Top 6 Tempat Menarik di Taiping

Saya nak rekemen beberapa tempat menarik di Taiping jika anda ingin bercuti di salah satu daerah unik di Perak ini. Di sini, sama seperti Ipoh mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh pergi. Daerah ini terkenal sebagai sebuah bandar yang unik dalam dan luar negara. Selain daripada keunikan tempat di sini, tempat makan di Taiping juga tidak kurang menarik.

Alang-alang dah sampai daerah unik ini, jom jengok-jengok apa lagi yang menarik di Perak. Dengan itu, barulah anda dapat memaksimumkan perjalanan anda di Perak ini. Yang penting adalah, anda memanfaatkan perjalanan dan rancang perjalanan anda dengan betul

TEMPAT MENARIK DI PERAK

Penginapan hotel

Senarai 6 Destinasi Menarik di Taiping Perak

Bagi kami, apa yang penting sebelum memulakan perjalanan adalah untuk merancang perjalanan anda agar ianya menjadi lebih terancang. Untuk itu, faktor penginapan memainkan peranan yang penting dalam anda merancang perjalanan anda terutama untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang akan saya beritahu nanti. Sama ada anda perlu check in hotel ataupun tidak bergantung kepada perancangan anda.

Nasihat kami, memang tidak puas berjalan di sini. Banyak tempat menarik dan tempat untuk shopping yang bagus yang anda boleh pergi. Jadi, menginap di hotel adalah antara pilihan yang terbaik. Saya cadangkan untuk anda menginap di Tune Hotel Ini. Kenapa hotel ini? kerana lokasi hotel ini yang saya rasakan antara hotel yang strategik yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh. Lagi satu, hotel ini mempunyai rating yang tinggi di Trivago dan harganya pula berpatutan. Boleh lihat atau book terus hotel ini di SINI. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Sebenarnya banyak lagi pilihan hotel yang anda boleh pergi jika anda berada di Ipoh ini. Boleh lihat senarai hotel lain di SINI. Daripada hotel premium sehingga ke hotel bajet, semua anda boleh pilih. Trivago sentias menjadi tempat untuk saya membuat tempahan hotel. Memang terbaik dan memudahkan.

Senarai Tempat Menarik

#1 Zoo

Salah satu destinasi popular semasa cuti sekolah tidak lain adalah Zoo Taiping. Banyak speasis haiwan yang exotik yang tidak pernah anda lihat berada di zoo ini. Zoo ini tidak kalah dengan Zoo Melaka mahupun Zoo Johor kerana ada banyak haiwan seperti buaya, speasis burung yang ada di sini. Yang lebih menarik, zoo ini juga menawarkan night safari, di mana pengunjung boleh melihat sendiri kecantikan dan keindahan zoo pada waktu malam.
Kalau berkesempatan, memang saya galakkan untuk anda ke zoo ini. Memang anak-anak terutama yang berada di bandar tidak berkesempatan untuk melihat pelbagai jenis haiwan menarik, jadi zoo adalah tempatnya untuk melihat pelbagai speasis haiwan ini.

#2 Bukit Larut

Bukit Larut merupakan antara tempat yang menarik yang anda boleh pergi. Terdapat banyak chalet-chalet dan hotel menarik yang ada di sini untuk anda pergi. Ianya merupakan satu pdestinasi percutian tanah tinggi yang tidak kalah dengan Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Fraser dan lain-lain lagi. Jadi, kalau anda ke Taiping, bolehlah ke Bukit Larut ini untuk menikmati udara segar tanah tinggi.

Ianya adalah kawasan hutan hujan yang cantik. Anda boleh ke puncak bukit larut dengan kenderaan yang disediakan, kalau tidak pun, anda boleh mendaki bukit ini dengan laluan jarak yang telah disediakan.

#3 Taman Tasik Taiping

Ianya merupakan bekas kawasan perlombongan bijih timah yang sekarang sudahpun menjadi pusat rekreasi. Bagi mereka yang nak berjogging, memang anda digalakkan untuk ke sini dan menikmati udara segar di sini. Memang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

#4 Muzium Perak

Bagi yang ingin mendapat pendedahan berkenaan dengan sejarah Perak, boleh ke muzium ini. Seperti muzium lain di Malaysia, banyak aktifak dan barangan bersejarah yang ada di sini. Sangat bagus ke Muzium ini sebagai aktiviti cuti sekolah.

#5 Kuala Sepetang

Kuala Sepetang ini bukan sahaja salah satu destinasi unik di daerah di Perak, tetapi juga boleh saya kategorikan sebagai salah satu tempat makan di Taiping yang best. Makanan di sini berasaskan seafood seperti Mee Udang. Kalau anda ke sini, memang wajib pekena Mee Udang Mak Jah. Banyak lagi makanan laut di sini untuk anda cuba, apapun boleh ke sini untuk cuba sendiri menu yang ada di sini.

#6 Bandar Taiping

Bandar di sini seperti bandar lain mempunyai keunikan yang tersendiri. Bandar ini dipengaruhi seni bina Inggeris kerana memang daerah ini terkenal dengan pengeluaran bijih timah. Banyak tinggalan sejarah dan kalau anda ke bandar Taiping, anda masih lagi nampak beberapa bangunan yang masih mempunyai seni bina Inggeris.

Taiping, destinasi yang baik untuk Melancong

Daerah ini memang unik dan memang banyak keunikan yang tersendiri yang anda boleh pergi melancong sama ada bersama keluarga atau pergi bersama kawan-kawan lain. Memang tidak dinafikan yang lokasi dalam negara pun banyak yang best dan menarik, dan salah satunya adalah Taiping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *