaya dan makanan di sana.

Tetapi, alang-alang anda sampai ke Penang, kami galakkan untuk anda lihat juga apa tempat menarik yang ditawarkan di Penang. Memang banyak tempat menarik yang ada di Penang dan yang penting sekali, Georgetown pun mempunyai keunikan yang tersendiri dalam memberikan tempat menarik dan unik di Penang.

Mee Sotong Penang

Kalau ke Penang, ini adalah kedai wajib yang anda kena cuba. Ianya adalah Mee Sotong Penang dan terletak di Georgetown. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan kedai ini dan alamat, boleh ke sini untuk dapatkan info lanjut.

Nasi Kandar Kg Melayu

Alang-alang sampai ke sini, bolehlah cuba nasi kandar Kg Melayu. Kepada peminat nasi kandar dan tidak pernah makan lagi Nasi Kandar, boleh cuba dulu nasi kandar di sini untuk rasai perbezaan dengan Nasi Kandar lain di luar sana.

Abang Misai Char Kuey Tiew

Saya tahu, tentu anda semua pernah merasa Char Kuey Tiew paling kurang sekali kan? Kalau memang anda pernah rasa Char Kuey Tiew, boleh cuba Char Kuey Tiew daripada Abang Misai ini. Memang ianya mempunyai keunikan yang tersendiri dengan tagline “telur ayam di basuh” Apa kaitan telur ayam dibasuh ini? Kerana kebanyakan kedai tidak membasuh telur ayam dan Anag Misai Char Kuey Tiew ini adalah kedai yang menjaga kebersihan dan mementingkan kepuasan pelanggan. Boleh cuba sendiri untuk alami keenakan Char Kuey Tiew ini.

Fishmen Grill

Anda merupakan seorang yang meminati makanan laut? Fishmen Grill adalah untuk anda. Ianya fokus kepada makanan laut yang segar-segar untuk menjada kesedapan dan keenakan serta kepuasan pelanggan. Boleh cuba sendiri untuk ke sini dan alami apa yang sedap dan menarik di Fishmen Grill ini. Ianya memang satu destinasi menarik makana laut segar yang anda boleh dapatkan. Udang, ketam, ikan segar dan pelbagai jenis menu masakan laut lain anda boleh dapatkan di sini.

Hameediyah Beriyani

Ingin rasa masakan Melayu, boleh cuba Hameediyah Beriyani. Kedai ini terletak di 164 Lebuh Campbell dan telah berada lama di sini. Ianya telahpun teruji zaman berzaman dan beriyani tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anda boleh ke sini dan cuba alami apa yang menarik yang ada di sini.

Destinasi Makan Menarik Memang ada di Penang

Alang-alang ke Penang, memang anda kena mencuba pelbagai menu masakan yang unik yang ada di sini. Sebenarnya, banyak lagi tempat makan best di Penang dan pada kami cukuplah kami berikan 5 sahaja tempat menarik yang anda boleh cuba. Cuba sendiri makanan ini dan memang gerenti anda tidak akan menyesal dengan makanan ini. Terbaik dan puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *