7 Tempat Menarik di Putrajaya Untuk Dilawati

Banyak tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati dan pada saya, selain daripada pusat pentadbiran negara, ianya juga merupakan satu tempat yang menjadi mercu tanda di Malaysia. Banyak tarikan yang unik di sini yang anda boleh pergi dan memang tidak salah, Ianya menjadi tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Kalau anda ke sini, memang banyak pelancong, bas sekolah, bas daripada universiti dan lain-lain. Jadi, kalau anda ke sini, saya cadangkan untuk anda pergi ke tempat-tempat tarikan unik yang akan saya cadangkan ini ye.

Alang-alang dah sampai ke Putrajaya ni, jom tengok-tengok apa lagi yang menarik di Selangor. Dengan itu, barulah perjalanan anda berbaloi dan bermakna. Ada banyak tarikan utama di Selangor dan KL juga untuk anda pergi.

tempat menarik putrajaya

Penginapan

Untuk penginapan, saya memang cadangkan untuk anda menginap di mana-mana hotel yang ada di sini. Lebih mudah untuk anda melihat destinasi menarik di tempat ini apabila anda menginap di mana-mana hotel.

Sebenarnya terlalu banyak hotel yang ada di sini kerana memang tempat perlancongan dan pusat pentadbiran yang unik. Jika anda ke sini, saya cadangkan anda ke Marriot Hotel. kerana menawarkan harga yang mampu milik dan kemudahan yang menarik. Kedudukan hotel ini yang strategik memang menjanjikan pengalaman percutian anda sesuatu yang bermakna. Boleh lihat SINI untuk harga terkini Marriot Hotel di laman Trivago. Kemudahan seperti parking percuma dan wifi sudah cukup untuk sekadar percutian bajet di sini.

Jika anda memilih untuk bercuti atau berkunjung ke sini pada musim cuti sekolah, saya memang menggalakkan anda untuk menginap di hotel lain. Boleh lihat SINI untuk senarai Hotel-hotel lain di sekitar Putrajaya. Sememangnya waktu cuti itu, Melaka memang menjadi tumpuan dan banyak kereta terutama untuk ke tempat-tempat yang unik dan bersejarah. Jadi, digalakkan anda menempah hotel lebih awal untuk mengelak kesesakan yang berpanjangan.

Tips Travel dari kami, sentiasa menempah hotel anda dengan laman seperti Trivago kerana telah terjadi banyak kali yang hotel saya book secara terus telah tersilap dari segi tarikh atau paling teruk langsung tidak direkodkan. Sejak dari ini saya tidak lagi booking secara terus dan kalau boleh menggunakan Trivago sebagai laman booking utama untuk perjalanan perlancungan ataupun perjalanan business. Lagipun Trivago dah filter siap-siap laman yang bagus mengikut destinasi yang anda ingin tuju, jadi memang berbaloi.

Destinasi Percutian Utama dan Tarikan di Sini

#1 Masjid Putra

Kalau anda ke tempat ini, memang tidak sah kalau anda tidak pergi ke Masjid Putra. Sejarah masjid ini, masjid ini dinamakan sempena dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Kedudukan adalah bersebelahan dengan Dataran Perdanan dan berhadapan dengan tasik. Dataran Putra dan Souq juga tidak jauh dengan masjid ini. Pengunjung di Masjid ini juga ada yang bukan Islam, apapun masjid ini adalah tarikan yang unik yang anda boleh pergi.

#2 Taman Warisan Pertanian

Taman Warisan Pertanian ini terletak di Presint 16, Putrajaya. Pelawat yang ke sini boleh merasa sendiri buah-buahan segar dan melihat pelbagai aktiviti pertanian, pemeliharaan buah-bauahan dan lain-lain lagi.

#3 Jambatan

Antara tarikan adalah jambatan ini. Ianya sepanjang 430m dan merupakan antara mercu tanda terbaru di sini. Ramai yang menjadikan pemandangan di jambatan ini sebagai salah satu tempat untuk photoshot ataupun menjadikan tempat lokasi dalam babak filem. Jadi, jangan lepaskan peluang, agak rugilah kalau anda tidak mengambil peluang untuk mengambil gambar di Jambatan ini.

#4 Tasik

Antara tarikan lainnya adalah Tasik yang jernih dan cantik. Anda boleh menaiki bot dan mengelilingi pusat pentadbiran dan tarikan lainnya dengan bot tersebut. Saya yakin, anda pasti teruja dengan keindahan bangunan kerajaan yang anda bakal lihat. Perjalanan mengambil masa 45 minit mengelilingi Masjid Putra dan lain-lain bangunan yang menarik. Pakej harga pula adalah sebanyak RM30 seorang untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Jadi, sekali lagi, jangan lepaskan peluang, saya memang cadangkan untuk anda ke Tasik ini.

#5 Taman Botani

Taman ini merupakan taman buatan manusia yang memberikan ribuan speasis tumbuhan sama ada dalam dan luar negara. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal untuk mengelilingi taman ini. Taman ini adalah antara tempat tercantik dan antara tarikan di sini adalah ‘Floral Garden; yang menempatkan banyak bunga-bungaan dari seluruh dunia. Kalau anda ke sini, saya memang cadangkan untuk anda ke Taman Botani ini dan berkelah bersama keluarga.

#6 Taman Cabaran

Taman ini berkeluasan 30 hektar dan menjadi tumpuan kepada mereka yang meminati sukan lasak dan ekstream. Ianya menjadi tumpuan warga tempatan dan luar negara . Antara yang anda boleh lakukan di sini adalah aktiviti lasak, wall climbing, laluan jogging dan laluan berbasikal yang ekstream. Kepada anda yang sukakan cabaran bolehlah ke sini. Tetapi, kalau anda sekadar untuk melancong, bolehlah ke sini dan lihat-lihat Taman Cabaran ini. Kalau anda nak beli peralatan sukan ekstream, saya cadangkan untuk anda lihat di SINI dan beli terus peralatan sukan yang anda inginkan.

#7 Taman Wetland

Taman ini merupakan satu lagi keunikan yang memang sesuai untuk dilawati, kepada yang cintakan alam semulajadi dan binatang. Anda boleh berjalan kaki dan menyewa basikal di sini. Ianya merupakan satu destinasi untuk anda berjalan-jalan dan melihat pelbagai speasisi binatang seperti burung dan lain-lain lagi. Anda boleh berjogging, menaiki bot, berbasikal atau makan bersama keluarga di sini. Memang kami galakkan untuk anda ke sini.

Cukuplah untuk kali ini. Sebenarnya banyak lagi tarikan unik dan menarik untuk dilawati dan saya rasa cukuplah 7 tempat terbaik untuk dilawati yang saya cadangkan ini. Apapun, kalau anda ke sini, cubalah menginap di mana-mana hotel dan nikmati keindahan Putrajaya.

2 Comments


    1. // Reply

      yup, silalah pergi, Putrajaya memang terbaik dan menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *