Restoran Kari Kambing 40 Hari – Best Sangat Ke?

Kali ini kami ingin berikan review berkenaan dengan Restoran Kari Kambing 40 Hari yang semakin hari semakin mendapat tempat dan merupakan antara tempat yang penuh dengan pengunjung. Ianya merupakan antara daya tarikan terbaru di Batu Pahat, Parit Raja, Air Hitam dan Yong Peng. Lokasinya memang boleh di akses melalui 4 tempat ini dan kali ini kami ingin memberikan ulasan berkenaan dengan restoren ini.

Kalau anda berkunjung ke Johor Bahru ataupun ingin ke bahagian selatan tanah air, boleh ke Restoren ini. Paling mudah untuk ke sini adalah dengan exit dari Plaza Tol Lebihraya Utara Selatan di Ayer Hitam dan boleh menuju ke sini. Lebih mudah kalau anda menggunakan Waze ataupun Google Maps untuk menuju ke sini. Ianya merupakan antara tempat yang bagus untuk anda pergi dan merasai sendiri kesedapan Nasi Arab yang ada di SINI. Tetapi awas, tempat ini memang sentiasa penuh, terutama pada waktu cuti sekolah dan public holiday. Alang-alang dah sampai ke Selatan Tanah Air, apa salahnya untuk anda ke sini kan.

Menu Yang Ada di Restoran Ini

Menu yang ada tentulah kari kambing yang enak dan lazat tu. Ada 2 menu utama iaitu anda boleh makan dalam dulang ataupun anda makan sendiri di dalam pinggan. Boleh piilh yang mana yang anda mahukan. Set dulang didatangkan dengan 5 gelas air. Kalau datang dengan kawan-kawan tu, boleh cuba menu dulang ini. Satu lagi menu adalah menu berpinggan. Wajib dimakan dengan kari kambing yang memang menjadi menu utama di sini. Kalau anda datang ke sini, memang kena cuba menu kari kambing ini yang mendapat pujian ramai.

Apapun, kami cadangkan untuk anda cuba sendiri menu yang anda di sini dan datang ke kedai ini untuk menikmati menu yang ada. Memang best dan menarik.

Sumber

Sejarah dan Kenapa 40 Hari

Memang ramai nak tahu kenapa namanya 40 hari. Menurut orang tempatan, pemilik restoren ini adalah seorang pengikut jamaah tabligh yang memang terkenal di seluruh Malaysia. Salah satu kebiasaan jamaah ini adalah “keluar 40 hari” berdakwah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Atas sebab itulah ianya dipanggil Kari Kambing 40 Hari. Dapat kaitkan tak?

Kenapa ianya laris adalah kerana pemilik restoren ini jenis yang kuat beragama, jadi, insyaAllah tiada ilmu pelaris dan ajaran yang pelik-pelik dalam masakan ini. Disebabkan itu, memang makin ramai yang datang ke restoren ini dari hari ke hari kerana yakin dengan apa yang dimakan sama ada oleh orang tempatan mahupun orang luar yang tidak tahu. Apapun, inilah antara sebab yang diceritakan oleh orang tempatan berkenaan dengan sejarah dan kenapa nama restoran ini begitu. Kalau nak lebih lanjut lagi, boleh temuramah pemilik tempat ini dan tanyakan sendiri kenapa nama tempat ini restoran 40 hari.

Ramai juga yang nak tahu no talifon restoran Kari Kambing 40 Hari ini, boleh talifon ni ini 019 6272243

Ini adalah antara beberapa daya tarikan terbaru yang ada di Batu Pahat ini dan anda boleh cuba sendiri untuk merasai menu di tempat ini. Saya boleh gerenti ianya tidak akan mengecewakan anda. Selepas menjamu selera di sini, bolehlah anda teruskan ke destinasi seterusnya ataupun kalau nak tahu apa yang menarik di sekitar restoren ini, boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *