Destinasi Menarik di Bukit Tinggi Pahang

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman melawat tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang. Bukit Tinggi merupakan percutian tanah tinggi yang menarik dengan pelbagai tarikan yang pasti memukau. Terletak di Bentong, Pahang, apa yang ada di sana pastinya memukau pengunjung.

Alang-alang dah sampai ke Bukit Tinggi ini, jangan lupa untuk lihat apa lagi yang menarik yang ada di Pahang. Pahang merupakan satu destinasi yang unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pulau Pangkor dan ada banyak lagi tarikan unik yang ada di sini.

BukitTinggi

Akses ke Bukit Tinggi, Pahang

Untuk ke Bukit Tinggi, dari KL ambil lebuhraya Karak untuk ke Kuantan. Ambil persimpangan ke Bukit Tinggi selepas kawasan rehat Genting Sempah. Kalau tak sure mana satu tu, guna je wave untuk memudahkan perjalanan.

Untuk pengangukutan awam, boleh guna bas dari Berjaya Times Square terus ke Bukit Tinggi. Perjalanan dijangkan 40 minit hingga ke 50 minit sahaja.

Penginapan di Bukit Tinggi

Kami menginap di Colmar Tropicale. Terbaik kerana serba serbi lengkap dan teratur. Jujurnya tak banyak pilihan hotel penginapan di sini, jadi kami terus decide untuk book je Colmar Tropicale. Kalau mereka yang tengah dalam bajet tu, antara alternatif hotel murah di Bukit Tinggi adalah di Nora Lodge, tapiā€¦.. Tandas kat luar la pulak, terus tak jadi. Terutama sekali bila nak jaga aurat isteri, kan susah tu bila tandas kat luar, alang-alang tu, kami book je Colmar Tropicale guna Agoda.com, boleh book di SINI.

Lebih baik book awal dengan Agoda, sebab ada reviewer lain beritahu yang harga hotel berubah-ubah kalau book last minute. Kalau book direct nanti takut harga semasa book lain, bila bayar nanti harga lain, jadi untuk traveler tu, web macam Agoda dan seumpanya sebenarnya membantu dan melindungi kita sebagai pengguna.

Bila booking hotel je, penginapan sudah selesai. Boleh fokus ke tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi pula.

Boleh tengok video di bawah untuk pemandangan cantik sekitar Bukit Tinggi.

Tempat Menarik Bukit Tinggi

Jika anda menginap di Colmar Tropicale ni pun, antara tempat yang menarik dengan bangunan senibina Perancis. Boleh la ambil gambar banyak-banyak di sini dan upload di media social masing-masing ye ^^

Japanese Village

BUkit Tinggi japanese Village

View post on imgur.com

Ini pun antara tempat yang menarik di Bukit Tinggi. Sesiapa yang nak rasa suasana Jepun tu bolehlah ke sini dan ambil pengalaman. Hati-hati, kawasan ini bertangga yang agak tinggi, kalau cepat penat tu baik tak payah naik, susah nanti. Yang tengah sarat mengandung tu pun fikir-fikir semula nak naik atau tak, takut excited sangat nak pakai kimono, keselamatan tak dijaga bila kat Japanese Village ni. Apa lagi yang ada di Japanese Village ni, Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami SPA, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Thei Restaurant dan Botanical Garden.

Animal Park

Anda ingin melihat arbab, rusa yang jinak dan ingin menunggang keldai, di sinilah tempatnya. Kepada yang tak pernah bagi makan rusa tu, boleh cuba-cuba dengan rusa jinak di sini. Rugi pulak kalau tak pergi ke sini.

Satu lagi tempat menarik adalah Horse Trails, kami tak pergi sebab tak berapa minat menunggang kuda. Hahaha. Satu lagi botanical garden, kepada yang pernah ke Cameron Highland tu, mungkin tak teruja dengan Botanical Garden di sini. Tapi boleh la kalau nak pergi, memang terbaik dan puas hati.

Sejujurnya tak banyak tempat menarik di sini, tapi kami galakkan anda berada di sini satu malam, bermalam di Colmar Tropicale. Menarik dan puas hati bermalam di situ. Dapat la rasa suasana sejuk dan bilik di situ pun besar-besar. Puas hati la kalau nak ke sini pun. Dan tak perlu rushing-rushing nak ke sini, nikmati perjalanan anda.

Sekian sahaja, anda boleh nikmati perjalanan anda dan share dengan kami di ruangan komen di bawah.

2 Comments


    1. // Reply

      Ya, kalau ada peluang jemputlah ke sini. Memang tempat ini terbaik dan menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *