Review Nasi Kandar Beratur Penang – Wajib Cuba Bila Ke Penang

Kali ini kami ingin memberikan review kami berkenaan dengan Nasi Kandar Beratur Penang yang terletak di Jalan Kapitan Keling. Ini merupakan siri jelajah Pulau Pinang yang telah kami pergi khusus untuk meilhat daya tarikan yang ada di sana. Nak tahu apa yang menarik di Penang, anda boleh ke SINI.

Pulau Pinang ini selain daripada tarikan sejarah yang ada, yang menarik di sini selain daripada itu adalah tempat makan yang ada di sini. Di sinilah bermulanya Nasi Kandar yang akhirnya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Cawangan kedai ini pun ada sehingga ke serata Malaysia. Nak tahu kat mana original nasi ini, ianya ada di kedai ini, anda boleh cuba sendiri.

Rancang Perjalanan

Sebelum kami berikan review kami berkenaan dengan tempat ini, yang penting dari itu adalah untuk anda merancang perjalanan anda agar semuanya selamat. Yang penting, perjalanan ke Penang sama ada dengan kereta, atau kapal terbang dan juga penginapan. Kalau anda tidak mahu bersusah-susah menaiki kereta, dengan kapal terbang pun mudah, boleh tengok apa yang ada di SINI untuk memudahkan perjalanan anda.

Seterusnya adalah penginapan anda. Kami mendapatkan penginapan kami di Trivago. Search sahaja tempat yang ingin dituju dan banyak pilihan hotel yang kami boleh pilih yang sesuai dengan apa yang kami mahukan. Boleh pilih dari segi bilangan bilik dan lain-lain lagi. Apapun, pilihan di tangan anda untuk tentukan yang mana yang berbaloi.

Apa Yang Menarik Kedai Ini

Untuk pengetahuan anda, kedai ini hanya dibuka pada pukul 10 malam sahaja dan ditutup sehingga lauk yang ada habis. Kalau anda beratur pada pukul 10 malam, memang ramai la yang sedang menunggu. Tourist pun terkejut dan heran malahan ketika saya beratur di kedai ini, memang ada pelancong yang cakap dia sedang lalu di sini tengok ramai orang, dia pun join sekali sebab memang ramai yang beratur. Dia siap tanya saya lagi

“Do you have any recomendation for these foods?”

“Saya pun rekemen la kuah campur dan lauk yang dia nak sama ada ayam ataupun daging atau sotong”

Yang penting kuah campur barulah umphh…..

Memang kedai ini unik kerana hanya buka pada pukul 10 dan ramai yang beratur pada masa ini. Kalau anda nak pergi, pergi awal, kalau boleh pukul 9.45 dah mula beratur bersama yang lain. Usah risau berkenaan dengan servis, mereka memang laju dan serba serbi laju. Kalau anda nak take away tak perlu risau kerana anda tidak perlu “cop” meja awal-awal. Kalau anda nak makan di kedai ini, kenala cop meja kalau tak nanti penuh. Nasihat saya kalau nak rasa nasi kandar ini, kena datang awal ataupun datang lewat malam bila dah tak penuh sangat.

Sedap Ke?

Kalau tanya saya rasa nasi ini memanglah sedap dan kami rekemen untuk anda cuba nasi ini. Nasi putih bersama lauk pauk yang sedap, terasa macam makan nasi bungkus biasa tapi dia lain sikit. Sedap dari nasi bungkus yang biasa tu. Ringkasnya, sedap memang sedap, tapi nak gambarkan tu, anda sendiri rasalah dahulu baru tahu.

Kedai ini pun memang direkemen oleh orang Penang sendiri kerana keunikannya. Masakan ianya sentiasa penuh dan sentiasa ramai yang datang mengunjungi kedai ini.

Apapun, boleh tengok beberapa gambar ini dahulu.

Cuba sendiri baru tahu berbaloi atau sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *