6 Tempat Menarik di Ipoh Yang Unik

Banyak senarai tempat menarik di Ipoh yang anda boleh pergi, jadi pada kali ini, kami ini memberikan kepada anda beberapa tempat menarik yang anda boleh pergi. Sememangnya, Ipoh terkenal sebagai sebuah bandar yang popular dan menjadi tarikan sama ada pengunjung Malaysia ataupun pengunjung luar negara. Keunikan tempat, makanan pun tidak kurang banyak, sememangnya menjadi tarikan untuk sesiapa yang mahu ke ibu negeri Perak ini.

TEMPAT MENARIK DI PERAK

Penginapan hotel di Ipoh

Bagi kami, apa yang penting sebelum memulakan perjalanan adalah untuk merancang perjalanan anda agar ianya menjadi lebih terancang. Untuk itu, faktor penginapan memainkan peranan yang penting dalam anda merancang perjalanan anda terutama untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang akan saya beritahu nanti. Sama ada anda perlu check in hotel ataupun tidak bergantung kepada perancangan anda.

Nasihat kami, memang tidak puas berjalan di sini ini. Banyak tempat menarik dan tempat untuk shopping yang bagus yang anda boleh pergi. Jadi, menginap di hotel adalah antara pilihan yang terbaik. Saya cadangkan untuk anda menginap di Impiana Hotel Ipoh. Kenapa hotel ini? kerana lokasi hotel ini yang saya rasakan antara hotel yang strategik yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Lagi satu, hotel ini mempunyai rating yang tinggi di Trivago dan harganya pula berpatutan. Boleh lihat atau book terus hotel ini di SINI. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Sebenarnya banyak lagi pilihan hotel yang anda boleh pergi jika anda berada di sini. Daripada hotel premium sehingga ke hotel bajet, semua anda boleh pilih. Trivago sentiasa menjadi tempat untuk saya membuat tempahan hotel. Memang terbaik dan memudahkan. Kalau ke sini saya cadangkan untuk anda menginap di Indra Hotel SINI kerana mempunyai rating yang baik dan harganya juga lumayan. Memang terbaik.

Senarai Tarikan Unik di Ipoh Perak

#1 Stesyen Kereta Api

Stesyen ini unik kerana reka bentuknya yang menyerupai Taj Mahal di India. Bangunan kereta api di Ipoh ini dikelilingi tumbuhan berbunga yang menambahkan lagi seri bangunan ini. Stesyen ini meriah pada malam hari dengan pelbagai aneka jualan makanan yang anda boleh beli. Memang sesuai untuk menjadi kawasan riadah keluarga. Apapun stesyen ini boleh dikatakan daya penarik di Ipoh, Perak pada waktu malam, kalau berkesempatan, saya galakkan untuk anda ke sini.

#2 Muzium Darul Ridzuan

Apa yang menarik dengan muzium ini adalah, ianya sudah berusia 100 tahun dan mempunyai ciri-ciri inggeris. Di dalamnya mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombingan bijih timah dan pertanian. Kalau nak tahu mengenai sejarah Ipoh ataupun sejarah negeri Perak, saya galakkan untuk anda ke sini.

#3 Taman Rekreasi Gunung Lang

Merupakan satu destinasi menarik yang anda boleh pergi. Dengan menaiki bot yang disediakan, pengunjung dapat melihat kecantikan dan panorama menarik di sekeliling bukit batu kapur ini. Ianya dihiasi dengan pelbagai speasis tumbuhan dan kepada pencinta alam tu, jangan lepaskan peluang untuk anda pergi ke sini.

#4 Gua Tempurung

Gua Tempurung ini antara yang unik yang anda di ibu negeri Perak ini. Gua ini adalah sepanjang 1.9KM. Memang berbaloi untuk anda pergi dan kalau anda ke sini, memang saya galakkan untuk anda ke sini dan lihat sendiri keindahan Gua Tempurung ini.

#5 Lost World Of Tambun

Kepada yang sukakan taman tema air, sinilah tempatnya. Lost World of Tambun ini semakin popular dengan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antaranya adalah Jungle Wave Pool, Cliff Racer dan lain-lain lagi.
Bukan setakat taman tema air, ada banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti melihat zoo, melihat sejarah perlombongan bijih timah dan yang lebih menarik lagi, anda boleh terus menempah hotel di Lost World of Tambun ini. Boleh lihat hotel Lost World of Tambun ini di SINI.

#6 Art of Oldtown

Kepada pencinta seni, tempat ini untuk anda. Banyak mural yang ada dan anda boleh mengambil gambar di sini bersama dengan semua mural tersebut. Memang terbaik. Apa yang menariknya adalah, lukisam mural di sini memaparkan sejarah berkenaan dengan letaknya kilang Old Town White Cofee. Saya galakkan untuk anda ke sini dan ambil gambar sambil menikmati keindahan dan kecantikan bandar Ipoh.

Bandaraya Yang Memang Unik

Ya, Ipoh memang unik, kalau anda ke sini samada untuk melancong atau berjalan-jalan, saya galakkan untuk anda ambil masa dan tempah hotel siap-siap. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, Perak. Itu tidak masuk lagi tempat makan menarik yang anda belum cuba. Ya, menu wajib tempat makan di sini adalah Nasi Ganja ataupun Nasi Venggey. Ia popular seperti mana Nasi Beriyani Gam di Batu Pahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *