Tempat Menarik di Genting Highland

Kali ini saya nak bawa anda ke satu destinasi tempat menarik di Genting Highland. Genting Highland memang menjanjikan destinasi percutian anda satu destinasi yang menarik kerana banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di taman tema ni.

Apa yang menarik daripada Genting Highland ini?

First World Indoor Theme Park

indoor games genting

Banyak permainan yang ditawarkan di sini, kami cuma main beberapa sahaja. Anak-anak suka la datang sini untuk bermain permainan yang ada. Corousel dan lain-lain.

Wajib ke sini kalau anda ke Genting Highland. Harga tiket cuma RM32 dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak untuk dapatkan ‘1-day unlimited ride pass’. Banyak la aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Snow House

snow house

Penuh dengan ais, seperti berada di luar negara. Tetapi awas di sini jalan agak licin, takut terjadi apa-apa. Awasi anak-anak anda.

Genting International Showroom

Di sini merupakan salah satu persembahan magic show yang sangat menarik. Memang kagum dengan teknik diorang persembahkan magic show kepada kami. Terbaik.

Penginapan di Genting

Jika anda nak ke Genting, antara perkara penting yang anda patut lakukan adalah semak harga tiket di Trivago.com. Ada beberapa waktu yang hotel-hotel di Trivago menawarkan harga diskaun yang sangat berbaloi. Sebagai contoh, waktu kami menetap di Genting, jami hanya membayar RM50 untuk satu malam lepas book melalui Trivago. Terbaik! Boleh semak promosi terkini di laman INI. Pegi laman ini dah search je Genting, laman ini akan filter deal terbaik berdasarkan masa dan tempat yang anda mahukan.

Untuk makluman, kami menginap di First World Hotel sebab dapat tiket murah! ^^ Kalau menginap di First World hotel, bersedia untuk self check in la ye, nak murah punya pasal.

Akses nak ke Genting Highland

Ada beberapa cara nak ke Genting Highland. Jika anda datang dengan keluarga yang agak ramai, mungkin 6 atau 7 orang, lebih baik menggunakan kereta untuk ke Genting Highland. Lebih jimat. Jika datang seorang atau berdua, naik cable car adalah pilihan terbaik. Jadi terpulang bagaimana anda mahu merancang perjalanan anda. Jika naik kereta, mengambil masa 45 minit melalui lebuhraya karak.

Ada lagi alternatif menggunakan bas yang disediakan di KL Sentral untuk terus ke Genting Highland. Pilihan di tangan anda. Tips dari kami di asukavi, kalau datang beramai-ramai, guna je kereta.

Sedikit tips dari kami kepada mereka yang inginkan penjimatan ketika berada di Genting Highland nanti.

Biasa waktu cuti sekolah dan hujung minggu memang ramai, kalau nak elak sesak, pergi la ke Genting ni waktu weekdays, ambil cuti hari Jumaat atau Isnin ke untuk elak kesesakan.

Jika anda ingin melawat atau enjoy tempat menarik di Genting Highland ni, rugilah kalau tak manfaatkan sepenuhnya segala tips penjimatan. Saya pun tak sangka kalau pergi ke Genting Highland ni, harga tiket yang kita beli di kaunter berbeza dengan harga tiket bila dibeli secara online. WHAT!!

Ye, harga beza. Oleh itu, belilah tiket secara online ye. Tiket boleh dibeli di SINI.

Perlu diingatkan, makana di Genting Semua mahal, bawak la instant noodles tu, kopi 3 in 1 siap-siap. Bawak juga roti dengan peanut butter atau tuna mayonise tu untuk makan dalam hotel. Serious jimat buat macam ni.

Disebabkan Genting ni tempat perlancongan, jadi makanan di sana semua mahal-mahal. Nak buat macam mana la kan. Bawak la duit banyak sikit ye.

Begitulah serba sedikit tips untuk anda melancong ke Genting Highland ye, memang tak dinafikan, banyak tempat menarik di sini. Pergi je ke sana dulu, untuk alami sendiri Genting Highland yang merupakan antara tempat yang menarik di Pahang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *