3 Tempat Menarik di Lumut Perak

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan tempat menarik di Lumut yang anda boleh pergi untuk bersantai dan berhujung minggu. Lumut merupakan salah satu daerah di Negeri Perak yang pastinya mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi, tak hairanlah kalau ianya menjadi satu destinasi yang bagus untuk anda pergi bercuti di hujung minggu.

Juga, kami galakkan untuk anda lihat apa yang menarik di Perak dan juga Pulau Pinang kalau anda ke sini. Banyak destinasi menarik yang menarik yang ada di sini.

TEMPAT MENARIK DI PERAK

Tips Unutk Penginapan Terbaik

Perkara pertama sekali yang anda harus rancangkan apabila ingin bercuti pada hujung minggu adalah penginapan. Ada banyak pilihan untuk penginapan di sini samada anda mencari homestay ataupun hotel di tempat ini. Ada pelbagai pilihan hotel yang ada di sini. Untuk memudahkan anda, kalau anda ke sini, saya cadangkan untuk anda menginap di Mornington Hotel ini.

Kenapa dengan Mornington Hotel Ini adalah kerana, hotel ini boleh dikatakan mempunyai harga yang berpatutan dan mempunyai rating yang baik di Trivago. Bukan itu sahaja, lokasi hotel ini yang terletak di tengah bandar ataupun di pusat bandar menjadikan kedudukan hotel ini agak strategik. Memang mudah nak ke destinasi menarik di sini yang akan saya review nanti. Apapun, anda boleh LINK INI untuk menempah bilik di Mornington Hotel.

Sebagai alternatif, saya juga cadangkan kepada anda untuk lihat senarai hotel yang ada di Lumut di SINI. Banyak pilihan hotel yang bagus dan pastinya ianya memudahkan perjalanan anda untuk bercuti di sini.

Senarai Tarikan Utama di Sini Yang Anda Wajib Pergi

#1 Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik merupakan satu pantai yang popular di Perak. Kalau nak bersantai di Pantai ini memang sesuai kerana merupakan tempat untuk mandi manda. Pasir di pantai ini pun memang sesuai untuk mandi. Kalau anda ke Lumut Perak, destinasi wajib yang anda boleh pergi adalah Pantai Teluk Batik ini. Banyak kemudahan yang disediakan seperti surau, tandas yang pastinya memudahkan pengunjung yang bakal datang ke sini. Kat sini pun ada perkhidmatan bot untuk berjalan-jalan keliling laut. Jadi, memang satu tempat yang menarik yang anda boleh pergi. Memang terbaik.

#2 Lumut Waterfront

Tidak lupa juga satu lagi destinasi menarik yang ada di sini. Tidak lain adalah Lumut Waterfront. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Ianya terletak tidak jauh daripada Pantai Teluk Batik. Kalau ke sini, boleh la tengok-tengok dan cari makanan sedap yang ada di sini.

#3 Pulau Pangkor

Pulau Pangkor juga merupakan satu tempat yang terletak di daerah ini, Perak. Pulau Pangkor mempunyai keunkikan yang tersendiri dan bagi saya, ianya merupakan salah satu destinasi pulau yang tercantik di Malaysia. Anda boleh ke sini untuk rasai sendiri kecantikan Pulau Pangkor. Cuma nasihat saya, kalau nak bercuti di Pulau Pangkor tu, tempah hotel awal-awal, sebab takut nanti hotel penuh. Apapun, saya tak akan bercerita berkenaan dengan Pulau Pangkor di sini. Kalau anda nak tahu destinasi unik di Pulau Pangkor boleh ke artikel INI. Saya ceritakan dengan panjang lebar mengenai tempat best yang ada di Pulau Pangkor.

Apapun boleh juga tengok video di bawah berkenaan dengan daerah ini dan kawasan sekitar.

Tempat Makan Menarik 

#1 Kari Ikan Sembilang

Kedai ini agak ramai pengunjung kerana memang terkenal dengan lautnya yang sedap. Kalau nak rasa masakan tradisional Melayu Ikan sembilang, sinilah tempatnya. Kedai ini terletak dari kedai makan Silaturahim menghala ke Teluk Balik. Saya rekemen anda ke sini dan rasai sendiri kari ikan yang ada di kedai ini.

#2 Char Kuey Tiew Taman Samudera

Ada beberapa tempat best untuk makan char kuey tiew di sini dan salah satunya adalah di Taman Samudera. Berbaloi dengan harga dan dari segi rasa pun tak kalah. Jeruk dan udang yang ada pun cukup puas hati. Kalau anda dah sampai ke sini, saya galakkan untuk anda pergi ke sini.

#3 Steamboat Shabu-Shabu

Kalau anda minat untuk makan steamboat, tiada tempat lain di ini, Shabu-Shabu adalah tempat yang saya rekemen untuk anda pergi. Ianya berkonsepkan bufet yang berharga RM12 satu kepala. Kalau ke sini, saya rekemen sup tom yam. Cukup pedas dan masam dia pun kena pulak dengan tekak saya. Memang cukup rasa, kalau anda nak cari tempat makan best, steamboat Shabu-Shabu ini pun antara yang anda boleh pergi.

#4 Seafood Azmie Tomyam

Kalau nak cari makanan laut tu boleh ke Seafood Azmi Tomyam. Letaknya di belakang base TLDM dan memang bersebelahan dengan laut. Banyak lauk yang ada di sini antaranya udang, ketam, tomyam, ikan siakap dan lain-lain lagi. Bagi penggemar seafood, inilah tempat anda.

Keunikan dan Tempat Makan Menarik

Macam-macam ada. Daya penarik pun ada banyak lagi, tempat makan best, pun ada banyak lagi, tapi saya senaraikan yang terbaik sahaja diantara semua tempat-tempat tersebut. Apapun saya nak ingatkan sekali lagi, rancang perjalanan anda, kalau nak explore semua tempat di daerah ini memang akan memakan masa. Jadi, saya galakkan untuk anda menempah hotel dan bermalam di sini, bolehlah bersantai-santai dan menikmati keindahan bandar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *