Destinasi Tempat Bersejarah di Melaka

Jika ke Melaka, memang antara tarikan adalah tempat bersejarah di Melaka itu sendiri. Memang tidak sah kalau ke Melaka tetapi tidak pergi ke tempat-tempat bersejarah ini. Melaka turut diishtiharkan UNESCO sebagai bandar warisan dunia yang sememangnya menjadi tarikan dan pengajaran daripada sejarah lampau menjadi iktibar kepada ganerasi akan datang.

Penginapan di Melaka untuk ke tempat-tempat bersejarah ini

Jika anda ingin ke Melaka dan mencari khazanah bersejarah yang ada di sini, saya cadangkan anda menginap di Hotel KobemasĀ Kerana mempunyai kemudahan asas yang baik seperti wifi, tempat parking dan lain-lain lagi. Ianya boleh dikategorikan sebagai hotel bajet yang berkualiti. Boleh lihat harga terkini hotel Kobemas di SINI.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencari hotel-hotel lain yang ada di Melaka. Boleh lihat SINI untuk senarai hotel lengkap dan terbaik. Banyak pilihan hotel yang ada kerana Melaka memang bandar yang menjadi destinasi perlancongan yang popular dalam dan luar negara. Memang lebih baik anda bermalam di Melaka untuk ke tempat-tempat bersejarah ini.

**Tips travel dari kami, sentiasa membuat tempahan hotel menggunakan khidmat laman seperti Trivago.comĀ atau yang seumpamanya kerana telah terjadi di mana saya melakukan tempahan secara terus dengan pihak hotel, tempahan tidak direkodkan. Jadi lebih selamat melakukan tempahan menggunakan laman seperti Trivago ini. Saya pasti, tentu anda tidak mahu perjalanan anda untuk melihat tempat-tempah yang bersejarah di Melaka terganggu kerana masalah penginapan.

Tempat-tempat bersejarah di Melaka

Afamosa-@-melaka-travel

Kota A Famosa

Merupakan satu tempat bersejarah yang paling terkenal di Melaka. Kota ini dibina oleh penjajah Portugis untuk mempertahankan Melaka daripada serangan luar dan penduduk tempatan. Kota ini sebenarnya adalah sejarah hitam umat Islam di Melaka sehingga kini. Apapun, boleh hayati perjuangan umat terdahulu apabila tiba di Kota A Famosa ini nanti.

Perigi hang li po

Dibina pada tahun 1949 oleh pengikut-pengikut puteri Hang Li Po. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Boleh ke sini jika anda ingin melihat sendiri tinggalan sejarah di sini.

Bukit China

Bukit ini menjadi penempatan rasmi rombongan diraja yang datang bersama puteri Hang Li Po. Antara tempat bersejarah yang saya rasakan menarik untuk anda pergi.

Makam Hang Tuah

Merupakan satu lagenda yang menjadi perdebatan sama ada wujud atau tidak. Kisah Hang Tuah menjadi popular dalam buku Salatus Salatin. Apapun, kepada yang berminat untuk mencari kesan tinggalan sejarah Hang Tuah ini bolehlah ke Makam Hang Tuah ini.

Makam Dol Said

Pembesar Naning yang berani menentang British. Memang mempunyai tinggalan sejarah dan keunikan yang tersendiri, jika anda ke Melaka, boleh lawat makam dol said ini.

Antara tempat bersejarah di Melaka lain adalah;

  • Makam Tun Teja
  • Perkuburan Belanda Bandar Hilir
  • Makam Hang Kasturi
  • Perigi Hang Li Poh
  • Makam Sultan Hussein
  • Perigi Hang Tuah
  • Kota Kuala Linggi
  • Kota St. John

Bangunan bersejarah Melaka pula adalah;

  • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Istana Kesultanan Melaka
  • Masjid Peringgit
  • Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
  • Bangunan Stadthuys

Apapun, boleh pergi sendiri ke tempat-tempat ini jika anda memang ingin melihat sendiri sejarah jatuh bangun Melaka. Apapun, anda boleh dapatkan tempat-tempat menarik di Melaka di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *