Hotel di Jalan Tar & Masjid India

Kali ini saya nak berikan review untuk hotel di jalan TAR dan Masjid India. Jalan Tunku Abdul Rahman(TAR) adalah merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda boleh pergi. Jalan TAR atau Masjid India adalah satu tempat untuk anda shopping barang-barang murah tertutamanya baju dan banyak lagi peralatan lain yang anda boleh dapati di sini. Kalau anda ke Jalan TAR ini, memang tak cukup sehari, sebab tu saya galakkan untuk anda menempah hotel di Jalan TAR.

Akses ke Jalan TAR dan Masjid India

Kalau anda ke Jalan Tunku Abdul Rahman ini, saya galakkan untuk anda menaiki LRT Putra/Star lebih mudah. Tetapi kalau anda menggunakan kenderaan sendiri, bolehlah menggunakan kereta dan cari hotel berdekatan atau hotel yang memang berada di jalan ini. Dengan aplikasi waze ataupun GPS, anda boleh tiba di tempat ini dengan mudah.

Anda juga boleh ke sini dengan bas ataupun menggunakan perkhidmatan Uber atau grabcar. Memang terbaik dan apa yang paling penting adalah, ianya memudahkan anda.

Hotel di Jalan TAR dan Masjid India

Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Tar Ini terletak di Kuala Lumpur. Sememangnya, banyak hotel yang ada di sini yang anda boleh pergi. Pada kali ini, saya nak cadangkan untuk anda menginap di hotel Palace Hotel yang berada di Jalan Tar. Apa yang menarik berkenaan dengan hotel ini adalah, ianya memberikan parking percuma. Juga kemudahan lain seperti internet dan lokasi yang strategik. Boleh lihat SINI untuk harga terkini hotel Jalan TAR INI. Juga, harga hotel yang murah dengan rating daripada Trivago yang baik. Memang saya galakkan untuk anda menginap di sini ketika bershopping di Jalan TAR. Turun bawah sahaja dah boleh nampak tempat shopping.

Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih hotel lain di sekitar jalan TAR di SINI. Anda boleh memilih banyak pilihan hotel dan yang paling penting sekali adalah, hotel yang anda pilih bersesuaian dengan bajet anda dan tidak lupa juga, pilih hotel yang mempunyai rating yang bagus. Satu lagi, pilih hotel yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin tuju.

Tips Travel dari kami, sentiasa menempah hotel anda dengan laman seperti Trivago kerana telah terjadi banyak kali yang hotel saya book secara terus telah tersilap dari segi tarikh atau paling teruk langsung tidak direkodkan. Sejak dari ini saya tidak lagi booking secara terus dan kalau boleh menggunakan Trivago sebagai laman booking utama untuk perjalanan perlancungan ataupun perjalanan business

Apa yang menarik di Jalan TAR dan Masjid India

Yang pasti jalan TAR dan Masjid india adalah antara tarikan di Kuala Lumpur ini. Jalan TAR adalah syurga membeli belah yang memang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga online juga mengambil kesempatan membeli barangan di Jalan TAR dan menjual kembali dengan harga lebih murah di dalam facebook mereka.

Jika anda mencari kain untuk kegunaan sendiri atau untuk berniaga, memang banyak tempat murah yang ada di sini. Kalau anda beli banyak, memang akan dapat lagi murah. Anda boleh teroka Muaz Textile di Jalan TAR ini kerana tempat ini antara tempat yang menawarkan harga murah untuk barangan yang anda cari terutama pakaian. Selain itu, anda juga boleh pergi ke Jakel, Gulati’s dan lain-lain tempat yang pada saya merupakan syurga membeli belah di Kuala Lumpur ini. Jalan TAR memang unik dan menarik, juga merupakan syurga membeli belah di Malaysia.

Jom ke Jalan TAR dan Masjid India

Alang-alang sampai di Kuala Lumpur ini, jom ke Jalan TAR, banyak yang anda boleh lakukan dan beli di sini. Pada saya, jalan TAR adalah salah satu destinasi menarik yang anda boleh pergi di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *