Hotel Murah di Melaka Bawah RM150

Asukavi Travel pada kali ini ingin memberikan tips untuk mendapatkan hotel murah di Melaka. Melaka memang terkenal dengan satu destinasi perlancongan dan tempat-tempat bersejarah yang tiada nilainya. Juga, tempat-tempat yang jadi daya tarikan seperti Pantai Klebang, Kota A Famosa, Zoo Melaka dan banyak lagi. Jadi tentunya kita mahukan percutian kita ke Melaka satu pengalaman yang baik dan tidak ternilai harganya.

Afamosa-@-melaka-travel

Akses ke tempat yang anda ingin tuju di Melaka

Ada banyak cara untuk akses ke tempat yang anda ingin tuju di Melaka. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan waze atau GPS terus sampai ke destinasi yang anda ingin tuju. Memang terbaik. Kebanyakan akses melalui Melaka adalah dengan menggunakan lebuh raya Utara-Selatan. Anda boleh perke ke tempat yang anda ingin tuju dari situ.

Anda juga boleh menggunakan khidmat bas ekspress ke Melaka. Bas Ekspress akan berhenti di dan kemudian anda boleh menggunakan khidmat Teksi, atau gradacar untuk memudahkan anda travel dan berjalan ke Melaka.

Penginapan hotel bajet di Melaka

Ada yang memilih untuk mencari penginapan hotel bajet di Melaka atau hotel murah di Melaka. Sebenarnya terlalu banyak hotel yang ada di Melaka kerana memang tempat perlancongan. Jika anda ke Melaka, saya cadangkan anda ke Venus Boutique Hotel kerana menawarkan harga yang mampu milik dan kemudahan yang menarik. Kedudukan hotel ini yang berada di tengah-tengah bandaraya Melaka memang menjanjikan pengalaman percutian anda sesuatu yang bermakna. Hanya walking distance ke tempat-tempat menarik di Melaka seperti Kota AFamosa, Menara Taming Sari dan lain-lain lagi. Kemudahan seperti parking percuma dan wifi sudah cukup untuk sekadar percutian bajet di Melaka ini. Klik SINI untuk melihat harga terkini Venus Boutique Melaka.

Jika anda memilih untuk bercuti atau berkunjung ke Melaka pada musim cuti sekolah, saya memang menggalakkan anda untuk menginap di hotel bajet di Melaka. Boleh lihat SINI untuk senarai Hotel Bajet di Melaka. Sememangnya waktu cuti itu, Melaka memang menjadi tumpuan dan banyak kereta terutama untuk ke tempat-tempat menarik. Jadi, digalakkan anda menempah hotel lebih awal untuk mengelak kesesakan yang berpanjangan.

**Tips Travel dari kami, sentiasa menempah hotel anda dengan laman seperti Trivago.com kerana telah terjadi banyak kali yang hotel saya book secara terus telah tersilap dari segi tarikh atau paling teruk langsung tidak direkodkan. Sejak dari ini saya tidak lagi booking secara terus dan kalau boleh menggunakan Trivago sebagai laman booking utama untuk perjalanan perlancungan ataupun perjalanan business.

Tempat Menarik di Melaka

Jika anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat-tempat menarik di sini. Terlalu banyak tempat-tempat yang boleh anda pergi untuk bercuti di Melaka seperti zoo Melaka, kota A Famosa dan lain-lain lagi. Jika anda sudah merancang perjalanan anda di Melaka ini, itu memang terbaik. Tetapi jika anda ingin mencari idea perjalanan dan tempat menarik di Melaka, boleh lihat Tempat Menarik di Melaka SINI.

Pastikan perjalanan anda sesuatu yang menggembirakan, dan jika anda ingin berkongsi tips dan hotel murah lain yang ada di Melaka, anda bolehlah berikan info di ruangan komen di bawah. Cukuplah sampai di sini sahaja, harap artikel ini membantu anda untuk memilih hotel murah di Melaka dan sekaligus mumudahkan anda untuk merancang perjalanan percutian anda di Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *