3 Nasi Kandar Penang Paling Sedap? – Pemenang No 1

Anda sampai ke sini mesti anda nak tahu tentang Nasi kandar Penang paling sedap kan? Untuk pengetahuan anda, anda datang ke tempat yang betul kerana pada artikel kali ini, kami akan berikan review berkenaan dengan Nasi Kandar terbaik Penang yang memang merupakan menu wajib kalau anda ke sini. Sangatlah rugi kalau anda ke Penang tetapi tidak pekena menu istimewa ini.

Untuk pengetahuan anda, menu ini adalah menu terbaik daripada kedai yang telah ada lama di Penang iaitu sejak Malaysia belum merdeka lagi. Ianya juga merupakan pilihan rakyat tempatan yang mahukan menu makanan yang istimewa dan yang paling penting sekali adalah, menu ini sedap dan kami sangat galakkan untuk anda dapatkan menu ini. Apapun, sebagai selingan, anda boleh ke SINI untuk dapat pilihan tempat menarik kalau anda ke Penang. Boleh cuba dahulu untuk lihat yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Dah Plan Ke Nak Ke Penang?

Kalau anda sudah berada di Penang, boleh skip perenggan ini kerana ianya adalah untuk pelancong yang datang ke sini. Penting untuk kami tekankan adalah berkaitan dengan penginapan anda dan pengangkutan. Untuk penginapan, kami galakkan untuk anda gunakan khidmat Trivago yang merupakan antara pilihan yang baik, kerana ianya sudah filter hotel dengan deal terbaik yang anda boleh pilih. Kami pun menggunakan khidmat Trivago semasa dalam fasa pemilihan hotel kerana ianya memberikan pilihan deal terbaik untuk hotel yang anda mahukan.

Jangan lupa untuk pengangkutan anda, kalau tidak mahu menggunakan kereta, boleh menggunakan kapal terbang dan ketika di sana nanti, boleh menggunakan Uber untuk ke destinasi yang anda ingin tuju. Jimat dan mudah untuk anda membuat pemilihan.

Pilihan Nasi Kandar Terbaik Seberang Perai Dan Pulau

Sejujurnya, kami tidak merasa lagi nasi kandar di Seberang Prai dan hanya merasa yang ada di pulau sahaja. Apapun ini adalah 2 yang telah sempat kami pergi dan rasa sendiri, apapun, kalau anda tidak sempat merasa semua kedai Nasi Kandar yang ada di Penang ini, cuba dahulu 2 tempat ini, gerenti puas hati.

#1 Nasi Kandar Beratur Jalan Kapitan

Ini adalah yang paling kami rekemen sekali kerana ianya memang unik. Untuk pengetahuan anda waktu operasi kedai ini adalah daripada pukul 10 malam sahaja. Unik kan, kalau anda datang ke kedai ini pada pukul 9.45pm, memang sudah penuhla dengan orang yang beratur. Ketika saya ke sini pun pada pukul 9.40pm, sudah ramai yang sedang beratur dan saya pun turut sama beratur dengan yang lain. Tepat pukul 10pm apabila kedai ini dibuka, memang makin ramai yang datang dan hanya pada pukul 10.20pm saya dapat membuat pembayaran.

Dari segi menu tidak usah risau kerana memang sedap dan sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Untuk tahu menu apa yang saya telah pilih pada kali ini, boleh ke SINI untuk dapatkan rekemendasi menu di kedai ini serta maklumat lain yang unik berkenaan dengan kedai ini. Nasihat saya, cuba dahulu kedai ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terbaik.

#2 Nasi Kandar Deen Jelutung

Yang ini pun yang kami cadangkan untuk anda cuba sendiri sama ada berbaloi ataupun sebaliknya. Ianya berada di Jelutung. Untuk pengetahuan anda, kedai ini dibuka 24jam sehari. Jadi memang anda boleh pergi pada bila-bila masa tidak seperti kedai Beratur yang kami rekemen di atas. Walaupun dibuka 24jam, tetap meja sentiasa penuh dan ada juga yang beratur.

Dari segi rasa pun sedap. Nak tahu lebih lanjut, anda kena pergi sendiri ke kedai ini. Untuk rekemndasi menu, boleh lihat artikel kami di SINI. Ianya adalah antara pilihan menu yang terbaik yang anda boleh dapatkan buat masa ini.

#3 Line Clear

Ini adalah satu lagi kedai yang pada masa kami pergi, sudah ditutup atas faktor kebersihan. Tak sempat cuba yang ini dan kalau anda ke sini boleh cuba sendiri menu ini yang merupakan antara menu yang direkemen oleh ramai orang.

Mana Yang Paling Sedap?

Kami rekemen Nasi Kandar Beratur paling sedap setakat ini. Ianya unik kerana perlu beratur dan rasanya pun sedap. Kalau anda ke Penang, memang wajib mencuba menu yang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *