Mee Racun Batu Pahat – Anda Tidak Akan Lupa

Selain daripada menu di Restoren Kari Kambing 40 hari, antara tarikan menarik yang ada di Batu Pahat adalah Mee Racun Batu Pahat. Dengan nama pun dah gerun kan! Takut apa la jadi bila kita makan nanti. Untuk pengetahuan anda, apa yang unik dan menarik yang ada di Batu Pahat adalah menu ini!

Kalau anda sampai di Batu Pahat, memang kena cuba menu ini terutama kalau sampai di bandar Batu Pahat. Disebalik kemajuan yang ada, ini adalah antara beberapa daya tarikan yang utama dan menarik yang ada di sini. Anda kena cuba sendiri untuk tahu sama ada berbaloi ataupun sebaliknya.

Rasa di salah satu lokasi Mee Ini

Untuk pengetahuan anda, ada 3 lokasi yang menyediakan menu ini. Medan Selera Jalan Sultanah, Jalan Timah Sari dan Jalan Seri Jaya. Pada kali ini, kami ingin berikan review kami berkenaan dengan menu yang ada di Taman Sri Jaya di Batu Pahat. Anda boleh cuba sendiri kalau-kalau anda ke Batu Pahat kerana ianya merupakan antara daya tarikan menarik yang ada di sini.

Apapun, anda boleh cuba sendiri untuk rasa di dua tempat lagi kalau berkesempatan untuk datang ke sini.

Suasana Kedai

Kedai ini nampak biasa sahaja, tiada hiasan dalaman yang terlalu mewah dan tiada air cond. Kalau anda merupakan seorang yang selesa dengan keadaan ini, boleh teruskan dan pergi ke sini. Ianya nampak simple sahaja dan tidak terlalu mewah. Bagi kami, yang penting adalah rasa makanan tersebut yang lebih penting dan lebih utama berbanding dengan suasana kedai.

Apa yang special di sini adalah Mee Racun Gear Box yang merupakan satu daya tarikan utama di sini. Ianya seakan-akan sup gear box tetapi berkonsepkan mee. Kalau peminat gear box tu, boleh cuba menu ini dan lihat sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya. Selepas kami cuba sendiri, memang berbaloi datang ke sini dan merasai keenakan makanan di sini. Tak percaya, boleh cuba sendiri.

Sekali rasa, ianya bukan seperti mee kari ataupun mee bandung yang telahpun kami rasa seperti dulu. Ianya memberikan kelainan dan yang paling penting sekali ianya sangat sedap. Ianya bukan menu mee yang mainstreem yang ada di Malaysia.

Boleh tengok beberapa gambar di bawah ini;

sumber

Ringkasnya, kami tak tahu nak terangkan macam mana rasa mee ini. Anda kena cuba sendiri untuk rasa sama ada mee ini sesuai untuk anda.

Kepada yang inginkan untuk merasai ataupun merasa diri anda diracuni dengan mee ini, boleh pergi ke sini untuk dapatkan info lanjut.

Mee Racun Taman Sri Jaya Batu Pahat Johor
017-674 6066

Ini adalah antara beberapa tempat menarik yang ada di Batu Pahat yang anda boleh cuba sendiri sama ada berbaloi ataupun sebaliknya. Banyak lagi sebenarnya daya tarikan yang ada di Malaysia ini, juga makanan yang menarik dan best yang ada di sini untuk anda cuba. Apapun, ambil masa untuk nikmati menu ini dan yang penting adalah, anda tidak akan menyesal selepas mencuba menu ini.

Boleh baca juga beberapa artikel menarik kami yang lain ;

Tempat Menarik di Batu Pahat, Air Hitam dan juga Menu Nasi Kandar ini.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *