11 Tempat Menarik di Negeri Sembilan Untuk Dilawati

Negeri Sembilan mempunyai keunikan yang tersendiri dan pada kali ini saya nak berikan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan untuk dilawati. Negeri Sembilan merupakan satu destinasi yang unik, banyak tempat menarik untuk bersantai dan melancong, juga merupakan satu tempat di mana peluang pekerjaan sedang pesat membangun. Ramai yang tinggal di Negeri Sembilan dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur kerana harga rumah di Negeri Sembilan masih murah. Apapun, focus artikel ini pada kali ini adalah memberikan anda informasi dan idea untuk percutian di Negeri Sembilan.

Penginapan homestay, hotel dan chalet di Negeri Sembilan

Jika anda ingin bercuti, mencari penginapan, melawat tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan atau apa sahaja urusan seperti urusan kerja, menghantar anak ke asrama atau lain-lain dan anda mencari penginapan yang sesuai. Saya cadangkan untuk anda menempah penginapan anda dengan laman web seperti Trivago.com atau laman web yang seumpama dengannya. Boleh KLIK SINI untuk lihat senarai hotal di Negeri Sembilan. Elakkan menggunakan direct booking kerana tempahan melalui laman web seperti Trivago lebih selamat.

Ini kerana kadang-kadang, melalui direct booking atau tempahan terus, ada kesilapan dari segi rekod, atau terlepas rekod menyebabkan tempahan hotel anda tidak direkodkan. Pastinya anda tidak mahu perkara seperti ini terjadi kepada anda. Jadi sangatlah digalakkan untuk anda menggunakan laman seperti Trivago kerana lebih selamat dan anda mempunyai bukti ‘hitam putih’ berkenaan dengan tempahan yang anda sudah buat.

Senarai Tempat Menarik di Negeri Sembilan Untuk dilawati

Pantai Port Dickson

Jika anda ke Negeri Sembilan, destinasi perlancongan yang popular di sini adalah Port Dickson. Ianya merupakan sebuah pantai yang terletak lebih kurang 30km dari Seremban dan 90 KM dari Kuala Lumpur. Pantai ini memang popular kerana seringkali dijadikan tempat persinggahan oleh warga kota ketika berhujung minggu. Jika anda inginkan suasana pantai yang cantik dan damai, boleh ke Pantai Port Dickson. Kalau tak mahu bersesak dengan yang lain, tempah hotel awal-awal untuk memudahkan anda menginap di Port Dickson.

Boleh lihat video di bawah, antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Negeri Sembilan.

Muzium Istana Seri Menanti

SeriMenanti

Negeri Sembilan masih terkenal dengan adat Minagkabau yang masih lagi popular dan masih kuat diamalkan di beberapa tempat di sana. Mercu tanda bagi adat ini adalah istana Seri Menanti. Ianya terletak di Bandar Seri Menanti dan yang menarik berkenaan dengan binaan ini, ianya tidak menggunakan sebarang paku tetapi hanya pasak sebagai ganti. Jika anda ke Negeri Sembilan, saya cadang untuk anda singgah ke sini.

Jika anda ingin ke tempat-tempat bersejarah, nantikan update terbaru dari saya untuk tempat-tempat bersejarah di Negeri Sembilan.

Pantai dan Pulau di Negeri Sembilan

Ada banyak pantai dan pulau menarik di Negeri Sembilan yang anda perlu tahu kalau nak bersantai dan bercuti di Negeri Sembilan. Pantai-pantai ini sering menjadi tumpuan warga Selangor dan Kuala Lumpur setika berhujung minggu sekaligus menjadikan pantai-pantai di Negeri Sembilan ini sangat popular. Berikut adalah senarai pantai-pantai cantik yang anda perlu tahu;

Pantai Teluk Kemang – Boleh dikatakan pantai yang paling popular di Negeri Sembilan. Ianya terletak di Port Dickson dan memberikan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Banyak chalet dan hotel yang ada di sini, juga pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di sini. Kalau anda ke sini, jangan lupa beli layang-layang untuk bermain bersama anak-anak. Pelbagai jenis makanan juga terdapat di sini, jadi anda tidak perlu risau berkenaan dengan kemudahan asas di sini. Memang percutian atau weekend retreat terbaik untuk warga KL.

Boleh lihat Tempat Bercuti Menarik di Port Dickson sebagai info untuk anda melancong ke Port Dickson.

pantai port dickson

Pantai Cahaya Negeri – Antara pantai yang cantik untuk anda pergi dan bercuti di sini. Pantai Cahaya Negeri ini tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang tetapi tidak dinafikan yang pantai di sini lebih cantik dan tenang dari Pantai Teluk Kemang. Pasirnya yang putih dan cantik memang satu destinasi untuk anda pergi untuk bersantai dan mencari ketenangan di sini. Pantai Cahaya Negeri juga boleh menjadi tempat untuk anda berbulan madu di Negeri Sembilan.

Antara pantai lain yang anda boleh pergi di Negeri Sembilan adalah;

Pantai Saujana
Pantai Bagan Pinang
Pantai Tanjung Gemuk
Blue Lagoon

Destinasi percutian Pulau di Negeri Sembilan tidaklah sepopular destinasi pulau di Terengganu dan Pahang. Tetapi masih ada beberapa pulau menarik yang masih ada di sini seperti Pulau Burung dan Pulau Arang di Negeri Sembilan.

Tarikan Alam Semulajadi di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan kaya dengan khazanah alam yang masih belum diterokai dan unik dengan keindahan alam semulajadi. Sesuai untuk dijadikan aktiviti lasak dan tempat untuk berekreasi di sini. Antara tarikan alam semulajadi di Negeri Sembilan adalah;

Pusat Rekreasi Ulu Bentul – Terdapat chalet untuk memudahkan sesiapa yang ingin mendaki ke Gunung Angsi. Terdapat kemudahan seperti pondok dan permainan gelongsor air untuk kanak-kanak tersedia di sini. Juga sesuai untuk dijadikan satu tempat untuk destinasi team building di sini. Jika anda berminat dengan aktiviti lasak seperti jungle tracking atau hiking, digalakkan untuk anda ke sini.

rekreasi ulu bendul

Jeram Toi – Jika anda ingin mencari tempat perkelahan di air terjun, Jeram Toi adalah antara alternatif yang baik untuk anda pergi. Lengkap dengan kemudahan asas seperti resort dan lain-lain. Boleh ke sini untuk bersantai bersama keluarga.

Jeram Tengkek
Taman Orkid Seremban

Banyak lagi tempat dan tarikan alam semulajadi yang anda boleh pergi jika anda ke Negeri Sembilan. Jika anda mencari destinasi untuk hiking, banyak gunung-gunung yang ada di Negeri Sembilan yang anda boleh manfaatkan untuk aktiviti hiking anda. Antaranya adalah Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Telapak Buruk dan banyak lagi. Bagi saya memang satu percutian yang menarik yang ada di Negeri Sembilan.

Tempat Shopping di Negeri Sembilan

Selain daripada aktiviti perlancongan dan rekreasi, Negeri Sembilan juga mempunyai beberapa tempat yang terkenal sebagai tempat untuk bershopping. Yang paling popular adalah terletak di Nilai 3 atau lebih dikenali sebagai Nilai 3 Wholesale Centre. Pelbagai jenis barangan seperti kain pasang, perabut, jubah dan lain-lain semua dijual di sini. Tempatnya memang besar dan luas, jika anda ke Negeri Sembilan, Nilai 3 adalah antara tempat yang saya rekemen untuk anda pergi.

Rembau Crystal – Adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi jika anda ke Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti balang kristal, perhiasan kristal dan bermacam lagi.

Teman Tema Air di Negeri Sembilan

Jangan lepaskan peluang anda untuk ke Taman Tema Air di Negeri Sembilan. Antara taman tema air yang popular di Negeri Sembilan adalah;

Pedas Hotspring
Alive 3D Arts
Taman Tema Air Primaland

Tempat unik di Negeri Sembilan

lorong seni seremban

Terbaru, wujudnya Lorong Seni di Seremban. Kepada peminat seni dan lukisan, di sinilah tempatnya untuk anda dapatkan info dan idea kreatif. Boleh ke artikel Lorong Seni Tempat Menarik di Seremban untuk maklumat lanjut.

Dan bermacam lagi taman tema yang bagus dan sesuai untuk semua golongan.

Begitulah serba sedikit perkongsian berkenaan dengan tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan yang anda patut tahu. Memang berbaloi untuk anda bercuti di Negeri Sembilan kerana banyak tarikan yang ada di sini. Negeri Sembilan juga merupakan salah satu dalam senarai tempat menarik di Malaysia.

Jika terdapat sebarang pandangan dan cadangan, boleh berikan di ruangan komen di bawah.

4 Comments


  1. // Reply

    thanks tolong promote negeri tempat saya membesar kepada pembaca blog anda 🙂


    1. // Reply

      memang besat dan banyak lagi tempat menarik lain di N Sembilan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *