Hotel di Melaka Tepi Pantai Bawah RM150

Saya nak berikan tips kepada mereka yang mencari hotel di Melaka tepi pantai ataupun pantai-pantai yang berdekatan dengan bandar Melaka. Melaka memang mempunyai pantai yang cantik yang memberikan tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Kalau anda ke Melaka. Jangan lupa untuk pergi ke pantai-pantai yang anda di Melaka ini.

Senarai Pantai Menarik di Melaka

Ada banyak pantai yang popular dan menarik di Melaka.

Pantai Klebang

Pantai yang cukup popular kerana terletak tidak jauh daripada pusat bandar Melaka. Banyak tarikan di sini seperti coconut shake Pantai Klebang yang sentiasa penuh dengan orang tu, bustel, muzium kapal selam dan lain-lain lagi daya tarikan yang sememangnya menjadi tempat yang anda wajib pergi. Kalau anda ingin bersantai dan bercuti di Pantai Klebang, boleh ke Mabohai Resort ini kerana memang terletak di Pantai Klebang. Boleh tempah Chalet Mabohai Resort ini di SINI. Yang menarik chalet ini adalah, ianya memang berada di tepi pantai, sesuai la untuk mereka yang nak melancong ke Melaka dan berehat di Pantai Klebang.

Kalau tak pun boleh cari hotel di Melaka tepi pantai lain di SINI. Banyak pilihan lain dan chalet di tepi pantai lain yang menarik dan punyai daya tarikan yang tersendiri yang tiada di tempat lain.

Antara pantai popular lain yang ada di Melaka adalah;

Pantai Klebang
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Puteri
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Kundor

Pantai Klebang Melaka 2

Kesemua pantai ini mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri.

**Tips travel dari kami, sentiasa membuat tempahan hotel menggunakan khidmat laman seperti Trivago.com atau yang seumpamanya kerana telah terjadi di mana saya melakukan tempahan secara terus dengan pihak hotel, tempahan tidak direkodkan. Jadi lebih selamat melakukan tempahan menggunakan laman seperti Trivago ini.

Aktiviti yang anda boleh lakukan di pantai Melaka

Alang-alang anda sudah sampai di pantai Melaka dan menginap berdekatan dengan hotel di Melaka tepi pantai, maka antara aktiviti yang saya cadangkan untuk anda lakukan adalah bermain layang-layang. Kalau nak ikutkan memang anak-anak ganerasi sekarang yang tinggal di bandar terutamanya jarang dapat berpeluang untuk bermain layang-layang. Jadi kesempatan ini adalah yang terbaik untuk bermain layang-layang di tepi pantai. Boleh dapatkan layang-layang di SINI.

Barbeque dan bersantai bersama keluarga. Alang-alang sudah sampai di sini kenapa tidak mahu untuk barbeque dan makan-makan di sini bersama keluarga. Anda boleh ke mana-mana port baik di tepi pantai dan berbabeque di sana. Set barbeque boleh dapat di SINI.

Berenang di swimming pool atau di tepi pantai. Kalau dah bercadang untuk berenang, bolehlah berenang terutama anak-anak yang excited bila berenang ini. Satu lagi anda boleh ambil kesempatan ini untuk mencari ‘port’ untuk memancing ikan. Alatan memancing boleh didapati di SINI.

Pastinya jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan menikmati pemandangan pantai di Melaka yang cantik. Pastinya hotel di Melaka tepi pantai yang murah dengan keunikan tersendiri membuatkan percutian anda satu percutia yang bermakna dan terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *