Destinasi 10 Tempat Menarik di KL

Banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda boleh pergi untuk percutian dan cuti hujung minggu. KL bukan sahaja satu tempat yang pesat membangun, tetapi di dalamnya ada beberapa destinasi unik yang anda boleh pergi dam ada sesetengah tempat di sini tiada di tempat lain. Ianya memang menjanjikan keunikan tersendiri dan kalau anda ke Kuala Lumpur, saya cadangkan untuk anda pergi melawat tarikan menarik yang akan saya cadangkan ini.

Kuala Lumpur Night

Penginapan

Sebelum anda memulakan perjalanan anda, benda pertama yang anda harus lakukan adalah merancang perjalanan anda. Bole periksa checklist barangan melancong juga rancang sama ada anda mahu untuk menginap di sini ataupun sekadar pergi dan balik pada hari yang sama. Pada saya, lebih baik anda menginap di mana-mana hotel yang terdapat di sini kerana memang terlalu banyak pilihan hotel sama ada hotel yang premium, hotel bajet ataupun hotel yang sesuai dengan anda. Semua ada di Kuala Lumpur ini.

Juga perjalanan anda, sama ada anda ingin ke tempat yang dituju dengan menggunakan bas, pengangkutan awam, atau kereta api. Lebih baik merancang dahulu sebelum pergi ke sana.

Kalau anda nak menginap di sini, saya cadangkan hotel Royal. Bagi saya hotel ini sangat strategik, terletak di bandar besar sini, juga review yang baik daripada pengguna di Trivago. Kemudahan asas di hotel ini juga tidak kurang hebatnya, kalau anda ke sini atas perlabagai urusan, saya cadangkan untuk anda ke hotel ini dan menginap di sini. Boleh lihat harga terkini hotel Royal Kuala Lumpur ini di laman Trivago SINI.

Sebagai alternatif, banyak hotel lain yang anda boleh pilih. Ya, memang banyak pilihan hotel yang bagus di sini. Anda boleh pilih hotel yang anda inginkan berdasarkan kepada bajet anda.

Tips travel, kalau nak buat tempahan hotel tu, saya cadangkan untuk anda gunakan khidmat laman web seperti Trivago atau yang seumpama dengannya. Saya lebih suka gunakan Trivago kerana banyak review daripada pelanggan hotel di situ dan rating yang diberikan adalah antara yang terbaik. Cuba elakkan untuk buat tempahan secara terus kerana kadangkala, tempahan tidak direkodkan dan ada kala receptionist tersilap merekod tempahan anda. Tempahan atau booking hotel lebih selamat dengan Trivago kerana ada bukti hitam putih.

Tarikan Utama di Kuala Lumpur Untuk dilawati

#1 Kuala Lumpur Convension Centre (KLCC)

KLCC adalah mercu tanda Malaysia yang membuatkan Malaysia terkenal di seluruh dunia. KLCC juga dikenali sebagai Petronas Twin Tower. Di sini ada tempat membeli belah Suria KLCC yang merupakan antara tempat shopping yang sangat popular. Bolehlah kalau anda ke sini untuk lihat sendiri tarikan unik di KL ini. Anda juga boleh ke Petrosains jika anda berada di KLCC ini.

#2 Zoo Negara

Antara yang menarik di sini adalah pelbagai binatang yang unik yang ada di sini. Saling tak kalah dengan zoo Melaka, tetapi apa yang unik yang ada di sini adalah Panda. Ya, zoo negara sudah mempunyai Panda yang diimport khas dari China.

#3 Masjid Negara

Masjid negara terbuka untuk yang beragama Islam dan bukan Islam pun tak ada masalah untuk ke sini. Sangat popular masjid ini dan sering diadakan acara solat jumaat live di masjid ini. Selain daripada masjid negara, anda juga boleh ke Masjid Shah Alam yang merupakan antara tarikan di Selangor. Apapun, saya galakkan anda ke Masjid negara terutama rombongan sekolah.

#4 Planetarium Negara

Anda juga boleh ke Planitarium Negara untuk melihat sendiri perkembangan sains angkasa di Malaysia. Kalau ada anak, ini adalah peluang untuk anda memberi pendedahan kepada anak tentang sains angkasa.

#5 Aquaria KLCC

Mempunyai lorong underwater paling panjang. Bagi saya memang satu tempat yang menarik kalau anda ke Aquaria ini. Lebih-lebih lagi kalau bawak kanak-kanak. Anda boleh lihat sendiri kehidupan ikan di laut dan pelbagai speasis laut yang unik yang ada di sini. Banyak kejutan yang anda akan lihat sendiri termasuklah ikan pari, ikan piranha dan speasis ikan pelik-pelik yang anda akan jumpa. Ikan Jerung pun ada tau! Memang menarik untuk anda bawak keluarga dan anak-anak ke sini.

Kalau berminat nak ke Aquaria, harga tiket adalah;

Dewasa : RM53, Mykad – RM40
Kanak-kanak : Biasa RM42, Mykad RM32
60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30

#6 Taman Rama-Rama

Mempunyai lebih daripada 120 speasis di taman ini. Jadi memang banyak rama-rama yang ada di sini. Tidak salah, ianya merupakan antara destinasi popular untuk dilawati oleh semua golongan. Memang baik dan terbaik. Pastinya kanak-kanak akan teruja dengan suasana penuh rama-rama ini.

#7 Bird Park

Terdapat banyak jenis burung di sini, anda boleh pergi dan lihat sendiri speasis burung yang ada di sini.

#8 KL Tower

Antara tarikan di sini, kalau anda berkesempatan bolehlah ke sini dan lihat sendiri KL Tower.

#9 Pusat Sains Negara

Banyak perkara yang mengujakan ada di sini. Ada aquarium untuk anak-anak tengok pelbagai speasis ikan, ada perlatan sains, roket buatan dan bermacam lagi rekabentuk sains moden untuk anak-anak anda. Boleh ke sini untuk merangsang minda anak-anak dan menggalakkan kreativiti salam bidang sains.

#10 Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) & Masjid India

Jalan TAR atau Masjid India merupakan satu destinasi shopping ataupun boleh dikatakan tempat shopping yang menarik di KL. Banyak peralatan seperti baju, tudung, baju kanak-kanak yang anda boleh beli secara borang di sini. Kemudian terpulang sama ada anda nak menjual semula atau gunakan sendiri. Memang berbaloi kalau anda ke sini dan shopping barang-barang seperti ini. Untuk maklumat lanjut, saya cadangkan anda baca artikel Tarikan Utama di Jalan TAR ini sebagai panduan untuk anda.

Jom ke Kuala Lumpur

Banyak kan tempat unik di sini! Sebanrnya ada banyak lagi yang menarik yang tidak sempat saya sebutkan di sini. Juga tempat untuk membeli belah pun ada banyak pilihan di sini. Apapun saya tetap cadangkan untuk anda menginap di sini kerana, kalau nak bercuti atau melancong sehari, memang tak puas. Memang banyak perkara-perkara yang dan boleh lakukan di KL untuk anda pergi dan memang tak salah untuk saya letakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu keunikan di Malaysia.

2 Comments


  1. // Reply

    saya yang kerja kat kl ni pun tak ada masa nak jalan jalan kat kl. cuti je dok menepek kat rumah atapun keluar dari kesibukkan kota


    1. // Reply

      haha, betul2 uncle, banyak tempat menarik kat KL ni. Saya pun pernah beberapa kali je ke tempat-tempat ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *