Tempat Menarik di Shah Alam, Selangor

Shah Alam mempunyai keunikan yang tersendiri dan boleh dikatakan mempunyai daya tarikan kepada pengunjung yang datang. Walaupun ia merupakan ibu negeri Selangor, tetapi daya tarikan yang ada di Shah Alam memang membuatkan ramai yang jatuh cinta. Perlancongan di sini menjadikan ianya bandaraya perlancongan pilihan kepada sesiapa yang ingin ke sini.

Boleh lihat sini untuk senarai tempat menarik di Selangor.

Penginapan di Shah Alam

Saya cadangkan untuk anda menginap di Shah Alam kerana ianya memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Lagipun ada banyak pilihan hotel sama ada yang murah atau yang premium yang terdapat di Shah Alam. Jika anda berkunjung ke Shah Alam, saya galakkan anda untuk menginap di Orange Hotel Shah Alam Ini kerana hotel ini mempunyai harga yang berpatutan dan mempunyai review yang baik di Trivago. Anda boleh lihat sendiri harga terkini Orange Hotel Shah Alam ini di SINI dan hotel lain di sekitar Shah Alam.

Alternatif lain, ada banyak hotel yang terdapat di Shah Alam. Anda boleh lihat SINI untuk senarai hotel lain yang terdapat di Shah Alam. Sememangnya ada banyak pilihan hotel yang ada di Shah Alam untuk anda pilih. Anda juga boleh menginap di hotel di Shah Alam apabila anda menghantar anak ke IPT di Shah Alam ataupun mungkin mendapat interview pekerjaan atau apa sahaja urusan sama ada outstation dan lain-lain. Jadi, singgahlah ke Shah Alam dan rasai sendiri pengalaman berada di Shah Alam.

Sedikit tips travel dari kami, jika anda ingin melakukan booking atau tempahan, digalakkan untuk anda membuat tempahan menggunakan laman seperti Trivago atau laman lain seumpamanya. Ini kerana untuk mengelakkan dari masalah tempahan tidak direkodkan dan lain-lain lagi. Tempahan melalui Trivago mempunyai bukti hitam putih dan ianya sentiasa menjadi pilihan saya untuk membuat tempahan hotel ketika melancong.

Tempat Menarik di Shah Alam

I City

i city shah alam

Tempat menarik yang memang sudah popular di Shah Alam. Apa yang menarik daripada I City ini adalah City of Digital Light atau lampu irama yang berwarna-warni yang pastinya sangat cantik pada waktu malam. Selain itu, apa yang ada di I City ini adalah;

  • Red Carpet – Muzium lilin yang menempatkan selebriti terkenal dunia termasuk ketua negara dan orang kenamaan.
  • Snowalk – Rumah salji. Jika anda ingin merasa suasana seperti di kutub utara, cuba Snowalk in.
  • Water World – Water park popular yang menyediakan berbagai permainan air menarik.
  • Fun Drive – Ia adalah kawasan permainan kereta untuk kanak-kanak. Kereta yang disediakan mempunyai fungsi seperti go kart dimana terdapat pedal minyak dan juga brek.
  • Banyak lagi yang menarik di I City ini, apapun, pergilah ke sini dan alami sendiri kelainan berada di Shah Alam.

Masjid Shah Alam

Masjid Shah Alam juga adalah antara tarikan yang ada di Shah Alam. Ia juga dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan merupakan antara masjid yang terbesar yang terdapat di Asia Tenggara. Apapun, saya galakkan untuk anda bersolat di sini jika anda ke Shah Alam bagi yang muslim, bagi yang bukan muslim, boleh juga melihat-lihat keadaan sekeliling.

Taman Botani Shah Alam

Ianya merupakan satu tempat rekreasi yang popular dan sering dilawati oleh pengunjung dalam dan luar negara. Dikenali juga dengan nama bukit Cahaya Seri Alam atau bukit Cerakah menjadikan tempat ini sebagai satu destinasi yang bagus untuk melakukan pelbagai aktiviti. Tarikan utama di sini adalah;

  • Taman haiwan
  • Taman 4 musim
  • Taman rempah ratus dan lain-lain lagi.

Kalau berkesempatan, memang saya galakkan untuk anda ke sini dan bercuti di sini. Lagipun Taman Botani Shah Alam ini sering dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti seperti team building, seminar dan lain-lain lagi. Pun ada yang manfaatkan tempat ini untuk pelbagai aktiviti lain seperti cycling, riadah dan lain-lain lagi.

Taman Tasik Shah Alam

Merupakan taman rekreasi yang terdapat di Shah Alam. Jika anda ke Shah Alam, saya galakkan anda ke sini dan memang tak dinafikan yang taman tasik ini menjadi destinasi untuk beriadah di Shah Alam.

Anda boleh layan video di bawah untuk tempat menarik di Shah Alam

Tempat membeli belah di Shah Alam

Shah Alam mempunyai banyak tempat membeli belah yang terdapat di sini. Kalaupun anda tidak gemar untuk melakukan aktiviti di Taman Botani, anda boleh ke tempat membeli belah yang kami cadangkan ini. Berikut adalah senarai tempat membeli belah popular yang ada di Shah Alam;

  • Setia City Mall – Masih baru dan ternyata mendapat tempat di Shah Alam. Mempunyai pelbagai kemudahan seperti bowling, panggung wayang dan lain-lain lagi.
  • Plaza Alam Sentral – Plaza yang sudah berada lama di Shah Alam. Mempunyai banyak lot kedai untuk pelbagai tujuan juga banyak restoren yang terdapat di sini. Boleh ke sini untuk shopping dan bersantai bersama keluarga.
  • Kompleks PKNS Shah Alam – Lebih berkonsepkan bazar ataupun kedai. Pelbagai barangan yang ada di sini. Apapun memang satu tempat shopping yang menarik.
  • Uptown Shah Alam – Menjual pelbagai barangan yang murah anda boleh dapat di sini. Memang menjadi pilihan golongan muda untuk bershopping ke sini.

Senarai Institut Pengajian Tinggi di Shah Alam
Antara tempat pengajian popular yang ada di Shah Alam adalah;

  • UITM Shah Alam
  • Intec UITM Shah Alam
  • Universiti Industri Selangor
  • PTPL Colleage
  • Chinese Taipei International School

Cukuplah setakat ini tempat menarik yang terdapat di Shah Alam. Sebenarnya banyak tempat menarik di Shah Alam, termasuklah hotel, senibina dan boleh di katakan yang Shah Alam ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Memang sesuai untuk anda melancong ke Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *