Tempat Menarik di Bukit Fraser Mesti Pergi

Kali ini saya nak berikan sedikit review percutian kami ke tempat menarik di Bukit Fraser. Apa yang pasti Bukit Fraser ini menjanjikan keunikan yang tersendiri berbanding dengan Cameron Highland dan Bukit Tinggi. Bukit Fraser tidaklah terlalu sesak seperti di Cameron Highland, tetapi lebih menjanjikan ketengan, kedamaian kerana tidak terlalu sesak dan keunikan hutan di Bukit Fraser ini.

Kalau anda nak melepak-lepak, sambil membaca buku, Bukit Fraser adalah tempatnya.

bukitfraser

Akses ke Bukit Fraser

Teknologi talifon pintar memang membantu dalam bab ini. Macam mana nak ke sana tidak lain hanya berpandukan kepada Waze sahaja. Mungkin Waze tunjukkan jalan yang jauh sikit atau apa, tapi memang gunakan Waze sahaja. Terus ke lokasi hotel kami di Puncak Inn Fraser Hills SINI.

Kenapa pilih sini, sebab harga murah (masa saya book tak sampai pun RM100) dan rating daripada Trivago pun tinggi, terus book tanpa lengah.

Kalau anda tidak gunakan Waze, exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. Kalau tak familiar, gunakan Waze atau GPS. Pastikan guna Waze yang latest version, takut nanti sesat ke mana pula.

Penginapan

Kami menginap di Hotel Puncak Inn Fraser Hills, hotel yang baik dan bagus untuk mereka yang mencari hotel murah di Bukit Fraser. Kalau yang backpacker ke Bukit Fraser ini, Hotel ini the best. Senyap, aman, damai, tenteram, tak banyak aktiviti kat sini pun. Facilities hotel pun terbaik, ada tennis court, golf, coffee house dan macam-macam lagi la. Kalau anda tak tahu nak menginap di mana jika pergi ke Bukit Tinggi, boleh cuba hotel ini. Boleh lihat SINI untuk senarai deal hotel terbaik di Bukit Fraser.

**Sentiasa menggunakan khidmat laman seperti Trivago.com INI untuk urusan booking hotel dan elak booking secara direct dengan pengusaha hotel. Seringkali terjadi booking anda tidak direkodkan. Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk urusan booking.

Aktiviti menarik di Bukit Fraser

Kami tiba di sana dalam pukul 12 tgh hari, ada beberapa jam sebelum boleh check in, jadi cuba dulu Aktiviti berkuda dan memanah. Kami ke The Paddlock Fraser hills yang merupakan satu tempat menarik di Bukit Fraser ini.

Lepas check in, kami try Allen’s Water pula. Boleh la main paddle boat, bot yang kayuh-kayuh tu. Memang best la merayau-rayau di Bukit Fraser ni.

Malam tu makan la di Restoren Mini Strawberi, boleh la dan tiada apa sangat aktiviti malam tu. tengok TV sambil nikmati suasana di Bukit Fraser yang tenang dan damai. Terbaik.

Esoknya, try Jungle Tracking pulak di Air Terjun Jeriau. Kepada mereka yang ingin explore hutan tanah tinggi, sinilah tempatnya. Kalau teringin, bolehlah pergi ke sini dan nikmati pemandangan alam yang tenang dan damai.

Lepas tu apa kami buat, lepas penat jungle tracking, balik hotel untuk check out dan beli beberapa hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan lain.

Setakat itu sahaja aktiviti 2 hari 1 malam di Bukit Fraser ini. Apapun saya galakkan anda ke sini juga untuk nikmati pemandangan dan suasa serta tempat menarik di Bukit Fraser ini.

Tak rugi datang ke sini, salah satu tarikan perlancongan di Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *