Hotel Bajet & Murah di Kuantan

Kali ini kami nak berikan sedikit review berkenaan dengan satu hotel bajet di Kuantan dan mungkin merupakan satu hotel yang agak murah di sana.

Destinasi percutian kami pada kali ini adalah di Hotel Sentral Kuantan yang merupakan satu hotel yang murah dan berbaloi untuk diduduki di Kuantan ini.

Hotel Sentral Kuantan

Apa yang menarik berkenaan dengan hotel ini?

Hotel ini boleh dikatakan lengkap dengan semua facilities termasuk parking percuma, dan internet yang agak laju. Memang suka sangat hotel ini dan pada kami harga di hotel ini tidaklah terlalu mahal dan terlalu murah, tetapi berbaloi untuk duduk singgah sementara. Lokasi hotel ini juga memang terbaik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Jadi nikmatilah suasana di hotel ini. KLIK Sini untuk BOOK hotel ini.

Makanan seperti sarapan juga disediakan di hotel ini, memang terbaik dan berbabloi. Kedai-kedai makan juga tidak jauh daripada hotel ini, dan yang paling penting sekali, banyak pilihan kedai makan di sekitar hotel ini. Terbaik!

Kenapa pilih hotel ini?

Kami memilih hotel ini kerana ianya terletak ditengah-tengah antara Terengganu dan Johor. Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru, kami singgah di sini untuk menghilangkan penat dan segala macam perkara lainnya.

Satu lagi, kami memilih hotel ini kerana info yang diberikan di Trivago, kami lihat review dan bandingkan dengan harga di Trivago. Kami dapati yang daripada banyak-banyak hotel, Hotel Sentral adalah hotel yang berikan harga yang paling berbaloi dengan review yang agak baik. Jadi terus book tanpa fikir apa-apa.

Agoda Review

Anda boleh terus booking atau lihat mana-mana hotel yang menarik di Trivago.com ni. Apapun, Hotel Sentral adalah yang kami cadangkan kepada anda jika berjalan di Kuantan ini. Sebenarnya banyak lagi hotel bajet di Kuantan mahupun hotel murah di Kuantan, apapun anda boleh review sendiri berdasarkan kepada pilihan dan bajet yang anda ada.

Elak direct booking

Kami cadangkan untuk hanya berurusan atau book dengan Trivago sahaja untuk tempahan hotel. Elakkan direct booking kerana adakalanya booking anda tidak direkodkan. Website dengan Trivago atau lain-lain sangat membantu dalam direct booking ini.

Begitulah perjalanan kami di Kuantan, harap artikel ini dapat memberi panduan kepada anda untuk memilih tempat percutian yang menarik di Kuantan. Apapun, berikut adalah artikel kami berkenaan dengan tempat menarik di Pahang. Jemput baca 🙂

Artikel berkaitan;

  1. Hotel Bajet dan Murah di Gambang (Gambang Water Park)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *