Resort di Janda Baik

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan review berkenaan dengan resort di Janda Baik Pahang yang memang terbaik. Sebenarnya banyak resort yang menarik di Janda baik ini dan ianya memang satu tempat untuk berehat dari keserabutan di Kuala Lumpur. Ianya memang menjadi satu destinasi pilihan warga Kuala Lumpur untuk bercuti. Memang sesuai untuk orang KL, sebab mengambil masa tak sampai sejam untuk ke sini.

Saujana-Janda-Baik-(Aug 2011)-4

Penginapan di Janda Baik, Pahang

Kami menginap di Suria Hill Country House, Janda Baik. Tempat sangat puas hati, cantik, ada sungai, suasana tenang menghijau, facilities pun banyak. Kalau setakat nak buat barbeque tu memang boleh sangat kat sini. Boleh ke SINI untuk booked penginapan di Janda Baik.

Kami book awal-awal sebab Janda Baik ini memang sentiasa penuh. Kami book seperti biasa menggunakan khidmat Trivago.com. Kami galakkan sangat anda book melalui laman seperti Trivago kerana pernah terjadi pada saya, apabila book secara direct, booking tidak direkodkan. Dah satu kerja, anda boleh faham sendiri la kan betapa menyusahkan bila jadi macam tu.

Satu lagi Janda Baik ini memang jadi tempat training. Saya sendiri pernah bertraining di sini semasa di Universiti dahulu. Tempat memang best, siap boleh buat jungle tracking lagi kalau kena gaya. Tapi kami datang ke sini sekeluarga kali ni untuk santai-santai sahaja. Rilek dan fokus pada keindahan alam sekitar.

Aktiviti di Janda Baik

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Janda Baik adalah mandi sungai. Mungkin anak-anak ganerasi X sekarang ini cuma tau mandi di swimming pool je kan, apa kata kita ‘back to nature’ di Janda baik ini dengan mandi di Sungai. Best pun best, baru rasa natural kan.

Makan-makan juga antara aktiviti menarik di sini. Apa yang kami buat adalah berbarbeque di sini. So far best la kalau setakat barbeque sambil eratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Saya rekemen Nusantara Daun Cafe, nasi ayam penyet dan menu kampung yang lazat di Janda Baik ini. Memeng weekend retreat untuk warga KL. Yang bukan warga KL pun digalakkan datang ke sini, tapi kena booking hotel awal la ye.

Kalau yang nakkan aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, mungkin pergi ke tempat lain. Janda Baik lebih kepada trainig dan resort yang menarik untuk bersantai-santai. Kalau nak juga, boleh tanya owner hotel untuk maklumat lanjut.

Memancing di Janda Baik

Kalau nak memancing tu, bawak la joran ye, Janda Baik ini bukan hutan simpan, jadi tak ada masalah untuk menacing, cuma tanya la owner hotel, tempat yang porper untuk lepaskan gian memancing. Terbaik.

Seroius banyak lagi resort di Janda Baik untuk anda melancong atau kepada mereka yang ingin menganjurkan seminar atau training program. Apapun saya ke sini untuk weekend retreat. Memang best dan memang satu daya tarikan menarik di Pahang.