3 Tempat Menarik di Teluk Intan anda mesti pergi

Banyak tempat menarik di Teluk Intan yang anda boleh pergi dan artikel pada kali ini memang khusus untuk memberikan panduan kepada anda tentang apa yang menarik di sini. daerah ini menjanjikan keunikan yang tersendiri dan merupakan satu destinasi perlancongan yang menarik yang anda boleh pergi. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk explore sendiri keunikan yang ada di sini yang anda boleh pergi.

Antara destinasi menarik lain jika anda ke Perak adalah di Taiping. Banyak lagi destinasi unik dan menarik jika anda ke sini.

TEMPAT MENARIK DI PERAK

Penginapan – Pilihan Bijak Untuk Penjimatan Yang Berbaloi

Seperti biasa, sebelum memberi panduan kepada anda tentang daya tarikan yang anda boleh pergi di sini, saya ingin rekemen penginapan yang sesuai untuk anda pergi. Kalau anda ke Teluk Intan, saya cadangkan untuk anda menginap di hotel Lavender Hotel. Boleh lihat harga terkini hotel ini di SINI.

Sebagai alternatif, saya cadangkan untuk anda lihat senarai hotel. Banyak hotel yang murah dan mempunyai rating yang tinggi yang anda boleh pilih. Apapun, sebagai satu tips travel dari kami, jika nak melancong dan berjalan tu, lebih baik menempah hotel dengan menggunakan laman web seperti Trivago ini. Ini kerana, tempahan secara terus kepada pengusaha hotel kadangkala menyebabkan tempahan anda tidak direkodkan. Untuk elak perkara seperti ini terjadi, tempahan dengan laman seperti Trivago adalah lebih baik dan anda mempunyai bukti ‘hitam putih’ tempahan yang anda buat sudah direkodkan.

Destinasi Unik di Teluk Intan untuk dilawati

#1 Menara Condong

Nak atau tidak, daerah ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai menara condong yang mirip menara condong di Pisa Itali tu. Ianya kelihatan seperti bangunan yang mempunyai 8 tingkat, tetapi sebenarnya ianya hanya 3 tingkat sahaja.
Menara ini dibina bertujuan untuk menempatkan sebuah tangki air besar yang digunakan untuk musim kemarau. Akibat tangki air ini agak berat dan tanah di tapak menara ini agak lembut, ianya menyebabkan menara ini condong ke arah Barat Daya. Kini, menara ini menjadi satu menara jam dan jam tersebut dibeli dari London pada tahun 1984.

Yang menarik lagi, anda boleh masuk ke dalam menara ini untuk melawat sendiri, masa lawatan adalah dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Ya, anda boleh masuk sendiri dan explore menara ini daripada dasar menara sehinggalah ke puncak menara, menarik bukan. Saya tak nak cakap banyak, anda ke menara ini dan alami sendiri keunikan menara ini.

Boleh tengok video di bawah berkenaan dengan Menara Condong Teluk Intan ini

#2 Kompleks Menara Condong

Ini juga merupakan satu tarikan utama di sini. Di sini terdapat barangan seperti kuih tradisional dan juga barangan yang agak murah seperti beg, baju dan lain-lain. Kalau nak makan pula, tidak jauh daripada Kompleks ini, ada medan selera yang saya rasakan merupakan tempat makan menarik yang anda boleh pergi.

#3 Batu Bertenggek

Selain daripada 2 tempat di atas, saya juga rekemen anda untuk pergi ke Batu Bertenggek ini. Ianya adalah tempat untuk memperingati para pejuang yang kehilangan nyawa pada zaman perang dunia ke dua. Ianya adalah batu besar yang lebih kurang kereta kancil yang diletak di atas satu binaan. Unik bukan!.

Teluk Intan Memang mempunyai Keunikan tersendiri

Ya, memang unik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Banyak tempat unik di Perak seperti Ipoh, Taiping dan di sini memang mempunyai keunikan yang tersendiri. Kalau anda ke sini, 3 tempat ini adalah destinasi yang saya rekemen untuk anda pergi. Apapun, sekali lagi diingatkan agar anda rancang perjalanan anda, boleh lihat checklist alatan melancong ini dan yang lebih penting lagi, tempahlah hotel siap-siap untuk memudahkan anda pergi ke destinasi yang anda ingin tuju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *