16 Tempat Menarik di Selangor dan KL

Ramai yang mencari tempat menarik di Selangor dan kl untuk dijadikan satu destinasi percutian. Sebenarnya banyak destinasi unik di sini yang anda boleh pergi dan manfaatkan bersama keluarga. Artikel kali ini, saya nak berikan tips satu persatu akan tempat-tempat tarikan utama di Selangor dan Kl yang anda boleh pergi.

Penginapan hotel atau homestay murah

Jika anda ingin mencari penginapan murah dan berbaloi, saya cadangkan anda lihat sendiri senarai hotel atau homestay di Trivago. Sememangnya banyak pilihan yang ada dan yang lebih penting adalah tempahan melalui laman seperti Trivago lebih selamat berbanding dengan tempahan secara terus dengan pengusaha hotel. Boleh lihat SINI untuk senarai terkini hotel di Trivago.com.

Ada banyak pilihan hotel yang ada di Trivago dan sememangnya Trivagi memang menjadi pilihan saya untuk sebarang tempahan hotel pada masa akan datang.

Tips travel dari kami, sentiasa melakukan tempahan hotel dengan laman seperti Trivago, atau laman-laman lain kerana untuk mengelak tempahan anda tidak direkodkan jika anda membuat tempahan secara terus. Apapun, tempahan melalui laman seperti Trivago lebih selamat kerana adanya bukti ‘hitam putih’.

Destinasi Unik Selangor dan KL

Apa lagi tempat menarik yang best yang ada di sini untuk anda pergi bercuti terutama di hujung minggu.

Bila sebut bercuti di Selangor pastinya tempat yang menjadi tarikan adalah tempat-tempat berikut;

i city shah alam

  • i-City, Shah Alam
  • Sunway Lagoon, Petaling Jaya
  • Kidzania, Mutiara Damansara
  • Taman Botani, Shah Alam
  • Taman Tasik, Shah Alam
  • Sunway Piramid antara tempat shopping terkemuka dan terkenal
  • Times Square antara tempat shopping popular di KL

Tak dinafikan yang tempat-tempat di atas ini menarik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Memang saya galakkan untuk anda pergi. Tetapi, artikel pada kali ini, saya nak membawa anda ke tempat yang unik yang tak ramai orang sentuh. Tetapi saya berani jamin yang tempat-tempat ini unik dan menarik. Jadi, kat mana tarikan di sini sebenarnya?

Bagi orang Selangor mungkin sudah biasa untuk pergi ke tempat-tempat ini, tetapi bagi mereka yang berada di luar negeri ini, anda boleh ke tempat-tempat ini dan alami sendiri suasana di tempat-tempat ini. Terutama sekali i-city di Shah Alam yang merupakan satu destinasi popular.

Farm In The City Petting Zoo

Antara tempat unik yang jarang orang tahu di sini adalah Farm In The City Petting Zoo. Bagi saya, tempat ini memang unik dengan keindahan alam semulajadi yang menawan. Saya galakkan untuk anda ke sini dan pergi rasai kemeriah dan kehijauan tempat ini.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Bagi yang ingin bercuti di negeri ini, berikut adalah antara daya penarik yang anda boleh pergi. Antaranya adalah Masjid Biru di Shah Alam.

Masjid ini adalah masjid yang unik yang terdapat di sini dan boleh dikatakan sebagai satu tempat yang popular dan boleh menjadi destinasi wajib. Orang bukan muslim pun boleh datang ke sini dan melawat tempat ini.

Tarikan Alam Semulajadi

Jika anda mencari tarikan alam semulajadi menarik, saya cadangkan untuk anda ke Air Terjun Kemensah di Ulu Klang. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini dan uniknya, tempat ini terletak tidak jauh daripada zoo negara. Anda juga boleh melakukan sukan dan aktiviti lasak di sini, dan bagi saya memang satu tempat yang menarik untuk anda pergi.

Air Terjun Kanching, Selayang

Bagi saya antara tempat atau destinasi air terjun yang tercantik pernah saya pergi. Memang unik, siapa tahu di Hutan Lipur Kanching ini ada air terjun tersendiri. Ramai pelancong ada, jadi kadangkala memang penuh tempat ini dengan pelancong. Jadi, memang saya galakkan anda untuk ke sini jika ada kelapangan waktu. Ianya ternyata memudahkan anda untuk bersantai bersama keluarga.

Gunung Broga

gunung broga

Antara gunung yang sering menjadi tumpuan kini. Apa yang menarik di sini adalah anda boleh lihat matahari terbit atau terbenam. Memang cantik sungguh. Tetapi Gunung atau bukit ini sekarang memang jadi tarikan pelancong dan agak ramai terutama ketika waktu cuti sekolah. Kepada yang ingin mencari aktiviti sukan lasak atau sukakan aktiviti seperti panjat gunung ini, bolehlah ke sini dan panjat sendiri gunung Broga ini.

Tempat shopping menarik

Banyak tempat untuk anda shopping dan menjanjikan keunikan tersendiri. Antara tempat shopping yang unik adalah di GM Klang. Ianya merupakan syurga kepada mereka yang berniaga online untuk mendapatkan barangan murah-murah di sini untuk dijual semula. Anda boleh ke GM Klang dan lihat sendiri barangan murah di sana. Tips untuk membeli belah di GM Klang adalah, beli banyak, dan katakan yang anda ingin jual semula. Memang terbaik.

  • Antara tempat shopping menarik lain adalah di;
  • IKEA yang menjanjikan perabut unik yang tiada di tempat lain.
  • IOI City Mall di Putrajaya
  • Sunway Piramid
  • Uptown Shah Alam untuk mendapatkan barangan murah.

Banyak lagi sebenarnya tempat shopping yang ada di sini. Apapun anda cubalah sebaik mungkin untuk memilih tempat yang terbaik sesuai dengan apa yang anda mahukan. Setiap tempat shopping complex mempunyai keunikan tersendiri, sebagai contoh di The Mines, ada sungai di dalam The Mines yang membuatkan ianya menarik berbanding dengan tempat shopping lain. Memang terbaik dan saya galakkan untuk anda pergi sendiri dan rasai sendiri pengalaman bershopping di sini.

Boleh layan video di bawah ini dahulu untuk idea dan percutian menarik lainnya.

Cukuplah setakat ini, harap artikel ini dapat membantu anda untuk memilih tempat yang sesuai untuk anda pergi jika travel ke Selangor dan KL. Tidak lupa, jika anda ada sebarang persoalan atau luahan pendapat, boleh berikan di runagn bawah dan kami di Asukavi Travel akan cuba sebaik mungkin untuk membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *