Senarai Tempat Menarik di Seremban

Entri pada kali ini khas kepada mereka yang mencari tempat menarik di Seremban. Ianya bukanlah bandar untuk perlancongan, tetapi tidak dinafikan ada beberapa tarikan unik di Seremban yang anda boleh pergi dan bagi kami ianya berbaloi untuk anda ke sana.

Penginapan Jika anda ke sini

Jika anda ingin mencari destinasi menarik di sini, perkara yang lebih penting dari itu adalah penginapan anda. Sama ada hotel, homestay, hotel murah atau apa sahaja. Jika anda berada di sini, saya cadangkan Sri Mutiara Hotel yang berada di bandar utama adalah salah satu hotel yang bagus yang anda boleh pergi. Harga berpatutan, facilities yang baik seperti free parking, simpanan bagasi dan yang paling penting sekali berbaloi dengan harga. Boleh lihat harga terkini Sri Mutiara Hotel dengan deal terbaik Trivago di SINI.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencari hotel lain di SINI. Banyak pilihan hotel sama ada hotel bajet atau hotel premium di bandar utama Negeri Sembilan ini. Apapun, jika anda ada urusan di sini, saya cadang untuk anda membuat tempahan hotel menggunakan laman seperti trivago.com atau laman lain kerana kadangkala jika tempahan di buat secara terus dengan pemilik hotel, tempahan anda tidak direkodkan. Jika tempahan dibuat menggunakan Trivago, lebih selamat kerana anda mempunyai bukti hitam putih. Apapun, banyak pilihan hotel di sini.

Tarikan Utama untuk dilawati

Kalau anda ke Seremban, anda boleh pergi ke Lorong Seni ini, ia bermula dari Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan, hingga ke Jalan Dato’ Bandar Tunggal (belakang Bank HSBC). Ianya adalah hasil seni pelukis tempatan dan pada saya, anda bolehlah pergi ke sini untuk melihat-lihat hasil seni di Lorong Seni ini. Memang terbaik dan mengagumkan.

lorong seni seremban

Muzium Negeri Sembilan adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi jika ke Seremban. Masuk ke muzium adalah percuma. Sejarah berkenaan dengan muzium ini, ianya ditubuhkan pada 1953 dengan persetujuan YAM Tuanku Abdul Rahman. Apa yang ada di dalam muzium ini adalah sejarah Negeri Sembilan sendiri yang anda boleh jadikan iktibar. Jadi bolehlah ke sini jika anda ingin mencari tempat bersejarah di Seremban, Negeri Sembilan.

Terminal 1 Shopping Centre adalah salah satu tempat menarik atau lebih tepat, tempat shopping menarik di Negeri Sembilan. Saya dulu pernah bersekolah di Negeri Sembilan, jadi memang terminal 1 menjadi tempat tumpuan semasa outing. Banyak barangan yang anda boleh dapat di sini, juga ada tempat main bowling dan wayang untuk anda melepak. Apapun, boleh ke sini untuk shopping dan berjalan-jalan di bandaraya.

Berhampiran dengan Terminal 1 ini, terdapat mural aku anak minang, boleh ke sini dan berselfie, memang best dan menarik.

terminal 1 seremban

Makan di restoren Wadi Ar Raudah. Restoren ini adalah salah satu daya tarikan best di Negeri Sembilan yang popular. Apa yang menarik di restoren ini adalah masakan lemak cili apa yang menjadi masakan tradisi masyarakat di Negeri Sembilan. Pelbagai jenis masakan cili apa, cili padi ada di jual di sini, apapun, kalau anda ke Seremban, pergi la ke sini dan makan-makan la di sini ye.

No. 1, Jalan Taman Sri Rahang
70100 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Restoren Haji Shariff Cendol di Jalan Yam Tuan adalah antara tarikan di sini. Apa yang menarik adalah cendol di sini. Kenapa dengan cendol? Saya cadang anda pergi rasa sendiri 🙂

Taman Tasik Seremban adalah salah satu tempat riadah yang anda boleh pergi sekaligus termasuk dalam list tempat best di sini. Apa yang menarik di sini adanya tasik semulajadi tertua di Malaysia dan memang sesuai untuk jogging, riadah, bermain bersama anak-anak. Apapun, saya cadangkan anda ke sini untuk berjalan-jalan.

Begitulah antara tempat best dan unik yang pada pendapat kami, anda patut pergi jika ke sini. Apapun, jika terdapat tarikan lainnya yang baru, saya alu-alukan anda berikan cadangan diruangan bawah. Anda boleh dapatkan info lain berkenaan dengan tempat menarik di Negeri Sembilan di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *