9 Tempat percutian menarik di Pahang

Kali ini saya nak membawa anda semua pergi melihat tempat menarik di Pahang. Tidak kurang hebatnya kerana banyak sangat tempat yang menarik yang anda boleh lawati dan dijadikan satu destinasi percutian yang sangat-sangat menarik. Daripada pulau, ke tempat percutian di pantai, tanah tinggi yang sejuk juga, anda boleh melakukan sukan ekstrem dengan mendaki gunung, nak tengok lombong bauksit pun tak ada masalah. Semuanya ada di Pahang.

Jadi saya ingin membawakan beberapa destinasi percutian atau tempat tarikan unik di negeri ini. Yang pertama adalah tanah tinggi.

Cameron Highland

cameron highland tea

Memang terkenal sebagai satu tempat perlancongan dalam dan luar negara. Terdapat banyak tempat yang menarik seperti ladang teh, makana yang sedap-sedap, pasar malam brincang, tanah rata dan yang paling best, suhu di sini sangat sejuk. Seperti berada di luar negara. Memang sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga tercinta. Ada juga Cameron Highland theme park untuk anda lawati.

Penginapan di Pahang

Kalau anda ke sini atau ingin ke tempat-tempat terbaik untuk di lawati di Pahang, saya cadangkan untuk anda membuat tempahan siap-siap dengan Trivago INI. Trivago.com memaparkan hotel daripada laman yang berbeza-beza dan pastinya memberikan pengguna seperti anda, banyak pilihan hotel dengan harga yang menarik.

Apapun, inginkan penginapan yang murah serta tempat-tempat menarik di Cameron Highland? Kami ada menulis review berkenaan perkara tersebut di hotel murah Cameron Highland.

Genting Highland

Genting

Satu taman tema yang popular dan pastinya di sini anda boleh membuat pelbagai aktiviti yang menarik bersama keluarga tercinta. Ianya satu destinasi yang sangat sesuai untuk anda lakukan bersama keluarga, bersama isteri ketika baru berumah tangga dan bersama rakan-rakan untuk berjalan-jalan.

Boleh lihat review kami untuk percutian ke Genting Highland.

Bukit Tinggi

BukitTinggi

Juga merupakan satu tempat yang menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga. Daya tarikan di sini adalah kerana cuacanya yang sejuk seperti di luar negara. Memang satu tempat percutian untuk anda lakukan bersama keluarga. Antara tempat yang menarik adalah colmar tropicale, japanese village, botanical garden, rabbit farm dan lain-lain lagi. Jika ada peluang, pergi je ke sini untuk bersantai bersama keluarga tercinta.

Jika anda teringin ke Bukit Tinggi, boleh lihat juga pengalaman kami ke Bukit Tinggi. Terbaik!

Destinasi seterusnya, Bukit Fraser.

bukitfraser

Antara tempat yang menarik untuk dijadikan satu destinasi perlancongan di Pahang. Mempunyai bangunan ala-ala Eropah memang sesuai lah untuk berbulan madu di Bukit Fraser Pahang ni. Bukan sahaja bangunan yang cantik, malah ada juga ladang straberi, banyak spesis burung untuk anda tengok dan bersantai. Memang best tempat ini untuk dijadikan satu destinasi percutian. Jom lawat.

Ingin ke semua tempat ini, saya cadangkan anda book hotel dengan Trivago.com, terjamin selamat. Kalau boleh elak direct booking dengan pengusaha hotel kerana telah banyak kali terjadi booking yang di book secara direct tidak direkodkan dan tiada dokumen yang menunjukkan saya telah booking, jadi gunakan khidmat laman web seperti Trivago.com untuk memudahkan urusan anda.

Apapun boleh dapatkan review kami berkenaan dengan Bukit Fraser di Review Penuh Tempat Menarik di Bukit Fraser.

Destinasi percutian pulau menarik di Pahang

Selain daripada tanah tinggi, Pahang juga terkenal dengan pulau yang sangat cantik dan popular untuk dilawati. Bukan sahaja di Malaysia, mahal terkenal di seluruh dunia akan keindahan pulau di sini. Terkenal dengan taman laut dan pantai berpasir putih sesuai untuk aktiviti mandi manda di sana.

Apakah pulau yang saya maksudkan tersebut?

Tidak lain adalah Pulau Tioman

Pulau Redang Resort dan Hotel

Air laut yang jernih, menjadikan ianya satu tempat percutian yang sangat popular. Chalet dan resort yang banyak dari yang mampu milik hingga ke mampu tengok, semua ada di SINI. Pilih sahaja, review sudah ada.

Apapun klik SINI untuk review Penuh Tempat Menarik di Pulau Tioman.

Destinasi percutian Pantai Menarik di Pahang

Sebenarnya banyak juga pantai yang menarik di sini. Pantai pertama yang menjadi daya tarikan pelancong adalah pantai teluk Chempedak. Sesuai untuk mandi-manda kerana pantai berpasir halus

Seterusnya Pantai Cherating

Boleh melihat penyu kat sini katanya, tetapi bukan waktu siang la, kena lihat waktu tengah malam. Di sini juga banyak resort yang best di Pantai Cherating.

Pantai Batu Hitam pun tidak kurang menarik untuk dijadikan satu destinasi perlancongan untuk anda.

Terkenal kerana batu-batu hitam di pesisir pantai. Pantai ini tidak sesuai untuk mandi, cuma untuk bersiar-siar sahaja.

Selain itu ada juga Bukit Gambang Resort City / Bukit Gambang Waterpark untuk anda membawa anak-anak bermandi manda di sini. Terletak tidak jauh dari Kuantan ini merupakan satu destinasi menarik untuk mandi manda dan melawat di sini.

Jika anda sukakan aktiviti lasak, antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah mendaki Gunung Tahan. Gunung Tahan merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia dan merupakan gunung yang agak mencabar untuk didaki. Ketinggian Gunung Tahan adalah 2187 KM dari aras laut, ye memang mencabar. Jika anda sukakan sukan ekstream, gunung ini merupakan satu tempat untuk anda pergi.

Begitulah sedikit sebanyak tempat menarik yang boleh anda jadikan destinasi percutian di negeri ini. Memang terlalu banyak tempat yang menarik di Pahang ataupun Malaysia ni. Harap artikel ini membantu anda dalam merancang perjalanan percutian anda di sini.

Juga Janda Baik sebagai satu destinasi percutian yang bagus. Klik sini untuk review penuh kami berkenaan dengan Janda Baik.

Artikel berkaitan;

  1. Hotel Bajet dan Murah di Kuantan

2 Comments


    1. // Reply

      haha, betul2, boleh ke Pahang, lagi pun situ ada Cameron Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *