Tempat Menarik di Kajang

Banyak tempat menarik di Kajang yang anda boleh pergi untuk cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu. Tidak lupa juga, banyak tempat makan yang menarik di Kajang yang anda boleh pergi kalau misalkatan hujung minggu tu tak tau nak buat apa. Apapun, pada kali ini, saya nak berikan beberapa tempat menarik di Kajang yang anda boleh pergi.

Alang-alang dah sampai Kajang ni, jom tengok apa lagi yang menarik yang ada di Selangor. Selangor pun satu destinasi yang unik untuk anda pergi kerana menawarkan banyak tarikan kepada pelancong di sini.

satay-kajang
Satay kajang, tarikan utama di Kajang

Penginapan hotel murah di Kajang

Kalau anda ke Kajang, saya cadangkan untuk anda menginap di Prescott Hotel Kajang. Hotel ini menarik kerana harganya yang berpatutan dan paling penting sekali adalah review di Trivago yang baik. Jadi memang sesuai untuk anda yang ingin ke Kajang. Kemudahan hotel ini pun OK, ada tempat parking, dekat dengan kedai makan menarik dan kemudahan asas hotel ini memang boleh dikatakan OK la. Boleh lihat harga terkini Uptown Imperial Kajang dan hotel lain di SINI dan hotel di sekitar Kajang yang lain.

Sebagai alternatif, saya cadangkan untuk anda melihat hotel terbaik lain di Kajang di SINI. Laman ini memang dah filter siap-siap hotel terbaik di Kajang dan memang memudahkan pengguna dalam membuat tempahan hotel. Terbaik dan saya sarankan anda menggunakan khidmat laman Trivago ini.

Tips travel dari kami, sentiasa gunakan laman seperti Trivago ini dalam membuat tempahan hotel kerana pernah terjadi, jika tempahan dilakukan secara terus, tempahan tidak direkodkan. Tentu anda tidak mahu perkara ini terjadi. Lagi satu, Trivago sudah mempunyai banyak review yang bagus dan jujur, daripada pengunjung hotel sendiri. Jadi memang untuk tempahan hotel, Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk melakukan tempahan hotel.

Tempat Makan Menarik di Kajang

Tempat makan juga boleh dikategorikan sebagai satu destinasi tempat menarik di Kajang. Oleh itu, saya nak rekemen 2 tempat makan ini sahaja. Kalau banyak-banyak takut tak sempat nak pegi semua pula, jadi saya rasa cukuplah 2 tempat makan di Kajang ini untuk anda pergi.

#1 Satay Hj Samuri Kajang

Merupakan satu destinasi wajib jika anda ke Kajang, semestinya pekena Satay Kajang memang antara pilihan yang terbaik. Satay Kajang memang terkenal satu Malaysia dan kalau anda pertama kali sampai ke Kajang, bolehlah cuba dan alami sendiri keenakan satay Kajang Hj Samuri ini. Terbaik. Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal dan kena dengan harga. Nasihat saya, cuba sendiri dan rasa keenakan satay Kajang ini.

Kajang Lot 1, 2&3,
Tingkat Bawah & Tingkat 2,
Bangunan Dato’ Nazir,
Jalan Kelab, Kajang,
Selangor, Malaysia

#2 Dapur Koi Kajang

Tema restoren ini adalah masakan tradisional Pahang dan Melayu. Antara menu yang saya galakkan untuk anda rasai dan cuba adalah Ayam Kampung Goreng, Gulai Kawah, Tempoyak Ikan Patin dan lain-lain menu masakan tradisional lain untuk anda pilih dan cuba. Juga ada menu sambal pembuka selera untuk anda cuba. Kemudahan seperti surau juga disediakan, bagi saya, anda cuba sendiri dan bagi peminat masakan tradisional Melayu, boleh ke Restoran Dapur Koi di alamat bawah.

Restoran Dapur Koi,
2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang,
Kajang.

Tempat Menarik di Kajang

#1 Sungai Gabai dan Sungai Tekala

Antara tempat menarik di Kajang yang anda boleh pergi selain daripada tempat makan best di Kajang adalah destinasi sungai yang cantik dan memukau. Salah satunya adalah Sungai Gabai yang sesuai untuk bawa anak anda mandi manda. Banyak pokok dan akar-akar hutan di sini dan sungai di sini cantik untuk anda bawak anak-anak mandi manda di dalam hutan. Memang satu destinasi percutian yang terbaik.

Satu lagi adalah air terjun Sungai Tekala yang juga merupakan salah satu tempat menarik untuk anda pergi di Kajang ini. Ianya adalah air terjun Sungai Tekala yang merupakan satu tempat yang menarik untuk anda pergi. Lengkap dengan pelbagai kemudahan awam untuk anda pergi dan tuju. Kalau nak ke sini, saya sarankan anda menginap di mana-mana hotel di Trivago dan teruskan perjalanan ke sini. Banyak perkara yang menarik yang anda boleh lakukan di sini.

#2 Ostrich Wonderland Kajang

Pun antara tempat menarik untuk anda pergi di Kajang ini. Di sini, bukan sahaja unta, tetapi juga terdapat ayam dan burung merak yang dibela di sini. Pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan burung unta dan bagaimana dia membesar di sini. Ostrich Wonderland ini telah beroperasi sejak tahun 2000 dan merupakan salah satu tempat menarik di Kajang. Memang saya galakkan untuk anda pergi dan alami sendiri keseronokan di sini.

Bagi saya, ianya tak jauh beza dengan keadaan di Port Dickson yang mana di sana juga terdapat burung unta dan pelbagai haiwan lain.

#3 Tasik Cempaka

Tasik Cempaka adalah satu lagi tempat menarik yang anda boleh pergi di Kajang ini. Ianya lebih kepada satu tempat warga kota beristirehat dan bersantai pada petang hari.

Banyak kan tempat menarik yang anda boleh pergi di Kajang. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang anda boleh pergi jika anda ke Kajang ini. Apapun, selamat bercuti dan berhujung minggu, pastikan anda rancang percutian anda ke destinasi yang anda ingin tuju. Kajang merupakan tempat yang bagus dan banyak tempat unutk anda tuju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *