Tanjung Bidara Chalet Murah Bawah Rm150

Pada kali ini saya nak berikan sedikit tips bagi mereka yang ingin bercuti di Tanjung Bidara Chalet Murah. Sememangnya, Tanjung Bidara merupakan satu destinasi tarikan yang unik di Melaka dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada mereka yang ingin melancong ke Melaka.

Akses ke Tanjung Bidara

Akses ke Tanjung Bidara tidak susah kerana terletak tidak jauh dengan pusat bandar Melaka dan sememangnya menjadikan Tanjung Bidara ini satu tempat yang patut untuk dikunjungi. Cara nak akses ke Tanjung Bidara ini menggunakan aplikasi waze atau mengikut signboard di bandar-bandar. Tidak susah untuk akses ke pantai ini.

Anda juga boleh menggunakan teksi dan bas untuk ke sini. Pada saya teksi lebih mudah dan cepat sampai. Tanjung Bidara ini terletak tidak jauh dari Masjid Tanah, Melaka dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Penginapan chalet dan hotel di Tanjung Bidara Melaka

Jika anda ingin bercuti di Tanjung Bidara, saya ingin cadangkan hotel atau resort ini iaitu Tanjung Bidara Beach Resort. Merupakan satu resort yang baik bagi saya kerana mempunyai banyak kemudahan asas seperti parking, dan yang menjadi daya penarik di sini adalah ianya dekat dengan pantai. Juga mempunyai kolam renang di sini jika anda tidak mahu bermandi di air sungai. Ianya berada di kawasan Tanjung Bidara. Memang sesuai jika anda mempunnyai urusan atau ingin bercuti ke sini. Boleh lihat harga terkini Tanjung Bidara Beach Resort di SINI.

Sebagai alternatif, ada banyak hotel lain yang menarik yang ada di Tanjung Bidara. Boleh lihat di SINI untuk hotel dan Tanjung Bidara Chalet Murah. Semamangnya banyak pilihan hotel di Melaka kerana ianya memang merupakan pusat percutian dan peranginan yang terkenal dalam dan luar negara.

**Tips travel dari kami, sentiasa membuat tempahan hotel menggunakan khidmat laman seperti Trivago.com atau yang seumpamanya kerana telah terjadi di mana saya melakukan tempahan secara terus dengan pihak hotel, tempahan tidak direkodkan. Jadi lebih selamat melakukan tempahan menggunakan laman seperti Trivago ini.

Tempat menarik di Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara ini unik, ia mengadap Selat Melaka dan pentainya yang landai membolehkan anda mandi manda puas-puas di sini. Antara tempat mandi di Melaka yang terbaik di sini.

Alang-alang berada di pantai, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan bermain layang-layang bersama keluarga. Memang anak-anak yang tinggal di bandar tiada tempat untuk bermain layang-layang, dan di pantai adalah tempat yang sesuai untuk bermain layang-layang. Boleh beli layang-layang siap-siap di SINI dan bawa ke Tanjung Bidara nanti.

Kalau anda ke Tanjung Bidara ini juga, jangan lepaskan peluang untuk memancing kerana memang di sini adalah tempat memancing. Agak-agak susah nak cari perlatan memancing tu boleh dapatkan di SINI. Serious Tanjung Bidara ini unik.

Inilah serba sedikit tips dan perkongsian saya di Melaka terutama di Tanjung Bidara. Banyak sebenarnya hotel di Tanjung Bidara yang berdekatan, juga resort dan chalet murah diTanjung Bidara yang pastinya merupakan satu daya tarikan di Melaka. Apapun jangan lengah lagi, rancang percutian anda ke Melaka minggu ini juga. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *