8 Tempat Menarik di Melaka untuk dilawati

Inginkan satu destinasi perlancongan yang unik dan banyak tempat menarik di Melaka untuk dilawati. Selain itu, tempat bersejarah di sini juga unik kerana di sini terlalu banyak elemen sejarah yang sangat-sangat mengujakan. Ianya juga telah diishtiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia. Ianya memang mempunyai keunikan yang tersendiri, juga, resort dan hotel yang banyak terdapat di sini membolehkan anda berkunjung dan bercuti di sini.

Penginapan

Banyak penginapan yang terbaik dan menarik di Melaka ini. Jika anda ke sini, antara hotel yang baik untuk anda pergi adalah hotel The Straits Hotel. Hotel ini uniq kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mempunyai swimming pool untuk bersantai bersama keluarga. Bolehlah bersantai di dalam hotel dahulu sebelum ke destinasi menarik yang lain. Boleh cari hotel ini dan hotel lain yang murah di Laman Trivago di link bawah.

Jika anda ingin mencari penginapan dan hotel yang lebih murah di Melaka, boleh lihat di Trivago SINI. Banyak lagi hotel lain yang bagus-bagus yang ada di sini. Yang sesuai dengan bajet anda untuk melancong ke sini. Jika anda ingin melancong ke negeri bersejarah pada hari hujung minggu atau cuti umum, saya sarankan untuk anda book hotel siap-siap kerana memang dipenuhi dengan pengunjung dan terlalu ramai orang yang berkungjung ke sini. Jadi rancang perjalanan anda siap-siap.

Tips untuk melakukan hotel booking, sentiasa gunakan laman seperti atau lain-lain kerana untuk mengelak booking anda tidak direkodkan. Laman seperti Trivago membolehkan anda mendapat bukti “hitam putih” tempahan hotel anda, dan pastinya anda tidak mahu percutian anda tidak sempurna kerana pihak hotel atau pengusaha homestay yang tidak merekod tempahan anda. Lebih selamat, tempah dengan Trivago.

Tempat Bersejarah

Memang tidak dinafikan yang, ada yang ke sini untuk mencari kesan atau tinggalan sejarah di sini. Kalau anda nakkan info sejarah, bolehlah ke kota A Famosa untuk dapatkan memorial tinggalan sejarah Portugis apabila menawan Melaka. Kota A Famosa adalah satu kota untuk mempertahankan negeri ini daripada serangan pihak-pihak yang cuba untuk merampasnya. Ianya lebih kepada satu kota yang memberikan sejarah hitam kepada kita semua. Nak info sejarah lagi boleh ke Muzium bersejarah yang terdapat di negeri ini.

KLIK SINI untuk senarai Muzium 

Tarikan Utama di Melaka untuk dilawati

Zoo Melaa Merupakan satu tarikan yang unik dan memang terkenal di seluruh Malaysia. Mempamerkan banyak haiwan dan binatang unik seperti singa, harimau, buaya, pelbagai jenis burung dan lain-lain lagi. Juga Night Safari di Zoo membolehkan anda datang sendiri dan melihat gelagat binatang-binatang ini pada waktu malam. Memang satu destinasi yang unik dan menarik.

Freeport A Famosa Outlet Village

FA0-facade clock

Freeport A Famosa Outlet Village ini apa, ianya merupakan satu tempat shopping barangan baju berjenama yang lebih kurang sama dengan Johor Premium Outlet. Ianya menjadi syurga membeli belah bagi pengunjung yang datang ke sini untuk mendapatkan barangan berjenama pada harga diskaun sehingga 70%. Menarik bukan.

Senibina di sini menyerupai Eropah dan memang anda boleh mengambil gambar sambil membeli belah di sini. Kalau anda ke negeri bersejarah, jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini dan nikmati sendiri pengalaman shopping di Freeport A Famosa Outlet Village ini. Tentunya pengalaman shopping yang tidak dapat anda lupakan.

Alamat:
Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah.

Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm

Jonker Street

jonker street

Jangan lepaskan peluang untuk ke Jonker Street. Banyak barangan antik serta artifak yang ada di sini membolehkan anda memilih barangan antik yang berkenan di hati. Jonker Street memang terkenal sebagai satu tempat untuk mendapatkan barangan antik. Jika anda ke sini, singgah ke Jonker Street untuk mendapat pengalaman berharga shopping di sini. Memang banyak barangan seperti cenderamata dan lain-lain lagi yang anda boleh dapatkan dengan harga yang menarik di sini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menfaatkan tempat ini.

The Shore Sky Tower

Salah satu tarikan lainnya yang ada untuk anda cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Memang menguji mereka yang gayat. Kepada mereka yang takut pada ketinggian, tak digalakkan ke sini, tetapi tempat ini memang unik dan menarik.

Melaka Upside Down House

Ingin merasai pengalaman tinggal di dunia yang terbalik, yang serba serbi terbalik. Rumah Terbaik ataupun Upside Down House adalah tempatnya. Apapun, cuba ke sini dan rasai sendiri pengalaman berada di dunia yang serba serbi terbalik.

Alamat:
G12 & G14,
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,

Muzium Kapal Selam

muzium kapal selam melaka

Seperti namanya, ianya memang kapal selam sebenar. Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini. Yang pastinya, anda boleh rasai sendiri pengalaman menginap di kapal selam dan belajar bagaimana kapal selam ini beroperasi.

Street Art

Terletak di sepanjang sungai dan pastinya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Terdapat perkhidmatan river cruise yang membolehkan anda menyelusuri sungai di negeri ini. Anda juga boleh berjalan kaki nak melihat sendiri gambar-gambar art yang ada di sini. Seni lukisan di dinging ini memang unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Pantai Klebang

Pantai Klebang Melaka 2

Antara pantai popular yang terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya. Pantai ini menjanjikan keunikan yang tersendiri dan keindahan pantai yang cantik. Apa yang anda boleh lakukan di sini adalah bersantai bersama ahli keluarga di pantai dan bermain layang-layang bersama anak-anak. Jika anda ingin membawa anak-anak anda ke sini, saya cadangkan beli je layang-layang di SINI, kerana takut tiada jual layang-layang di sana.

Banyak juga kedai yang menjual pelbagai makanan di sini. Sememangnya satu tempat santai yang menarik. Pantai Klebang menjanjikan ketenangan kepada mereka yang datang ke sini, bolehlah singgah di sini. Di sini juga terdapat air kelapa shake yang sedap.

Boleh layan video ini untuk tempat-tempat yang lebih menarik di negeri ini.

Banyak lagi sebenarnya destinasi unik di Melaka ini yang anda patut tahu. Jika anda ke sini, perjalanan sehari memang tidak cukup, saya menggalakkan anda bermalam di sini kerana aktiviti pada malam hari juga tidak kurang menariknya. Pun banyak hotel bajet yang murah-murah di sini ini. Pada malam hari anda masih boleh ke Jonker Street night market, atau night safari di Zoo. Paling tidak pun, anda boleh merasai keenakan makanan di sini. Inilah antara tarikan di Melaka untuk dikunjungi.

4 Comments


  1. // Reply

    banyak tempat yang menarik, terima kasih kerana perkongsian, saya pun nak ke Melaka tak lama lagi


    1. // Reply

      terima kasih, silah ke Melaka dan pergi ke tempat-tempat menarik yang saya cadangkan ni.


  2. // Reply

    Terima Kasih atas perkongsian tempat2 menarik di sekitar Melaka ini..

    Dan jika ke Melaka, boleh kah singah menginap di Homestay Anugerah ini..
    Ada dari teres 3 bilik, villa 4 bilik dan banglo 5 bilik..
    Semuanya sekitar kawasan pelancujgan dan tumpuan di melaka

    http://www.AnugerahHomestay.com


    1. // Reply

      boleh tak ada masalah, terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *