6 Tempat Menarik di Kuala Kangsar Untuk Dilawati

Artikel ini khusus untuk anda yang mencari tempat menarik di Kuala Kangsar. Apa yang ada di KK, Perak ini? Banyak tarikan unik yang anda boleh pergi. Kuala Kangsar juga dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah dan merupakan satu penempatan British suatu masa dahulu. KK pernah menjadi penempatan residen British pada suatu masa dahulu. Selain itu, apa yang unik dengan daerah ini adalah, ianya juga dikenali sebagai sebuah bandar diraja. Jadi, tak hairanlah kalau nak katakan yang daerah ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Penginapan di Kuala Kangsar

Sebagaimana selalunya, saya cadangkan kepada anda untuk rancang perjalanan anda tak kira dimanapun anda melancong. Kalau nak ke destinasi percutian terbaik di KK untuk dilawati, saya rekemen untuk anda tempah hotel awal-awal agar memudahkan perjalanan anda apabila berada di sini. Saya rekemen anda tempah The Shop Hotel ini berada di lokasi yang strategik dan mempunyai harga yang berpatutan. Rating daripada Trivago juga agak tinggi, jadi memang satu pilihan hotel yang baik.

Sebagai alternatif lain, anda boleh lihat senarai hotel lain di di SINI. Banyak hotel yang ada dan nasihat saya, pilih hotel dengan harga berpatutan dan rating yang baik daripada Trivago.

Tips Travel dari kami, sentiasa menempah hotel anda dengan laman seperti Trivago kerana telah terjadi banyak kali yang hotel saya book secara terus telah tersilap dari segi tarikh atau paling teruk langsung tidak direkodkan. Sejak dari ini saya tidak lagi booking secara terus dan kalau boleh menggunakan Trivago sebagai laman booking utama untuk perjalanan perlancungan ataupun perjalanan business.

Tempat menarik di Kuala Kansar, Perak

#1 Masjid Ubidiyah di Bukit Chandan

Masjid Ubidiyah ini adalah antara masjid yang tercantik yang terdapat di Malaysia. Saling tak tumpah dengan Masjid Shah Alam. Masjid ini dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan. Ia telah dibina pada tahun 1910 oleh sultan Perak dengan menggabungkan ciri-ciri seni bina Inggeris. Memang unik, saya cadangkan anda untuk ke sini dan lihat sendiri masjid ini.

#2 Istana Iskandariah, Bukit Chandan

Istana ini merupakan tempat pertabalan, tempat penyerahan anugerah dan lambang kekuasaan kesultanan Melayu Perak. Anda boleh datang dan lihat istana ini dari luar sahaja kecuali ianya dibuka pada hari-hari tertentu.

#3 Sungai Kangsar dan Sungai Perak

Apa yang menarik di Sungai Perak ini adalah, anda boleh mengambil bot untuk menyelusuri Sungai Perak. Pengunjung boleh menjala ikan, menahan bubu, pendek kata, banyak aktiviti di sungai Perak yang anda boleh lakukan.

#4 Pusat Kraftangan Labu Sayong

Labu Sayong adalah bekas air yang dibuat daripada tanah liat. Produk ini terhasil dari kampung-kampung sekitar mukim Sayong. Berbagai jenis bentuk dan saiz Labu Sayong yang ada dijual disini untuk kegunaan anda. Lagi satu, anda boleh lihat sendiri macam mana Labu Sayong ini dihasilkan dari awal sehingga akhir.

#5 Pokok Getah Tertua di Malaysia

Terdapat juga pokok getah yang tertua di Malaysia. Ianya dibawa dari Brazil ke Tanah Melayu. Ianya adalah pokok pertama getah yang ditanam di Malaysia. Kalau anda berminat untuk melihat sendiri pokok ini, ianya berada bersebelahan dengan Pejabat Tanah Kuala Kangsar.

Jangan lupa juga tengok video ini tentang bagaimana satu group menjelajah Kuala Kangsar

#6 Makan-makan di Lembah

Bukan sahaja di Kuala Kangsar yang saya akan review, tetapi ada juga tempat makan menarik di KK ini untuk anda pergi. Di Lembah terdapat pasar pafi yang menjual pelbagai ikan dan makanan kuih muih tempatan. Antara kuih tempatan yang hanya ada di Kuala Kangsar adalah Putu Beras dan Apam. Kalau anda ke sini, bolehlah cuba untuk dapatkannya. Selain itu, ada juga gulai tempoyak ikan sungai. Ianya juga boleh didapati di sini. Jadi memang Kuala Kangsar ini terkenal dengan tempat menarik dan tempat makan yang best.

Kuala Kangsar Bandar di raja

Begitulah 6 tempat menarik yang ada di KK yang anda boleh pergi untuk bercuti bersama keluarga. Ada banyak lagi sebenarnya destinasi hebat yang ada di sini yang mempunyai tarikah sejarah yang unik, tetapi cukuplah sampai di sini sahaja. Nasihat saya, kalau nak ke destinasi tarikan ini, rancang perjalanan anda, tempah hotel siap-siap agar ianya memudahkan anda untuk pergi ke destinasi yang anda ingin tuju di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *