3 Kedai Nasi Arab Shah Alam Tersedap

Kalau anda sedang berada di Shah Alam dan inginkan menu istimewa Nasi Arab, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan pada harga yang terbaik dan murah. Pada saya, pengunjung bukan mahukan yang murah, tetapi berbaloi dan kena dengan harganya. Kalau berkunjung ke Shah Alam ini, memang wajib pekena Nasi Arab Shah Alam ini. Juga tidak lupa, tempat menarik sekitar Shah Alam di SINI.

Kalau anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pilihan menu terbaik. Rugi kalau ke Shah Alam tetapi tidak dapat merasa menu-menu ini dan apapun, anda kena cuba dahulu.

Pekena Nasi Arab Shah Alam – Tersedap di Selangor dan KL

Shah Alam ini memang unik, bandarnya maju tetapi tidak terlalu sibuk ataupun penuh dengan orang. Antara tempat yang baik untuk menginap di sini kalau anda mempunyai pilihan untuk tinggal di sini. Shopping mall, pengangkutan awam, sekolah dan universiti semua ada di sini. Tetapi tak apa, kali ini, kami ingin berikan info khusus berkenaan dengan tempat makan menarik yang anda boleh dapatkan di sini.

Bercakap pasal Nasi Arab, memang admin akan teringat Kari Kambing 40 Hari. Ianya memang unik dan antara yang tersedap yang saya pernah rasa. Tetapi, apa yang ada di Shah Alam pun tidak kurang hebatnya. Takkan anda nak ke Johor semata-mata nak rasa kari Kambing 40 Hari kan!

#1 D’Arab Cafe

Ini adalah restoren yang anda patut cuba kalau anda berpeluang untuk ke Shah Alam ini. Menu terbaik dan enak, sekali rasa mesti nak pekena lagi. Ianya terletak di Lot 3, Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam atau SINI.

Apa yang menarik dan restoren ini tawarkan? Pastinya menu nasi arab beserta ayam adalah menu yang paling kami rekemen untuk anda cuba dan rasai sendiri sama ada berbaloi ataupun sebaliknya. Kebab di sini pun sedap terutama kalau anda belum pernah merasa lagi. Portion dan harga pun boleh dikatakan kena dengan apa yang ditawarkan. Nak tahu dan pekena lebih lanjut lagi, boleh ke sini untuk dapatkan info lanjut.

#2 Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam

Tidak cukup satu, kami berikan 3 review tempat makan nasi Arab di Shah Alam. Yang ni pun terbaik, ianya terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Suasana kedai ini memang persis suasana padang pasir. Kalau nak makan tu, memang kena duduk bersila macam makanan gaya orang Arab. Boleh bawa bersama keluarga terdekat untuk makan dan pekena menu di sini. Tetapi, kalau anda tidak mahu bersila pun tidak mengapa, boleh je makan atas meja, tapi dah alang-alang sampai kan, bersila pun tak ada masalah.

Menu makanan kat Aroma Hijrah ni macam mana pula? Bagi saya, menu yang ada di sini memang terbaik. Antara pilihan menu yang ditawarkan adalah Nasi Mandy, Maqlubah dan juga Kabsah. Kalau anda datang beramai-ramai, boleh pilih set kombo A dengan hidangan portion untuk 4 atau 5 orang makan.

Apapun, cuba dulu dan kalau anda rasa menu di kedai ini terbaik, boleh ke sini untuk cuba sama ada kena dengan tekak anda ataupun tak.

Alamat kedai ini : No 6, Jalan Opera H u2/H,TTDI Jaya, Shah Alam, Malaysia

#3 Restoren Al-Rawsha

Satu lagi menu terbaik dan bagus adalah restoren Al Rawsha yang terletak juga di Seksyen 7 Shah Alam. Menu yang ditawarkan di sini pun tidak kurang enaknya dan kalau anda tidak mahu makan menu nasi atas sebab-sebab seperti nak diet dan lain-lain tu, boleh juga cuba untuk pekena Chicken Kebab Sandwich yang enak dan lazat tu.

Menu yang ada di sini memang terbaik dan kami rekemen untuk anda ke sini.

Apapun, boleh tengok apa yang ada di Shah Alam ini, banyak lagi daya tarikan selain daripada makanan yang sedap-sedap yang ada di sini. Cuma, kalau anda dah sampai ke sini tu, kami rekemen 3 tempat ini sebagai antara tempat makan terbaik yang ada di Shah Alam ini. Belum cuba tak tahu sama ada sedap ataupun sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *