Review Pulau Tioman Chalet Murah

Kali ini saya nak berikan sedikit review percutian saya dan keluarga ke Pulau Tioman chalet murah di sana. Percutian ni murah jika pergi beramai-ramai dengan family beramai-ramai kerana chalet atau hotel yang saya pergi ini mempunyai 2 bilik, jadi boleh masukkan 2 family di dalam bilik tersebut. Lebih baik dan lebih dari OK untuk penginapan murah di Pulau Tioman.

Percutian kali ini, kami pergi ke Selesa Tioman Apartment @ Tioman Horizon Condotel. Memang terletak di Kampung Tekek, terbaik penginapan di sini dan secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan penginapan Di SINI.

Saya juga sarankan untuk anda melihat senarai hotel yang ada di Trivago.com. Ianya merupakan salah satu laman booking hotel yang semakin popular dan memaparkan harga daripada pelbagai laman termasuk Trivago.com dan lain-lain.

peta pulau tioman

Saya perlu ingatkan yang kalau boleh buat booking melalui laman web seperti Trivago atau laman booking lain, kerana seringkali terjadi booking yang ditempah secara terus dengan hotel tidak direkodkan. Akibatnya, anda mendapat hotel yang lebih kecil dan perlu menununggu beberapa jam hanya untuk check in. Tidak digalakkan untuk buat begitu.

Akses ke Pulau Tioman

Ada banyak cara untuk akses ke Pulau Tioman, termasuk dengan menggunakan kapal terbang, sebab ada Airport dalam Pulau Tioman. Secara jujurnya saya tak tahu macam mana nak ke Pulau Tioman dengan kapal terbang kerana kami ke Pulau Tioman dari Mersing.

Macam mana nak ke Jetty Mersing ini, ada 2 cara, satu melalui bas ekspress ke stesyen bas Mersing dan berjalan kaki ke Jetty, dekat je tak jauh dari stesyen bas. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan kenderaan sendiri ke Jetty Mersing. Parking satu malam dalam RM10 sahaja, kalau pergi dengan kenderaan sendiri digalakkan bayar je parking di sini.

Perjalanan dari Jetty Mersing ke Pulau Tioman adalah dengan menaiki Feri Bluewater ini, setiap hari sentiasa je ada Feri ini, cara terbaik adalah beli 2 way tiket untuk ke sana. Pengalaman kami ke sana, tidak perlu risau dengan perkhidmatan Feri ini kerana sentiasa ada dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk ke sana.

Penginapan di Pulau Tioman Chalet Murah dan Hotel

Disebabkan saya sudah menempah awal hotel, jadi terus ke hotel. Berhenti di Jeti berhampiran dengan Jetty Kampung Tekek. Hotel penginapan saya di Selesa Tioman Apartment @ Tioman Horizon Condotel agak jauh dari jetty, tapi ada van pengangkutan yang disediakan dari jetty, so far yang tak best dengan penginapan kami di Tioman adalah jauh dari jetty, tapi tak ada masalah yang ini.

Makanan di Tioman ni mahal!

Ya memang mahal, tetapi di kondotel ini anda boleh masak kerana disediakan oven, periuk nasi dan lain-lain lain. Jadi bolehla kami sekeluarga memasak. Kondotel ini memang best dan saya rekemen untuk anda ke sini dan alami sendiri. Kondotel ini juga ada swimmgin pool, bagus untuk anak-anak yang tak dapat nak mandi di pantai Tioman. Best dan terbaik penginapan kami di Tioman.

Oh ye, jangan lupa beli roti banyak-banyak, roti di sini kualiti rendah dan mahal berbanding harga di luar. Anda boleh gunakan roti untuk makan sendiri dalam hotel atau beri pada ikan masa melawat taman laut nanti. Beli je roti beberapa bungkus, saya sarankan beli roti Mighty White, roti ni lembut dan….. Tarikh luput dia lambat sikit banding dengan Gardenia. Tak caya cuba bandingkan.

Merancang Aktiviti Snowkerling di Pulau Tioman

Setibanya dari jeti di Pulau Tioman, banyak pihak atau agensi perlancongan yang offer pakej dengan mereka. Jadi tak perlu risau, ambil nombor mereka dan pergi check in hotel dulu. Bila dah check in hotel, boleh call semula nombor yang diberikan untuk bertanya berkenaan dengan pakej percutian di Pulau Tioman ini. Tanya sahaja tentang pakej snowkerling. Biasanya mereka akan bawa menggunakan bot ke Marina Park, Pulau Renggis dan Monkey Bay. Pakej Snowkerling pun tak la mahal sangat, boleh call dan tanya untuk maklumat lanjut.

Tak banyak ambil gambar di Pulau Tioman, tapi boleh la layan video di bawah ini.

Disebabkan saya ada di Kampung Tekek, banyak kedai-kedai cenderahati di sini, jadi bolehla beli untuk hadiah kepada kawan-kawan.

Sewa motor juga ada, saya sewa motor dan bawak berjalan-jalan pusing-pusing Pulau Tioman. Yang tak pernah bawak motor tak digalakkan sewa motor, tapa kalau dapat sewa memang bangat best. Macam mana nak sewa? Tanya je dengan pengusaha hotel, nanti ada je la motor yang bersesuaian.

Tips lain

  • Kepada kaki pancing, bawakla jorang dan yang seumpanya siap-siap ye. Kalau tak ada, boleh beli kat Lazada NI peralatan memancing korang. Boleh memancing di tepi pantai tapi tak boleh la korang nak memancing di taman negara tu, nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Tanya mereka yang pakar tentang port memancing di Tioman ni. Saya bukan kaki pancing, jadi tak dapat nak beri info banyak sangat bab ni.
  • Bawak roti banyak-banyak, tuna mayonis dengan sardin sekali ye, rise cooker, beras, megi pun bawak. Serious makanan kat sini mahal, kalau tak kisah tak jadi masalah.

Inilah serba sedikit pengalaman percutian saya di Pulau Tioman. Kepada yang ingin honeymoon di Pulau Tioman pun, tak ada masalah, banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat bersama.

Apapun jumpa lagi di lain waktu dan masa. Pulau Tioman merupakah salah satu tarikan menarik di Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *