5 Senarai Tempat Menarik di Port Dickson

Kali ini saya nak berikan senarai tempat menarik di Port Dickson yang berbaloi untuk anda pergi. Port Dickson ini memang satu tempat tarikan sama ada dalam mahupun di luar negara. Port Dickson ini terletak tidak jauh daripada Kuala Lumpur, jadi memang sentiasa menjadi daya penarik orang ramai terutama di hujung minggu untuk datang ke sini. Apapun, mari kita lihat, tempat-tempat menarik yang ada di Port Dickson.

Penginapan

Disebabkan Port Dickson sentiasa sesak dengan pengunjung, saya cadang untuk anda menginap di mana-mana chalet murah yang ada di Port Dickson ini. Saya cadangkan chalet The Grand Beach Resort, kerana mempunyai swimming pool dan dekat dengan pantai. Anda boleh ambil kesempatan untuk bersantai-santai di sini dan bermain di tepi pantai. Anda boleh lihat harga terkini The Grand Beach Resort di SINI. Dari link tersebut, search je The Grand Beach atau Seremban untuk deal hotel terbaik.

Chalet yang mempunyai pantai selalunya kurang sesak berbanding dengan pantai awam, jadi memang anda boleh bersantai di Port Dickson bersama keluarga.

Pun begitu, ada banyak chalet lain di Port Dickson yang murah dan mungkin bersesuaian dengan bajet anda. Boleh lihat di SINI untuk maklumat lanjut chalet dan hotel di sekitar PD.

Tips travel dari kami, sentiasa saya cadang untuk anda membuat tempahan hotel menggunakan laman seperti Trivago.com atau laman lain kerana kadangkala jika tempahan di buat secara terus dengan pemilik hotel, tempahan anda tidak direkodkan. Trivago memaparkan pilihan harga hotel terbaik dari seluruh laman yang ada dan ini ternyata menjimatkan masa pengguna. 

Senarai Tarikan Utama

Pantai Teluk Kemang

pantai port dickson

Memang destinasi popular untuk bercuti di sini kerana pantai Teluk Kemang ini memang terjaga dan bersih. Memang dijadikan satu destinasi kepada warga kota untuk ke sini dan bersantai di sini. Bukan sahaja pelancong dalam, pelancong luar negara juga ambil kesempatan untuk menikmati keindahan pantai Teluk Kemang ini.

Selain itu, banyak permainan yang boleh kita cuba di pantai ini seperti banana boat, buggy ride, speed boat dan lain-lain lagi. Untuk aktiviti bersama keluarga, anda boleh bermain layang-layang di tepi pantai ini. Ramai anak-anak yang tidak pernah tengok layang-layang beraksi, bagi saya inilah masanya untuk anda membawa anak-anak bersantai dan bermain layang-layang. Boleh beli layang-layang siap-siap di SINI.

PD Ostrich Farm

PD ostrich farm adalah antara tempat yang anda boleh pergi dan melihat sendiri burung unta di sini. Jaraknya tidaklah terlalu jauh dengan Pantai Teluk Kemang. Bukan hanya Burung Unta, tetapi terdapat juga haiwan lain seperti keldai, unta, kambing dan lain-lain. Pasti anak-anak anda akan menyukai tempat ini.

Alamat : PD Ostrich Show Farm,
Lot 1419, Jalan Kemang 13,
Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang,

PD Waterfront

Satu lagi destinasi menarik yang anda boleh pergi jika anda ke PD ini. Ianya terletak berhadapatn dengan Pulau Arang dan merupakan tempat riadah warga setempat. Tarikan di sini adalah apabila matahari terbenam, memang sangat cantik. Anda juga boleh ambil kesempatan untuk bermain layang-layang di sini bersama anak-anak. Yang pasti, jangan lepaskan peluang untuk bermain layang-layang di sini. Akan datang kawasan ini akan dinaiktaraf menjadi tempat untuk membeli belah, tempat makan dan sebagainya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke sini jika anda datang ke sini.

Alang-alang sampai sini, selain daripada layang-layang, anda juga boleh memancing di sini. Beli alatan memancing siap-siap di SINI.

Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon ini tidak ramai orang dan memang sesuai untuk dijadikan tempat rileks. Antara alternatif untuk anda berjalan-jalan jika anda ke Port Dickson. Anda boleh juga ke rumah api dan melihat pemandangan yang cantik dari atas. Anda perlu mendaki bukit lebih kurang 700 meter untuk melihat pemandangan yang cantik di Rumah Api Tanjung Tuan ini. Apapun, jika anda ke PD, jangan lepaskan peluang untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan ini.

Alive 3D art gallery

Daya tarikan terbaru di Port Dickson yang memang bagus untuk anda pergi ke sini. Kepada yang sukakan benda-benda menarik yang unik seperti gambar 3D memang digalakkan untuk korang berada di sini.

Untuk merancang perjalanan anda, jika anda ke sini pada musim cuti sekolah, mungkin tempat ini akan penuh dengan orang ramai. Jadi, sebaiknya rancang perjalanan anda kerana ada banyak lagi tempat menarik lain yang ada di PD ini. Kemudahan di sini pun tiada masalah kerana banyak kemudahan yang ada untuk anda gunakan. Cuma setakat ini tiada bilik persalinan baby di sini.

Cukuplah setakat ini, antara senarai destinasi unik di sini yang boleh anda pergi. Anda boleh manfaatkan peluang dan rancang perjalanan anda jika ingin ke Port Dickson. Memang satu destinasi percutian yang menarik dan terbaik anda boleh dapatkan di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *