7 Tempat Menarik di Pulau Pangkor

Banyak tempat menarik di Pulau Pangkor yang anda boleh pergi terutama untuk bercuti. Ada banyak hotel dan chalet murah yang anda boleh tempah, juga pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh buat di sini. Ianya merupakan satu destinasi lengkap dan tidak salah jika saya katakan yang pulau ini adalah salah satu destinasi percutian di Perak yang popular dan bagus untuk anda pergi.

Selain daripada Perak, jangan lupa ada banyak lagi tempat menarik di bahagian Utara Malaysia ini, yang kami rekemen untuk anda lihat adalah tempat menarik di Pulau Pinang. Malaysia memang unik sebagai satu tempat perlancongan yang menarik.

TEMPAT MENARIK DI PERAK

Penginapan Ketika Berada di Sini

Sebelum anda merancang perjalanan untuk ke Pulau Pangkor, saya nasihatkan untuk anda mencari penginapan yang sesuai. Ada banyak tempat penginapan yang bagus dan sesuai untuk anda sepanjang berada di sini. Kalau anda ke sini, saya cadangkan untuk anda menginap di hotel pilihan di Trivago INI. Kenapa dengan hotel ini? Kerana anda dapat banyak pilihan pelbagai jenis hotel dalam satu tempat yang sama.

Banyak pilihan hotel yang bagus di Trivago untuk anda pilih. Tips untuk memilih hotel di Trivago, pilih hotel dekat dengan lokasi yang anda mahu dan kena dengan bajet anda. Juga, jangan lupa untuk lihat rating hotel ini di Trivago. Hotel yang baik akan mempunyai rating yang baik di Trivago kerana Trivago mempunyai banyak pengunjung yang telah memberikan review mereka.

Akses ke Pangkor Ini

Ada 2 cara untuk akses ke sini. Anda boleh akses ke melalui jeti di Lumut Perak. Perjalanan dari Jeti di Lumut ini adalah sejauh 5 jam perjalanan. Ada satu lagi cara adalah dengan menggunakan jeti di Pulau Marina. Saya sangat cadangkan untuk anda menggunakan jeti di Pulau Marina kerana lebih dekat. Jarak perjalanan dari jeti Marina ke Pulau Pangkor hanyalah 30 minit. Ini lebih mudah bagi mereka yang mabuk laut.

Satu lagi cara untuk akses ke sini adalah dengan menggunakan kapal terbang. Berjaya Air ada menawarkan beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke sini. Ianya adalah salah satu alternatif yang lebih baik kalau anda tidak mahu menggunakan khidmat feri.

Aktiviti dan Tarikan

#1 Destinasi Pantai Menarik

Pantai Teluk Nipah
Pantai Pasir Bogak
Pantai Teluk Ketapang

Di atas adalah antara beberapa pantai menarik yang boleh dikunjungi di tempat tarikan unik ini. Anda boleh akses pantai ini jika anda menyewa chalet-chalet atau resort yang terdapat di sini. Kebanyakan resort dan Chalet di Pulau Pangkor ini dekat dengan pantai dan memang sesuai untuk anda pergi ke sini dan mandi pantai. Pantai-pantai di tempat ini juga sangat cantik dan terkenal dengan pasirnya yang memmutih. Kalau ke sini, saya cadangkan untuk anda beli siap-siap Layang-layang di SINI terutama untuk memudahkan anak-anak bermain di tepi pantai.

Antara aktiviti lain di pantai adalah, anda boleh memancing di sini. Boleh beli peralatan memancing di SINI. Pun tiada masalah untuk anda buat barbeque di tepi pantai.

#2 Tempat Bersejara

Tidak ramai yang apabila dalam mood bercuti ingin ke tempat-tempat bersejarah. Apapun, kalau anda ingin pergi ke tempat-tempat bersejarah di sini, saya cadangkan untuk anda pergi ke 3 tempat ini. Pangkor pernah menjadi penempatan tentera Belanda dan atas sebab itu, banyak sejarah tinggalan Belanda yang anda boleh lihat di sini.

Kota Belanda – Terletak di Teluk Gedung
Batu Bersurat – Terletak di Teluk Gedung
Perkuburan Belanda – Terletak di sungai Pinang

#3 Tarikan lain di sini

Jika anda berada di sini, apa yang anda boleh buat adalah, anda boleh pergi ke semua tempat-tempat ini. Ianya adalah antara beberapa tarikan yang menarik yang anda boleh buat di sini.

Kilang Satay Fish
Kilang Ikan Bilis
Tukang Bot
Taman Fu Ling Kung

Aktiviti yang anda boleh lakukan

#4 Menaiki Motorsikal Mengelilingi

Ini adalah antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Pangkor. Anda boleh menyewa motorsikal ataupun basikal dan mengelilingi Pulau ini. Banyak basikal sewa dan motorsikal sewa yang anda boleh pilih, memang sesuai untuk ambil angin dan mengelilingi Pulau Pangkor.

#5 Snowkerling & Scuba Diving

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah snowkerling. Anda boleh dapatkan pakej untuk snowkerling ketika tiba di jeti Pangkor nanti. Lebih mudah untuk anda mendapatkan pakej untuk melancong dan melakukan aktiviti menarik di Pangkor ketika tiba di jeti nanti. Kebiasaanya anda boleh mendapatkan atau menyewa sahaja perlatan snowkerling, tetepi dalam, anda juga boleh membeli peralatan snowkerling siap-siap di Lazada SINI. Ianya memang berguna dan memang akan membantu anda untuk merancakkan lagi aktiviti snowkerling anda.

#6 Tengok Sunset Tepi Pantai

Pun antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Anda boleh tengok sunset tepi pantai. Ianya merupakan antara satu pemandangan yang indah di sini.

#7 Jungle Tracking

Anda pun boleh dapatkan pakej jungle tracking dengan agen yang ada di Pangkor. Banyak hutan dan gunung yang anda boleh teroka dan memang berbaloi untuk anda teroka. Tapi cadangan saya, kalau anda ke Pulau Pangkor, lebih berbaloi untuk pergi melakukan aktiviti pantai.

Banyak lagi destinasi unik di Pulau Pangkor juga pelbagai aktiviti menarik di Pulau Pangkor yang anda boleh lakukan. Aapun, rancang perjalanan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *