Hotel Bajet dan Murah Cameron Highland

Hari ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan hotel bajet di Cameron Highland. Sebenarnya banyak hotel bajet dan murah di Cameron Highland ini, dan yang paling penting adalah servis yang bagus di samping harga hotel yang mampu milik.

cameron highland tea
Jadi percutian kami sekeluarga ke Country Lodge Resort di Brincang, Cameron Highland kerana sangatlah dekat dengan pasar malam di Brincang. Banyak reviewer lain pun beritahu yang lokasi di Brincang ini sagat strategik kerana dekat dengan banyak tempat yang menarik di sini. Antaranya ladang strawberi, kebun teh dan macam -macam lagi la tempat menarik untuk dilawati dan dijadikan destinasi pilihan.

Sebelum anda pergi lebih jauh atau merancang aktiviti yang anda ingin lakukan di Cameron Highland, pemilihan tempat penginapan adalah sangat penting. Jika tersalah pilih hotel, habis mood bercuti bertukar teruk akibat daripada hotel atau layanan yang tidak bagus. So….

Hotel tempat penginapan kami adalah Country Titiwangsa yang letaknya di Brincang. Bagus servis hotel ini kerana semua agak terjaga. Internet, parking free juga sarapan free, sangat berpuas hati. Mereka juga menyediakan towel, shampoo dan lain-lain kelengkapan untuk mandi. Paling suka di sini sebab tiada isu water heater setakat ini. Kalau ke Cameron Highland, lebih baik ambil hotel yang mahal sikit asalkan water heater berfungsi, kerana pagi-pagi suhu terlalu sejuk menyebabkan air akan jadi sejuk juga. Mandi air batu la jawabnya nanti kalau tak ada heater. Jadi tanpa berlengah, terus saja book hotel ini di sini. Memang terbaik dan puas hati servis yang ditawarkan.Boleh book hotel tersebut di SINI.

Sebagai alternatif kepada hotel Titiwangsa, saya rekemen untuk anda lihat deal hotel lain di Cameron Highland. Laman Trivago dah filter siap-siap hotel terbaik berdasarkan kepada destinasi yang anda ingin tuju. Boleh lihat deal hotel lain di SINI.

Seperti artikel -artikel lain, saya selalu mengingatkan yang pengunjung untuk menempah hotel melalui Trivago atau laman web lain sepertinya. Telah jadi banyak kali terutama hotel yang kecil-kecil, booking kita tidak direkodkan menyebabkan perkara yang sangat malang. Terpaksa tunggu beberapa jam hanya untuk check in. Trivago adalah antara laman yang bagus dan dipercayai untuk book hotel percutian anda walaupun di Cameron Highland ini.

Cara pemilihan Hotel

Agoda Review

Ada banyak cara atau alternatif lain untuk memilih hotel Bajet dan Murah di Cameron Highland ini. Caranya adalah, tentukan berapa bajet anda dan cuba nilaikan setiap review dengan harga yang paling murah. Sebaiknya cari review yang atas 7 dengan harga yang paling murah. Trivago memang best sebab reviewer pun jujur dan ikhlas berikan review, terpulang pada anda sahaja sama ada nak atau tak nak. Memang anda kena dapatkan hotel bajet Cameron Highland dengan sebaiknya.

Anda juga dapat mencari hotel-hotel yang berkualiti lain dengan harga yang mampu milik di Tanah Rata Cameron Highland, semuanya anda boleh book di Trivago.com.

Aktiviti di Cameron Highland
Sebab Cameron Highland ni suasana ala-ala oversea gitu… dengan cuaca yang sejuk, aktiviti melancong di sana sangatlah menarik. Apa yang anda boleh lakukan di sana? Tidak lain melainkan jalan-jalan beli makanan pelik-pelik di pasar Brincang. Bagi yang tak pernah pergi pasar malam ni, memang sesak bila waktu malam. Kalau duduk di Brincang ada advantage untuk pergi ke pasar malam ni. Aktiviti lain, banyak je sebenarnya.

+ Ladang Teh
+ Ladang Strawberi
+ Taman Rama-rama

Banyak lah tempat atau aktiviti menarik yang kita boleh buat di sini. Kepada korang semua, selamat bercuti. Harap percutian korang di Pahang satu percutian yang bermakna dan menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *