Nasi Kandar Deen Jelutong – Apa Yang Best?

Ini adalah siri jelajah Penang untuk mendapatkan beberapa makanan yang menarik dan tempat yang wajib anda lawati terutama kalau anda ke Penang. Dalam menjejaki tempat menarik di Penang ini, kali ini kami pergi ke Nasi Kandar Deen Jelutong yang merupakan antara tempat yang anda wajib pergi untuk merasa makanan di sini. Kalau anda tak pergi ke sini, memang tak lengkaplah perjalanan anda ke Penang ini.

Kali ini kami nak berikan kepada anda review tempat ini yang pada kami, antara yang wajib anda lakukan kalau anda ke Penang. Ianya memang satu destinasi yang baik untuk anda pergi kalau anda ke Penang ini. Untuk info lanjut berkenaan dengan destinasi pilihan lain yang ada di Penang ini anda boleh ke SINI.

Mulakan Dengan Merancang Perjalanan Anda

Apapun anda kena mulakan dengan merancang perjalanan anda. Pertama sekali adalah pengangkutan. Sama ada menggunakan Bas ataupun menggunakan Kapal Terbang atau kereta. Memang kalau menggunakan kereta ianya bergantung kepada dari mana anda ingin sampai, kalau dari Selatan ini memang memakan masa yang berjam-jam. Lebih mudah kalau menggunakan kapal terbang dan di Penang nanti gunakan khidmat Uber 100%. Lebih mudah begini.

Kelangkapan seperti bag pakaian pun penting dan jangan dilupakan. Alatan perkakasan seperti power bank dan lain-lain pun turut memainkan peranan penting terutama kalau anda ingin travel dan mencari aktiviti menarik di Penang. Lagila kalau sempat nak buat jungle tracking di taman Negara di Penang ini. Boleh prepare awal-awal dengan INI.

Penginapan

Ianya pun perkara yang penting kalau anda ke Penang ini. Kami tinggal di Hotel yang dicadangkan Trivago. Mudah kerana anda hanya perlu pergi ke tempat yang anda ingin tuju dan Trivago akan memberikan pilihan hotel yang anda inginkan. Ianya berdasarkan kepada ciri-ciri yang anda inginkan.

Apa Yang Menarik di Deen Jelutung

Salah satu petua klasik kalau nak tahu sesuatu tempat itu berbaloi atau tidak untuk dikunjungi terutama tempat makana ini, tengok kepada berapa ramai yang beratur untuk makan. Kalau meja sentiasa penuh dan ramai pula yang beratur, memang tempat itu sedap dan menjadi buah mulut sama ada pelancong ataupun orang tempatan.

Untuk pengetahuan anda, walaupun Nasi Kandar Deen Jelutung ini dibuka 24jam, ketika kami datang pada pukul 3pm pada hari sabtu, masih lagi ramai yang berada di meja dan orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan makanan di sini. Kalau dah sampai beratur untuk mendapatkan makanan tu, memanglah tempat ini special dan antara pilihan yang baik kalau anda datang ke sini.

Menu Istimewa di Deen Jelutung ini

Kalau anda ke sini, kami paling rekemen untuk anda dapatkan menu kuah campur beserta dengan menu yang anda inginkan. Antara menu yang ada adalah sotong, daging dan ayam goreng. Ketika kami ke sini, antara menu yang dipesan adalah nasi beserta kuah campur, sotong dan daging. Satu lagi menu adalah nasi, kuah campur beserta daging dan ayam. Ini adalah menu yang kami pilih semasa datang ke sini. Kalau anda merupakan seorang pelancoang seperti kami juga dan tidak tahu menu apa yang sesuai dengan anda, boleh cuba dengan menu ini.

Bagaimana dengan rasa menu ini? Sedap walaupun cuma nasi putih biasa tapi ianya berbeza. Nak tahu, kena rasa sendiri baru anda tahu sama ada Deen Jelutung ini sedap atau tidak.

Akses Ke Sini

Nak ke sini tidak susah terutama sekarang sudah ramai yang menggunakan Waze dan google maps, cuma search Nasi Kandar Deen Jelutung dan anda boleh terus sampai ke sini dengan mudah. Untuk memudahkan anda juga, boleh tengok alamat di bawah ini;

598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Nasihat saya, cuba dahulu baru tahu sama ada berbaloi ataupun sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *